Monday, December 8, 2014

NEVER BLAME ANYONE

Assalamualaikum....

Thank Allah its monday again...back to work!
Never give up!
Cherish everyone in your life...
Monday Motivation Freak

MotivationMakeMeWakeUp
SuhaileyMohdNoor

Saturday, December 6, 2014

8 FUNGSI LECITHIN SELAIN UNTUK KURUS MEMANG BERBALOI SANGAT

Tentu ramai yang dah tahu tentang fungsi lecithin untuk kurus kan?
Memang lecithin ni sangat terkenal dikalangan mereka yang sedang berusaha untuk kurus

Tak lupa juga mereka yang mengidap penyakit darah tinggi yang mana begitu berhasrat untuk membebaskan diri daripada penyakit darah tinggi tersebut.

Tahukah anda sebenarnya, terdapat fungsi lain yang lecithin boleh bagi selain untuk kurus? Berikut saya senaraikan 8 fungsi lecithin yang mungkin anda belum tahu sebelum membaca entri ini. 
LECITHIN
LECITHIN
8 FUNGSI LECITHIN SELAIN UNTUK KURUS

1. Membantu merawat penyakit berkaitan daya ingatan seperti dementia (nyanyuk) dan Alzheimer's.
2. Membantu merawat penyakit pundi hempedu
3. Membantu merawat penyakit hati
4. Sebagai pelembab kulit
5. Membantu menurunkan tahap kolesterol tinggi
6. Membantu mengurangkan kebimbangan
7. Membantu merawat penyakit kulit seperti ekzema
8. Membantu merawat kemurungan

Dalam banyak-banyak fungsi lecithin ini, saya paling tertarik dengan fakta atau fungsi no. 4 di mana, sesetengah orang menggunakan lecithin ini sebagai pelembab kulit.

Menarik bukan? 
Lecithin dalam bentuk kapsul ini dipecahkan dan isinya disapu pada kulit terutamanya pada kulit muka. Terutama bagi mereka yang mempunyai kulit muka dari jenis kulit kering. Dipercayai, cara ini mampu untuk mengekalkan kelembapan kulit dan mengurangkan muka nampak begitu kering.

Fungsi lecithin dah tahu..so mana nak dapat sumber lecithin ni???

Actually, lecithin boleh didapati dalam pelbagai makanan harian temasuklah telur kuning, kacang soya dan jagung. Tapi, tak larat jugak nak makan makanan tersebut hari-hari kan?

Maka, sebagai jalan penyelesaian kepada sumber lecithin, kita boleh mengambil lecithin dalam bentuk vitamin untuk mendapat sumber bekalan lecithin harian. 

Untuk vitamin lecithin, saya cadangkan vitamin lecithin dari Shaklee. Kenapa lecithin Shaklee? 


Nak cuba penyelesaian untuk kurus sperti ibu dalam video ni? 20kg berat beliau turun uolls...teruja ai!

Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! from iReach HD on Vimeo.

Hubungi saya ditalian 012 921 4064 untuk mendapatkan Lecithin anda sekarang! Sebelum berat uolls lagi bertambah, meh order set kurus macam ibu dalam video tu amalkan.
Nak kan penjimatan lebih lumayan?
Perkhidmatan Cash on delivery disediakan secara percuma disekitar Kemaman dan Kuantan.

Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah
SuhaileyMohdNoor

Thursday, December 4, 2014

PENGEDAR SHAKLEE CHENDOR

Assalamualaikum wbt warga Chendor,Pahang!

Tahukah anda, terdapat wakil pengedar shaklee Chendor di kawasan anda?? Ala, pengedar shaklee yang membuat penghantaran vitamin shaklee di kawasan Chendor...


Tak perlu pergi jauh-jauh mahupun menggunakan khidmat Poslaju tu..
Alhamdulillah, pengedar shaklee Chendor sedia membuat penghantaran vitamin shaklee secara percuma di kawasan Chendor,Pahang.


InshaAllah, pengedar shaklee Chendor juga mempunyai bekalan vitamin shaklee yang mencukupi untuk memenuhi keperluan warga chendor sekalian.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan pengedar shaklee Chendor yang sedia dihubungi anda!
PENGEDAR SHAKLEE CHENDOR
PENGEDAR SHAKLEE CHENDOR
Nama : Suhailey Mohd Noor
No Hp : 012 921 4064
FB : suhaileymohdnoor
Website : http://ummunuraini.blogspot.com


Sebarang konsultasi untuk membantu menyelesaikan masalah kesihatan anda akan diberikan secara PERCUMA. Tak lupa juga khidmat nasihat cara pemakanan vitamin yang sesuai dan juga tips kesihatan yang berkenaan.

