Entri khas untuk mereka nak selesaikan hutang. Yang bersungguh dan komited untuk selesaikan hutang. Yang nak belajar je pun boleh baca. Untuk panduan masa depan.
Bukan senang nak dapat petua/tips cara mudah bayar hutang kan? Eh, ni bukan cara pinjam along pastu bayar hutang tau. Cari nahas kalau cara gitu...
Hutang ni memang memeningkan.
Masa buat hutang memang tak terasa. Bila nak membayar..huh menyesal buat hutang.
Sebenarnya, hutang ni ada jugak hutang baik. Contoh, hutang beli rumah. Itu kita consider as hutang baik memandangkan rumah itu aset dan boleh mendatangkan pendapatan kepada kita.
Hutang jahat pulak contohnya hutang kad kredit. Tinggi sangat interest. Lepas tu, kad kredit pulak guna untuk shoping barang yang bukan keperluan. Memang hutang jahat.
Nak menyesal pun dah tak berguna, kita cari jalan penyelesaian untuk bayar hutang sudah lah. Kesilapan lama usah dikenang dan diulang lagi.
Beberapa hari lepas, seorang rakan di alam maya ada kongsikan cara mudah bayar/selesaikan hutang dengan Teknik Snowball. Bayar hutang pun perlu ada teknik tau, baru la hutang cepat selesai.
Sebenarnya, saya pernah bayar hutang menggunakan teknik yang sama. Memang bagus teknik ni. Cepat selesai hutang saya. Tapi, saya tak tahu la pulak teknik ni orang panggil teknik snowball. hihi dah selesai hutang, baru ku tahu, Teknik Snowball rupanya nama teknik tu.
Coretan berkenaan cara saya bayar hutang tu, saya kongsikan dalam entri ni. TIPS BEBAS HUTANG KAD KREDIT
Ok, Berbalik kepada Teknik Snowball rakan saya tu. Begini cerita beliau ;
Teknik SnowBall Effect ini
saya pelajari pada tahun 2006, ketika saya telah pun memutuskan untuk
mendirikan rumahtangga.
Saya terpaksa akui, yang saya banyak tersilap langkah di dalam
pengurusan kewangan suatu waktu dahulu. Mana tak nya, umur baru 24 tahun, dah
ada 2 biji kereta dan 1 hutang personal loan dengan gaji RM1,024. Bukan gaji
RM10,024 ye. RM1,024.
Ini antara sebab kenapa ramai anak-anak muda terperangkap di
dalam hutang 'bodoh' yang tak di perlukan seperti saya dahulu.
Ketika itu, kehidupan sangat perit. Setiap hujung bulan, baki
yang boleh di belanjakan di tangan saya cuma RM200 untuk survive selama satu
bulan. Dengan duit minyak lagi, duit makan lagi. Nasib baik lah, ketika itu
tinggal di rumah mama lagi. Kalau tak, jangan cakap tak cukup, negatif terus.
Atas kesedaran keperitan yang melampau, dan di tambah dengan
hendak kahwin dan perlu saving duit, saya nekad untuk melupuskan hutang
personal loan dan hutang kereta hilang dalam masa setahun.
Permulaan, apa yang saya lakukan adalah :
1) Senaraikan kesemua hutang-hutang yang saya ada. Kesemuanya.
Saya senaraikan dari jumlah yang berbaki kecil sekali sehingga yang berbaki
tinggi di senarai paling bawah.
2) Saya senaraikan juga interest rate setiap loan tersebut.
Bagaimana hendak tahu?
Anda boleh call setiap bank yang anda berhutang dan mohon mereka
semak berapa baki anda as to date (sehingga ke hari ini) dan interest rate nya
sekali.
Percaya tak, anda akan terkejut apabila anda senaraikan semua
hutang anda. Terkejut samada banyak atau terkejut samada hutang anda sudah
semakin susut. Ketika itu, saya sedar, hutang saya ada 3. Cuma saya tak sedar
berapa jumlah baki keseluruhannya. Selepas di catatkan, baru saya nampak satu
persatu.
3) Selain itu, saya catitkan juga tarikh akhir pembayaran harus
di buat untuk mengelakkan di kenakan interest atas kelewatan membayar. Sedar
tak, apabila kita membayar lewat, sebenarnya kita sudah membayar lebih dari
sepatutnya. Hutang tak juga susut. Dok bayar principal tak habis-habis.
4) Setelah saya kenalpasti, hutang mana yang paling sedikit,
saya akan fokuskan untuk membayar seberapa banyak amount dari amount bulanan
dengan tujuan untuk menghabiskan segera hutang tersebut. Ketika itu, hutang
kereta hilang adalah yang paling sedikit.
