Friday, August 29, 2014

mee rebus chendor perdana

alahai tajuk entri...tak menahan tu! idea dari encik husband la tu, semua nama masakan pun dia nak letak 'chendor perdana' kat belakang. so inspired with this place i guess!

mee rebus chendor perdana atau pun nama pendek dia, mee rebus, asalnya dimasak untuk encik husband tersayang memandangkan sudah bosan makan nasi setiap hari dan juga disebabkan kesibukan yang melanda encik husband yang asyik tak sempat balik makan tengahari kat rumah!
So, kita masak mee rebus aje.

actually, nak masak mee rebus ni senang je, tapi sokmolah lupa resepi, resepi sebenar sebelum diubah sesuka hati saya berasal daripada kawan saya, kak azma, tak pasti la pulak dia ceduk kat mana resepi ni, yangpasti, saya dah ubah ikut selera kami..hehe jangan marah ye kakakku sayang!

mee rebus chendor perdana
Mee Rebus Chendor Perdana

Here is the recipe!

Korang perlukan bahan-bahan ni ye..

1. Mee kuning (sila celur ye!)
2. Udang / ayam /daging (kalo ada semua sekali, cantik!!)
3. Sos tomato & Sos cili
4. Sos tiram
5. Kicap
6. Bawang blend/tumbuk
7. Cili blend
8. Gula & garam
9. Cuka
10. Telur Ayam
11. Sayur (sawi & lobak merah pun dah cukup)
12. Serbuk lada hitam

Dah cukup semua bahan-bahan??? ok jom mula masak!

Tumis bawang blend, cili blend & lada hitam, cili blend tu letak sikit sudah sekiranya hidangan ini akan dihidangkan kepada budak-budak jugak.

Agak-agak dah garing, masukkan ayam/daging/udang dan seangkatan dengannya dan reneh sampai masak.

Sambil-sambil tu, masukkan sos tiram, sos tomato,sos cili dan kicap. Banyak mana nak letak tu, terpulang kepada banyak mana mee yang korang nak masukkan nanti, biasanya untuk 1/2 paket mee kuning tu, sos-sos ni letak je 1-2 sudu, sos cili tu kalau nak pedas, sila letak lebih ye.

Air kena la masukkan sekali kan untuk kuah. Agak-agak amaun air tu setimpal la dengan mee dan bahan-bahan tadi.

Sekarang dah tiba masa nak letak gula dan garam secukup rasa korang! Pandai-pandai tambah bahan-bahan kat atas sekiranya kuah tu rasa kekurangan ye.

Dah boleh masukkan sayur dan sila masukkan telur sekiranya berminat. sebenarnya letak telur ni lagi best tau, tapi kalau tak nak letak pun takpe je.

Last sekali, boleh masukkan mee kuning yang dah dicelur tadi, tapi kalau nak asingkan kuah dan mee pun boleh.

Tadaaa..siap dah Mee Rebus Chendor Perdana  korang!

mee rebus
mee rebus ni cik nuraini punye...udang je yang banyak!


Tips :

1. Guna bawang yang ditumbuk lebih best daripada bawang blend sebab lebih terasa jus bawang tu berbanding bila blend/kisar.

2. Guna cili blend yang dimasak dan dikisar sendiri lagi best daripada beli cil boh kat kedai. terasa lebih 'kit' masakan tu tau!

3. Mee rebus chendor perdana ni lagi bertambah best bila dimakan dengan keropok goreng!

Sila cuba dan jangan segan-segan untuk ubah/tambah apa yang patut mengikut selera korang. selamat mencuba dan terima kasih kerana membaca!

suey yang kini hebat memasak!

saya jual shaklee jugak tau,

suhailey mohd noor


set berpantang shaklee

Shaklee ada set berpantang ke???  Ramai yang tak tahu ye tentang set berpantang shaklee yang superb ini! Set berpantang shaklee sudah lama diamalkan oleh penduduk Malaysia juga Indonesia dan sudah pasti testimoni tentang keberkesanan set berpantang shaklee ini sudah diketahui umum. Set berpantang shaklee terdiri daripada 4 vitamin utama yang penting dalam penjagaan selepas bersalin. Vitamin - vitamin tersebut adalah seperti berikut :

Vitalea
B Complex
Sustained Release Vitamin C
Zinc Complex

set berpantang shaklee
SET BERPANTANG SHAKLEE

Apa kata kita tengok pula bagaimana vitamin-vitamin dalam set berpantang shaklee ini mampu mengembalikan kecergasan and juga menjaga anda semasa berpantang.