Hubungi pengedar shaklee Chendor anda sekarang!

Sekiranya, anda memerlukan Pengedar Shaklee Chendor untuk menguruskan penghantaran vitamin shaklee untuk ahli keluarga yang berada di luar kawasan, Pengedar Shaklee Chendor akan menguruskan penghantaran vitamin shaklee menggunakan khidmat Poslaju.

Inginkan PENJIMATAN BERGANDA??

Warga Sihat Aset Negara!
Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah

SuhaileyMohdNoor
ID 886589

Wednesday, December 3, 2014

KETAM MASAK LEMAK CILI PADI | SEKALI CUBA NAK LAGI

Holla..its december already!

Sebelum berpantang ni, nak share resepi ketam masak lemak cili padi dulu...
Satgi dh berpantang, terliur pulak kalau tulis entri masak memasak ni^^^

Ketam masak lemak cili padi ni memang resepi kegemaran kami sekeluarga tau! Nuraini memang peminat setia ketam..mr crab kata dia!

Jom masak ketam masak lemak cili padi!
KETAM MASAK LEMAK CILI PADI
KETAM MASAK LEMAK CILI PADI
Resepi turun temurun sudah pasti!

Firstly, kita perlukan :
Bawang merah
Kunyit
Halia
Lengkuas
Serai
Cili boh
Cili padi
Santan
Ketam


Macamana nak masak??

Blend bawang merah, kunyit, cili padi, halia dan lengkuas!
Panaskan santan, masukkan bahan yang diblend tadi. Kacau.
Masukkan serai yang dh di ketuk-ketuk terlebih dahulu...
Then, masukkan cili boh!
Masukkan ketam yang telah dibersihkan! 
Kacau sehingga ketam tu masak. 
As usual, masukkan garam secukup rasa.

Siap! Mudahkan?

Tips memasak Ketam Masak Lemak Cili Padi 
1) Sekiranya kunyit hidup tu not available, boleh ganti dengan kunyit serbuk!
2) Gantikan cili boh ready made dengan cili kering yg diblend homemade lebih 'kit' rasa dia tau.
3) Make sure sentiasa kacau santan tu tau..nanti pecah2..tak cantik dipandang mata^^^
4) Santan fresh lagi best daripada santan kotak tau! Tp kalau dah ada santan kotak je..pun boleh.
KETAM MASAK LEMAK CILI PADI
Ketam Masak Cili Padi bersama Nasi dan Ikan Goreng
Selamat mencuba ye kawan-kawan semua!
Dah makan makanan lemak - lemak tu, meh roger saya untuk dapatkan vitamin shaklee untuk cegah kolesterol bertapak di dalam salur darah anda.

SuhaileyMohdNoor
PengedarShakleeKemaman
012 921 4064

Monday, December 1, 2014

THE POWER OF FOCUS!

Salam Isnin rakan blogger....

Its December already...
Semoga hari ini lebih baik dari semalam.
Jangan lupa syukuri nikmat yang telah dikurniakan.
Jom layan motivation qoute hari ini...
STAY FOCUS

May your day is much brighter every day.

MotivationKeepsMeWakeUp
suhaileymohdnoor

Saturday, November 29, 2014

6 MAKANAN BAKAR LEMAK SUPAYA SAYA CEPAT KURUS

Suka makan banyak tapi nak kurus? 
Suka makan banyak tapi nak cepat bakar lemak?
Suka makan banyak tapi tak nak gemuk boleh?

Memang banyak cara boleh dibuat untuk menurunkan berat badan! 
Ada cara susah, ada cara senang, ada cara yang cepat dan ada juga cara yang lambat sedikit menunjukkan kesan tapi berbaloi. 

Apa pun cara untuk turunkan berat badan, pastikan ia tidak memudaratkan diri tau!
Klik video ni untuk tengok macamana ibu ini turunkan berat badan beliau sebanyak 20 kg!! WOW.


Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! from iReach HD on Vimeo.

Boleh juga cuba amalkan makanan bakar lemak supaya cepat kurus atau sekurang-kurangnya, makan banyak pun berat badan tak naik!
6 makanan bakar lemak

Menurut pakar pemakanan Orlando Magic, Tara Gidus, ada beberapa makanan yang dapat membantu fungsi pembakaran lemak dipanggil termogenik. Makanan termogenik membakar lebih banyak kalori.
Ok, ini sangat menarik!