5) Setelah beberapa bulan saya konsisten membayar dan hutang
tersebut habis, saya akan pergi ke hutang yang kedua iaitu hutang personal
loan. Hutang personal loan ketika itu saya harus bayar RM187. Manakala hutang
kereta hilang tadi RM150.
6) Apabila hutang kereta hilang RM150 tadi telah habis, saya
tetap allocate RM150 tersebut untuk di tambahkan kepada hutang personal loan
RM187 dan setiap bulan saya akan membayar RM337 untuk personal loan.
7) Alhamdullilah, dengan cara ini, dalam masa beberapa bulan
iaitu kurang dari setahun, saya dapat langsaikan kedua-dua hutang di atas tadi.
Yang paling penting, untuk menguruskan kewangan dan hutang,
Jangan sekali-kali larikan diri dari bank. Percayalah, bank
adalah suatu institusi yang boleh di ajak berbincang.
Terima kasih Pn. Reni sudi berkongsi pengalaman beliau dan teknik bayar hutang yang bagi saya sangat membantu untuk kita membayar hutang.
Tak kiralah berapa banyak hutang yang kita ada, jika kita komited untuk membayar seperti perkongsian Pn. Reni, saya pasti, lambat laun, hutang tersebut akan selesai jua.
Sesungguhnya, hutang itu wajib dibayar walaupun tidak dituntut.
Sekian, terima kasih kerana sudi melapangkan masa membaca entri ini. Semoga bermanfaat.
Suhailey Mohd Noor
Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah.
Saya pun penah guna kaedah ini. Saya guna kenaikan gaji sebagai sumber tambahan kepada ansuran sedia ada untuk selesaikan hutang pertama. Cabarannya ialah godaan untuk menggunakan sumber itu ke arah perbelanjaan. Orang lain naik gaji tukar perabot. Dapat bonus pergi bercuti. Kita pula asyik membayar hutang. Nikmatnya apabila kesemua hutang selesai. Selama ini duit gaji boleh guna satu pertiga sahaja, bila selesai tiba tiba keseluruhan duit gaji boleh digunakan sepenuhnya. Seolah oleh gaji tiba tiba naik tiga kali ganda.
ReplyDeleteSaya sangat setuju...saya sedang praktik kaedah ini..biarlah orang lain melancong sana sini..saya redha ja..sebab mereka mampu..saya nak selesaikan.hutang yang banyak..dan saya sudah mula menabung emas dan perak untuk masa depan.
DeleteNak tanya, contoh sy ada 3 hutang.
ReplyDeleteGuna teknik snowball ni, sy bayar hutang yg paling sikit dulu. Dalam tempoh tu, sy kena bayar tak hutang yg lagi 2 tu?
Perlu bayar..nanti bila hutang yg sikit tu dh settle,hutang yg no 2 puan boleh bayar lebih cikit sb hutang no 1 kn dh settle.bila hutang no 2 dh abis,hutang no 3 plk bole bayar lebih sb hutang no 1 dn 2 dh settle
Deletemaaf btnya..jika gune kaedah ini mksdnye stiap bln kena bayar fokus dkt 1 loan dlu ke? cth mcm pn. kate langsaikan utang kete dlu..mcm mne pula dgn utang yg laen yg perlu tiap2 bln bayar juga? sy kurang fhm. mohon pencerahan lbh details.
ReplyDeletehutang yang pun bayar jugak cuma, fokus untuk selesaikan hutang yang paling sikit, bila ade duit extra hasil berjimat atau macam bonus ke, bayar hutang yang kita fokus tu.
ReplyDeleteMinta pendapat... Contohnya kan... Baki pinjaman kereta ade lg 6 tahun.. Kaedah mana lebih baik? 1) bayar sekali ganda tiap bulan dan loan akan habis dalam masa 3 tahun... @ 2) bayar macam biasa, dan amaun sama macam bayaran bulanan disimpan. Selepas 3 tahun buat full settlement? Maaf kalau lari topik
ReplyDeletepada saya lah, better saya beli emas duit yang ada tu, then bayar kereta macam biasa. at least time terdesak. ade emas aset mudah cair untuk back up kan.
DeleteBagus cadangan ini. Bab nak merekod yang lemah nie TAPI nak cuba praktikkan. Insyaallah. Terima kasih kerana berkongsi maklumat.
ReplyDeleteboleh cuba dahulu, mane tahu memang ok je bab merekod tu.
Deletemacam macam cara boleh rekod....
Deletesaya guna google drive..
boleh tgk bila2 masa dekat phone...
atau simpan dalam email...