Vitalea
multivitamin penting yang diperlukan oleh badan tak kira la sebelum, semasa atau selepas berpantang. Vitalea membekalkan nutrien dan zat mineral penting kepada badan kita memandangkan semasa berpantang, kita tidak digalakkan atau berpantang daripada mengambil hampir semua jenis makanan kecuali makanan-makanan tertentu. maka, pasti lah khasiat daripada vitalea yang mengandungi banyak vitamin dan mineral ini sangat diperlukan oleh badan kita. Apabila badan dibekalkan dengan nutrisi yang mencukupi, sudah pasti badan akan sihat dan cergas. Mudah menjaga anak dan rumah tangga kan?

B Complex
Selain memberi khasiat tentang kesemua jenis vitamin B, B Complex ini dapat mengelakkan ibu berpantang mengalami sindrom kemurungan. ini disebabkan oleh, sifat vitamin B yang mengurangkan stress dan membuatkan ibu berasa tenang. Tak lupa juga, B Complex sangat membantu dalam membekalkan tenaga kepada ibu-ibu.

Sustained Released Vitamin C
Vitamin C selain untuk mengatasi masalah kulit kusam semasa berpantang, ia juga memainkan peranan penting dalam penyembuhan luka episiotomi. selalu masa berpantang ambil buah oren kan untuk bekalan vitamin C, nak makan banyak tak dibenarkan pulak, maka boleh digantikan dengan 1 tablet Vitamin C shaklee yang bersamaan khasiat 7 biji oren.

Zinc Complex
Fungsi utama zink dalam set berpantang shaklee ini lebih kepada untuk mempercepatkan luka episiotomi sembuh. Fungsi lain termasuklah, membantu mengurangkan rambut gugur, kecutkan jerawat, dan lain-lain.

Begitulah maklumat tentang set berpantang shaklee! Amat disyorkan untuk ibu-ibu yang bakal berpantang tidak kiralah bersalin secara normal atau secara pembedahan. Yang pasti, anak kuning pun tiada masalah untuk ibu-ibu mengambil set berpantang shaklee ini.

Harga? sudah pasti lah harga mampu milik dan berpatutan. Hubungi saya pengedar sah rangkaian vitamin shaklee anda untuk maklumat lanjut tentang set berpantang shaklee dan produk shaklee yang lain.

bersama memajukan ekonomi ummah
harga istimewa untuk bakal ahli shaklee tau!
Cara untuk menjadi ahli?? klik keahlian FREE shaklee untuk maklumat lanjut!

suhailey
886589
0129214064

Friday, August 8, 2014

ikan singgang ala suey

Hari ni nak share resepi salah satu kegemaran orang Terengganu iaitu ikan singgang! Penduduk negeri lain pun suka jugak masakan ni barangkali, tapi tak pasti pulak masakan ni dipanggil ikan singgang jugak or nama lain. 

Resepi ni turun temurun daripada keluarga mak dan diamalkan oleh kami adik beradik. Saje share resepi ni kat blog so that senang nak buat rujukan dikemudian hari. Kalau tulis kat buku, confirm hilang, takpun kena koyak dengan cik nuraini sayang! 

ikan singgang ala suey


Jom tengok apa yang diperlukan untuk masakan ikan singgang resepi suey ini ye!

Ikan
Boleh guna samada ikan selayang or ikan aye a.k.a ikan tongkol! Both ikan pun sedap tapi ikan selayang lagi senang nak manage tau. Berapa banyak nak kena guna ni? Ok, kalau ikan selayang, untuk makan 2-4 orang, separuh pun dah ok, kalau ikan tongkol pulak, sekeping dah cukup. Tapi, kalau anda jenis yang suka ratah ikan dalam kuah ni, letak la lebih. Macam kami ni, kami lebih prefer makan ikan goring daripada ikan dalam kuah singgang tu, maka memang kami letak seminimum yang mungkin dalam kuah singgang tuh. Selebihnya kami goreng je ikan tu.

Seterusnya, 

bahan-bahan lain
Kita perlukan lengkuas, kunyit (serbuk pun boleh), asam keping, bawang putih dan cili padi (nak bagi kit sikit!) lengkuas tu 2-3 hirisan dah cukup. Kunyit pulak, kalau guna kunyit serbuk, agak2 dah kuning sikit kuah tu cukuplah, dan jika guna kunyit hidup, setengah inci dah cukup tau! Asam keping pulak sekeping dah cukup. Cili padi ikut tahap kepedasan yang anda mahu ye! Suey letak 2 biji je.

Ok, macamana nak masak???

Sonang ajo…letak semua bahan termasuklah ikan dalam periuk berisi air dan letak atas dapur gas, masak la..masukkan garam untuk bagi rasa tau!. Masak sehingga mendidih. 

Siap!!!

Senang sangat kan??

p/s : masakan ikan singgang ini sangat best dihidangkan bersama ikan goreng, kangkung celur dan juga budu!

Jom masak-masak!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...