Apa yang lebih menarik, Penulis buku Weight Loss: The Alternative Medicine Guide menjelaskan, makanan pembakar lemak mempunyai tiga karakter iaitu mengandungi protein, lemak dan serat yang tinggi.

"Makanan ini walaupun mengandungi lemak, ia memerlukan tenaga ketika proses penghadamannya. Ini membuatkan proses pembakaran lemak menjadi lebih cepat," ujarnya.

Berdasarkan kajian mereka juga, terdapat 6 makanan membakar lemak terbaik.
Jom semak, ada tak makanan bakar lemak dalam diet harian kita.

Makanan Bakar Lemak 1 | Cili merah
Ramai tidak tahu cili merah yang berfungsi menambah rasa pedas dalam masakan membantu meningkatkan kemampuan tubuh membakar lemak. Ini kerana kandungan capsaicin di dalam cili meningkatkan metabolisma.
6 Makanan Bakar Lemak
Cili Merah
So, siapa yang rasa dia dikalangan mereka yang mempunyai metabolisma rendah, boleh cuba pastikan cili merah ini sentiasa ada dalam masakan 

Makanan Bakar Lemak 2 | Daging tanpa lemak
Pakar berpendapat, pengambilan daging tanpa lemak untuk makan tengah hari akan membuatkan anda kenyang lebih lama. Ini kerana daging kaya protein sehingga memerlukan banyak tenaga ketika proses penghadaman.

Apabila tubuh memerlukan lebih banyak tenaga untuk pemecahan protein yang terkandung dalam daging, maka tubuh memerlukan lebih banyak kalori untuk membakarnya. Cepat la kurus penggemar daging ni tau.

Makanan Bakar Lemak 3 | Badam
6 Makanan bakar lemak
Badam
Tahukah anda, segenggam badam mengandungi protein, lemak dan serat. Badam memberikan rasa kenyang lebih lama dan membantu membakar lemak tiga kali lebih cepat berbanding kekacang lain.
Paling menarik, badam boleh dimakan begitu sahaja sebagai snack. Tak perlu mengunyah jajan lagi tau!

Makanan Bakar Lemak 4 | Teh hijau
Jurnal Nutrisi Klinikal Amerika melaporkan, minum empat cawan teh hijau setiap hari membuatkan berat badan berkurangan sehingga 6 kilogram dalam tempoh 8 minggu. 
6 Makanan Bakar Lemak
Teh Hijau
Ini kerana kandungan EGCG iaitu sejenis bahan antioksidan di dalam teh hijau menjadikan minuman ini sangat berkesan sebagai bahan pembakar lemak.

Nak baca lebih lanjut berkenaan teh hijau ni, klik TEH HIJAU

Makanan Bakar Lemak 5 | Avokado
Avokado mempunyai nilai kalori yang sangat tinggi, kaya lemak serta tinggi kandungan serat yang membantu membakar banyak lemak. Pengambilan avokado dalam hidangan harian menjadikan pembakaran kalori berlaku setiap hari.
6 Makanan bakar lemak
Avocado
Peminat Avokado pasti sukakan fakta ini. Cepat kurus lah bila dah bakar lemak hari-hari.

Makanan Bakar Lemak 6| Kopi
Sebagai pilihan kepada mereka yang tak minat minum teh. Kopi juga bakar lemak tau.

Kafein juga mampu membuat metabolisme bekerja lebih cepat. Ini kerana kafein dapat melakukan proses pemecahan lemak atau liposis. Satu atau dua cawan kopi setiap hari sudah mencukupi untuk pembakaran kalori anda.

Walaubagaimanapun, kita harus mengambil banyak sayur-sayuran hijau dan buah-buahan kerana kedua-duanya membantu mengurangkan rasa lapar. Kandungan gula semula jadi yang terdapat di dalamnya memberikan rasa kenyang lebih lama.
6 Makanan Bakar Lemak
Kopi
Jangan lupa, bersenam setiap hari selama 10 minit membantu tubuh kekal langsing dan sihat.

Jika anda berminat untuk mencuba vitamin shaklee untuk membakar lemak! Hubungi saya ditalian 012 921 4064. Kurus sambil sihat tau! Pastinya harga juga sangat berpatutan. Order sekarang sebelum berat anda yang tak turun-turun tu naik bertambah banyak! Risau pulak datang penyakit lain.
vitamin bakar lemak
Penghantaran secara COD (cash on delivery) juga disediakan disekitar kawasan Kemaman dan Kuantan.

