Memang dilema bila ibu menyusu perlu bertugas diluar kawasan (outstation) selama beberapa hari.
Aduh, berat kepala memikirkan. Bagaimana dengan susu perahan nanti? Selamat ke untuk diminum.
Macamana nak bawa balik susu yang dah diperah?
Elok lagi ke susu ibu yang diperah? Berapa lama boleh tahan?
Biasa kan dengar keluhan ibu menyusu bimbang akan susu perahan (EBM) mereka apabila terpaksa bertugas diluar kawasan (outstation).
Besar jugak masalah tu. Susu ibu ni tiada galang ganti. Memang kena uruskan dengan bijak. tak cukup stok EBM mana mahu cari? Bukan ada jual kat pasaraya tau.
Berdasarkan pengalaman saya perlu bertugas diluar kawasan pada bulan lepas, di sini saya kongsikan persediaan yang saya buat untuk memastikan anak saya cukup stok EBM semasa saya bertugas diluar kawasan selama hampir seminggu
Alkisah, saya perlu bertugas di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar di mana jauh perjalanan pun dah makan masa selama 10 jam dari Kuantan. Jauhkan saya outstation.
10 JAM PERJALANAN DAN BERJAUHAN DARI ANAK SELAMA 6 HARI.
Oh, sebelum terlupa, anak kedua saya Qamarulhuda baru berusia hampir 6 bulan dan masih dalam fasa Exclusive Breastfeeding.
Sebenarnya, saya dapat tahu saya perlu outstation, lebih kurang 10 hari sebelum tarikh perlu outstation dan memang hebat cabaran masa tu kerana saya hanya mempunyai stok susu perahan ibu selama 3 hari sahaja (bekal untuk siang hari je tau!)
Memang stress! Tak percaya? Tanya officemate saya. hihi
Berikut adalah 7 TIPS PERSEDIAAN STOK SUSU PERAHAN IBU (EBM) SUPAYA IBU MENYUSU OUTSTATION TENANG BEKERJA
# Buat Kira-kira Keperluan stok
Bab ni kena kira dan plan betul-betul. Jika tersilap kira, padahnya anak kita yang terima. Kesian sangat. Tak sampai hati tau anak tak cukup susu.
Saya punya perkiraan begini.
BEKALAN SUSU IBU 6.00 am - 8.00 am [ 3oz (1) = 1 botol]
BEKALAN SUSU IBU 8.00 am - 6.00 pm [ 3oz (1), 2,5oz (4), 2oz (2) = 7 botol]
BEKALAN SUSU IBU 6.00 pm - 6.00 am [ 3oz (2), 2.5oz (1), 2oz (2) = 5 botol]
TOTAL BEKALAN SUSU IBU SEHARI = almost 33oz (13 botol)
BEKALAN UNTUK 6 HARI = 1980z (78 botol)
masa tu saya tak cukup lagi 100 lebih oz. Adoyai....
Ada 9 hari untuk kumpul stok susu ibu dan setiap hari wajib kumpul 32oz (15oz + 17oz).
# Pam sekerap mungkin
Target dah ada. Lebih kurang 150 oz lagi. 32 oz sehari.
Masa tu memang fikir positif je walaupun sebenarnya susu sangat drop masa tu. Biasa 1 hari masa kerja boleh dapat 10-12 oz sekali perah, tapi masa tu, sehari perah baru dapat banyak tu.
Siapa tak tertekan kan? Haha siap nangis-nangis lagi masa tu. Dramatik pulak rasa :)
Misi 150 oz diteruskan, saya berusaha pam sekerap mungkin. Buat power pumping setiap hari. Saya pam 3 kali semasa dipejabat. Wajib cari masa, tiada alasan lagi. Sambil pam sambil buat kerja. Balik rumah pun pam lagi.
Since saya travel pergi kerja 1jam perjalanan, dan kali terakhir pam di pejabat adalah pukul 4.00 petang. Next, sesi mengepam adalah pukul 6.15pm sebaik sahaja sampai ke rumah.
Seterusnya, saya tandem nursing pulak. Termasuklah bangun malam lagi untuk sesi mengepam seterusnya. Bila ingat balik kenangan tu, rasa gigih sangat saya mengepam. Sampai puting pun rasa kebas siap luka sekali tau.