Ada sesiapa yg boleh dihubungi untuk minta tunjuk ajar tentang teknik snow ball ni ka?
ReplyDeletedah tulis cukup clear kat atas tu.. tak faham ke
DeleteAda sesiapa yg boleh dihubungi untuk beri tunjuk ajar guna teknik ni?
ReplyDeleteSetuju cadangan Suhailey..beli emas dengan gaji kita untuk simpanan..
ReplyDeleteSaya sekarang mula tukar simpaman kepada emas jongkong,..boleh pajak jika nak guna duit..untuk long term dapat settlekan hutamg dgn cepat..
Berminat untuk tahu tentang jongkong emas, wassap saya 0134734487 pg00081408
Sy mgalami situasi yg sama..sy tgh buat teknik ini..agak kuat jugak dugaan..dlm masa yg sama sy buat bisnes yg simple yg berbentuk pasif income..alhamdullilah blh lah dpt income lbh sikit..www.1xoxprepaid.com/ady770111
ReplyDeleteingin penjelasan...antara hutang rumah rm650 tempoh 25thun n hutang pribadi rm1500 tmpoh 10thun...yg mana satu yg perlu dselesaikan terlebih dahulu mengikut teknik snow ball...harap dapat memberi tunjuk ajar
ReplyDeleteLazimnye setelkan loan yg interest plg tinggi.seterusnya yg baki loan plg sedikit..(kebiasaannya mcm tu)
DeleteLazimnye setelkan loan yg interest plg tinggi.seterusnya yg baki loan plg sedikit..(kebiasaannya mcm tu)
DeleteTeknik snowball ni kena ada disiplin yang dan konsisten kunci nafsu dari buat hutang baru. Terima kasih kerana berkongsi tip nie. Memang bermanfaat.
ReplyDeleteAda no pon nak tanya tips utk teknik nie
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteSaya sangat bersetuju dengan artikel yang tuan tulis. ia amat bernas dan padat degan teknik membayar hutang.
Kini dah ada cara mudah utk membina pendapatan kedua dengan pendapatan pasif secara online. Walaupun dah 24 tahun saya menjalankan bisnes printing, pendapatan kedua ini telah banyak membantu saya.
Bisnes simkad prabayar Tune Talk Tone Excel ini saya rasa adalah bisnes yg paling Cool dalam abad ini. Menjana pendapat pasif. Bukan sebagai pendapatan kedua, malah boleh dijadikan punca pendapatan utama.
Cubalah lawati website saya. Terima kasih
Saya x betapa faham teknik snowball ni... ada yang boleh dihubungi utk lebih detail
ReplyDeletePuan hayati zamodin boleh wasap saya di 0134734487.Saya bukan admin blog ini.Tapi, saya pernah praktikkan kaedah ini.
DeleteAssalamualaikum wrb, saya mohon maaf jika postingan ini menyinggung perasaan anda semua tapi saya lillahi ta’ala hanya mau menceritakan pengalaman pribadi saya yang mengubah kehidupan saya menjadi sukses. Perkenalkan terlebih dahulu saya Suci Andini tinggal di Riau,dulu saya berprofesi sebagai penjahit namun himpitan ekonomi yakni hutang piutang dalam membangun usaha saya kian semakin besar tapi saya tidak menyerah dengan keadaan saya tetap ikhtiar, pada suatu hari saya membuka buka internet tidak sengaja saya melihat postingan seseorang yang sama seperti keadaan saya tapi beliau sudah berhasil,beliau dibantu oleh Kyai H. Sakti Mangunkarso tanpa pikir panjang saya menghubungi beliau, saya diberikan pencerahaan dan solusi, pada awalnya saya ragu ragu tapi saya coba memberanikan diri mengikuti saran beliau,alhamdulillah berjalan lancar dan sekarang saya punya beberapa mini market dan penginapan didaerah Riau,terimah kasih saya ucapkan pada Kyai H. Sakti Mangunkarso sebab berkat beliau saya bisa seperti ini,mungkin banyak orang yang menyebut saya mengada-ada tapi saya buktikan sendiri,khusus yang serius mau bantuan silahkan hub beliau Kyai Sakti Mangunkarso beliau orangnya ramah ini nomor beliau 0852 1117 4125 ini pengalaman pribadi saya percaya atau tidak semua tergantung pembaca demi Allah ini nyata sekian dan terima kasih ,Assalamualaikum Wrb.
ReplyDeleteSaya cuma nk tau....klu kita bayar lebih dgn bank dri jumlah yg sepatut kita bayar....adakah bank akan mengikut yg kita bayar lebih atau bank ikut bayaran lama?
ReplyDeletetips yang sangat bagus...
ReplyDelete