Wednesday, November 12, 2014

5 TIPS LEGAKAN CIRIT BIRIT SEMASA HAMIL | TIPS No 3 PALING SELAMAT

Kena cirit birit ni memang haru, boleh jadi lembik macam kain buruk!

Cirit birit masa hamil lagi la haru, bukan sebarang ubat boleh ambil, risau baby dalam kandungan lagi, takut jugak dehydrated (terhidrasi). Maklumlah dah membuang banyak kali.

Bila cirit birit, nak makan pun fikir banyak kali. Risau kena masuk toilet lagi. Penat woo.
Saya ni dah hamil 37 minggu, dan dah kena cirit birit masuk 4 hari, hari ketiga paling teruk sebab cirit birit sampai petang! 
5 TIPS LEGAKAN CIRIT BIRIT SEMASA HAMIL
Ibu Hamil Cirit Birit

Nak makan ubat, risau kat baby, nak makan apa - apa pun terpaksa memilih! Penat la ulang alik masuk toilet, kalau boleh nak tidur je.

Nasib baik la kat opis, saya share toilet dengan 5 orang staf lain je, dan toilet pun ada 2. Nak buat macamana kan, ibu hamil terpaksa la bertahan. 

Walaubagaimanapun, saya ada tips untuk legakan cirit birit semasa hamil. Masih bertenaga walaupun cirit birit tau!

Nak tahu tips untuk legakan cirit birit semasa hamil? 

Tips 1 | Minum banyak Air Masak

Minum air banyak ni untuk menggantikan air yang dah banyak hilang daripada badan akibat daripada ulang alik ke toilet tu. Jugak termasuk, peluh yang berbakul-bakul semasa cirit birit. 

Sebaiknya air yang dimasak dirumah. Jangan minum air masak kat kedai makan pulak. Kita pun tak tahu tahap kebersihan kedai tersebut tersebut. Mungkin juga air tersebut tak dimasak sebaiknya. Tak pasal - pasal pulak makin menjadi - jadi cirit birit kita tu.

Tips 2 | Minum Teh Pekat

Minum teh pekat ini memang terbukti berkesan. Petua orang dulu - dulu jugak ni, memang menjadi. Tak percaya?? Boleh cuba sekarang, walaupun tak cirit birit lagi. 
5 TIPS LEGAKAN CIRIT BIRIT SEMASA HAMIL
TEH PEKAT
Kenapa?? 
Teh pekat ni boleh buat kita sembelit! Sebab tu bila cirit birit, kena ambil teh pekat ni, jadi kurang cirit birit kita tu.

Tapi..tapi...tapi..untuk ibu hamil, teh pekat adalah kurang sesuai kerana boleh mengganggu penyerapan zat besi dan sumber vitamin lain seperti protien. Yang penting, zat besi tu la, nanti kan Hb rendah pulak kan, dah la badan pun lembik ni.

No harm nak cuba, tapi dinasihatkan jangan minum teh pekat ni kerap sangat tau!


Tips 3 | Minum air Isotonik/Garam

Sure pernah dengar tentang air garam kan? minuman isotonik tak pun ORS? Lebih kurang la tuh. 100 plus pun boleh. 

Tujuan utama untuk kembalikan tenaga yang hilang. Walaupun cirit birit, masih bertenaga dan tak perlu cuti sakit pun!

Pengalaman sendiri yang tengah cirit birit dikala hamil 37 minggu ni, saya ambil Performance Drink Shaklee. Untuk gantikan elektrolit dalam badan saya yang banyak dah hilang tu dan juga pemberi tenaga kepada saya. 
5 Tips legakan cirit birit semasa hamil
Performance Drink

Performance drink ni lebih kurang macam 100 plus, tapi tiada gas. Itu yang membuatkan ia menjadi pilihan saya. Kurang gula lagi tu. Lagipun, time hamil, memang kita kena elakkan minuman yang bergas kan!

Nak suruh ambil ORS tu memang kena fikir banyak kali lor. Tak boleh masuk tekak la. Lagipun saya memang yakin dengan produk vitamin shaklee ni.Kenapa saya begitu yakin?


Tips 4 | Berhenti Makan Buah

Kenapa kena berhenti makan buah
Buah - buahan kan kaya dengan serat! Dah banyak serat tu nanti, menjadi - jadi pulak cirit - birit kita tu. Buat sementara waktu, berhenti dulu makan buah - buahan. 

Maklumlah, semasa hamil, ibu- ibu hamil memang gemar makan buah. Kulit anak pun cantik kan! Membuang pun lawas. Tak lupa juga ada sesetengah buah boleh tingkatkan Hb semasa hamil tau.

Boleh baca entri ni 7 MAKANAN NAIKKAN HB IBU HAMIL

Tips 5 | Berhenti Minum Ais

Cuaca panas ni, memang nikmat betul minum ais. Terutama untuk ibu hamil, time hamil, memang badan rasa sedikit panas. Memang nikmat betul dapat minum ais kan.

Tapi, bila dah cirit birit tu, kita kena la berhenti minum ais ye! Ais ni boleh membuatkan cirit birit kita lebih parah kerana ais tu selalunya diperbuat daripada air paip yang tidak dimasak!

Bertahan sekejap ye ibu hamil yang cirit birit! Dah baik cirit birit tu, minum la ais sepuas hati. Dah bersalin nanti kena pantang ais setahun pulak! hihi

So, 5 tips legakan cirit birit semasa hamil dah pun saya kupas dan diharap kita semua mendapat manfaat daripada entri ini. Lain orang lain kesannya kan? Tapi, tak salah untuk mencuba tau!

Sekiranya anda berminat untuk mencuba Performance Drink Shaklee, boleh hubungi saya ditalian 012 921 4064 atau email at sueymn@yahoo.com ok.

Sihat Untuk Ibadah Yang Lebih Cemerlang

SuhaileyMohdNoor
PengedarShakleeKuantan
PengedarShakleeKemaman
012 921 4064



8 comments:

  1. Cirit birit sewaktu hamil memang igauan ngeri. Seksanya rasa bila perut sakit dan memulas. Nak membuang pun susah sebab perut kita dah besar.

    ReplyDelete
  2. terima kasih berkongsi info..memang sangat membantu diri saya yang sedang hamil ni...

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. Air garam yg doc bg bleh mnum tak

    ReplyDelete
  5. Sy dh 3hr cirit kandungan dh 36 mggu, rs x lrt sgt.. mnum teh pkat x mnjadi. Doc ade bg ubt cirit kanak2 punye sruh bancuh ngan air pastu mnum. Xde effect ape2ke? Ksian plak kat bby lam perut ni 😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang bila preggy kita boleh amik ubat kanak-kanak. kalau doktor dah consult tu ok la.

      Delete

Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...