#Alat Pam Susu Back Up
Sebenarnya, saya ada 2 pam. Medela Freestyle dan Lacte Duet. Saya perlukan lebih dari 1 pam untu back up jika suction pam tersebut tak cukup kuat untuk mengepam memandangkan sesi mengepam saya sangat la banyak kali. 5 -6 kali sehari.
Kebetulan pulak, Medela FS saya macam tak cukup kuat suction dia, so saya dapatkan bantuan dari kawan. Alhamdulillah, 2 orang kawan membantu. Medela Freestyle dan Medela Pump In style dalam genggaman. Dengan pam-pam tersebut la saya bawak ke travel hari - hari.
Paling membantu pada waktu tersebut adalah Medela Pump In Style. Suction dia tiba-tiba je serasi dengan saya pada waktu genting, production low ni.
# Milk Booster/penggalak susu
Untuk membanyakkan susu saya lagi, setiap hari nak kumpul 33oz kan, saya makan makanan penggalak susu/milk booster.
Saya tidak hadkan hanya satu jenis makanan penggalak susu/milk booster untuk diri saya.
Antara milk booster/penggalak susu yang saya makan adalah Jagung, Vitamin C Shaklee, Vitalea Shaklee, Air Halba, Susu Kambing, Energising Soy Protein, Mealshake, Nasi dan Kurma.
Banyakkan penggalak susu/milk booster yang saya makan dan minum. Demi anak, apa pun saya usahakan.
Air halba dan susu kambing tu, sampai nak termuntah tau. Gelak rakan sepejabat saya :)
Wajib saya makan setiap hari adalah Vitalea dan Vitamin C. Penting untuk saya pastikan susu perahan saya cukup berkhasiat. Risau anak tak cukup bekalan vitamin semasa saya outstation. Bila minum susu perahan ni, khasiat dan kurang sikit dari direct feeding. Itu yang gigih benar menelan Vitalea dan Vitamin C hari-hari.
# Ibu Susuan
Pencarian ibu susuan bermula. Untuk back up stok, saya mohon bantuan kawan saya untuk bekalkan susu beliau kepada anak saya sekiranya susu perahan saya tidak mencukupi.
Seboleh-bolehnya memang nak kasi susu sendiri kan.
# Atur jadual baru sesi penyusuan
Seminggu sebelum saya bertugas di Alor Setar, saya latih Qamarulhuda dengan jadual penyusuan baru. Jadual penyusuan tu ikut stok susu perahan macam saya budget di atas.
Saya dan suami akan pastikan dia menyusu tak lebih 5 kali dari pukul 6.00 pm ke 6.00 am.
# Siap sedia untuk pos susu perahan
Lengkapkan ilmu dengan cara terbaik untuk menghantar pulang susu perahan anda kepada anak anda yang tersayang.
Bawak siap-siap container untuk menghantar pulang susu perahan anda sekiranya perlu.
Saya akan ceritakan bagaimana cara saya menghantar pulang susu perahan saya dari Alor Setar ke Kuantan dan susu tersebut masih boleh digunakan walaupun setelah 10 jam dalam perjalanan.
Sekian, Tips dari saya.
Semoga dapat membantu ibu menyusu berkerjaya di luar sana.
p/s :
Pada ibu menyusu yang rasa pelik ke mana stok ebm saya since anak saya baru berusia 6 bulan, jawapannya, saya dah gunakan stok ebm tersebut semasa saya pertama kali outstation ke Cameron Highlands selama 4 hari sebelum diarahkan bertugas di Alor Setar ini.
Alhamdulillah, stok ebm saya masih mencukupi sehingga saat entri ini ditulis.
Doakan saya tau :)
Bimbang stok ebm anda tak cukup dan memerlukan penggalak susu/milk booster seperti yamg saya makan?
Sila dapatkan produk shaklee yang hebat
ini! Jangan buang masa lagi, bertindak dengan cepat. Hubungi saya SEKARANG JUGA! Suhailey 012 921 4064.
Sekiranya anda perlukan sebarang maklumat
lanjut dan konsultasi berterusan secara PERCUMA sila
hubungi saya. Anda BERHAK untuk dapatkan LAYANAN ISTIMEWA. KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA SAHAJA.
SuhaileyMohdNoor
012 921 4064
COD : Kuantan Kemaman
No comments:
Post a Comment
Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much