BERSAMA MEMBANGUNKAN EKONOMI UMMAH

SuhaileyMohdNoor
PengedarShakleeKemaman


Friday, November 28, 2014

JADUAL GAJI KAKITANGAN KERAJAAN TAHUN 2015 | 4 KALI GAJI AWAL

Wah, cepatnya masa berlalu...dah nak masuk disember 2014. Tak lama lagi tahun 2015 akan menjelma.

Sementara Jadual Gaji Kakitangan Kerajaan Tahun 2015 dah keluar ni, marilah sama - sama kita buat perancangan perbelanjaan untuk tahun 2015. Bukan kakitangan kerajaan pun boleh merancang sama, dah boleh jangka bila musim perayaan dari jadual gaji kakitangan kerajaan tahun 2015 ni.

Jom semak tarikh gaji kakitangan kerajaan tahun 2015!
JADUAL GAJI KAKITANGAN KERAJAAN TAHUN 2015
JADUAL GAJI KAKITANGAN KERAJAAN TAHUN 2015
Amacam??
4 kali gaji awal bulan tau, kena rancang betul-betul ni, kalau tak, tak sampai hujung bulan dah kena makan maggi lor.

Eh, tak lupa juga, bayaran bonus kakitangan kerajaan dibayar pada bulan Januari 2015. Sila belanja secara berhemah tau.

Since Hari Raya Aidilfitri jatuh pada bulan Julai 2015, maka kena lah jugak pastikan puasa ramadan 2014 diganti sebelum Jun 2015 ye.

Nak semak Penyata Gaji anda? Klik PENYATA GAJI.

Rasa duit gaji dah tak cukup untuk kehidupan sekarang???
Hubungi saya ditalian 012 921 4064 untuk sama - sama menjana tambahan melalui Shaklee. Tunjuk ajar disediakan dan sekiranya belum cuba, belum tahu lagi hasilnya kan??

Klik DAFTAR AHLI SHAKLEE untuk ketahui dengan lebih lanjut, cara untuk mendaftar sebagai ahli shaklee!


BERSAMA MEMBANGUNKAN EKONOMI UMMAH

suhaileymohdnoor
pengedarshakleekuantankemaman

Wednesday, November 26, 2014

6 KAEDAH BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN | TAK BAIK TAK BAYAR TAU

Haaa..kantoi...tak bayar PTPTN ye???
Aha, ramai je yang tak bayar PTPTN ni, tak pasti pulak kenapa, sepatutnya, dah berhutang tu, kenalah bayar kan???

hehe, mungkin belum dapat kerja atau tak tahu nak bayar pinjaman PTPTN ni kat mana! Kena bersangka baik tau.

Maka, untuk memudahkan kalian semua, di sini saya senaraikan 6 kaedah bayaran balik pinjaman PTPTN untuk panduan semua.

KAEDAH BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN 1 - KAUNTER

Berikut adalah senarai kaunter di agensi / ejen yang menerima bayaran PTPTN. Korang boleh pilih nak bayar kat agensi mana tau. Caj RM1 dikenakan sekiranya kita memilih untuk bayar PTPTN di kaunter bank.
  • IBU PEJABAT PTPTN
  • PEJABAT PTPTN NEGERI DI SELURUH NEGARA
  • ONE STOP CENTER PTPTN, KL SENTRAL DAN PUTRAJAYA
  • URBAN TRANSFORMATION CENTRE (UTC) KUALA LUMPUR DAN PERAK
  • IBU PEJABAT LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (LHDNM)
  • BANK ISLAM
  • CIMB BANK
  • BANK SIMPANAN NASIONAL BANK KERJASAMA RAKYAT
  • POS MALAYSIA BERHAD
KAEDAH BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN 2 - POTONGAN GAJI

Kita pun boleh buat potongan melalui gaji untuk membayar pinjaman PTPTN ni tau! Dapatkan borang permohonan potongan gaji di Portal Rasmi PTPTN. Then, boleh borang permohonan berserta nama dan alamat majikan ke PTPTN. klik portal PTPTN

KAEDAH BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN 3 - PERBANKAN INTERNET

Kaedah ketiga ni paling senang, transfer je duit melalui perbankan internet.
  • CIMB BANK (www.cimbclicks.com.my)
  • MAYBANK (www.maybank2u.com.my)
  • BANK ISLAM (www.bankislam.biz)
  • PUBLIC BANK (www.pbebank.com.my)
  • RHB BANK (www.rhb.com.my)
  • AMBANK (www.ambankgroup.com.my)
  • BANK RAKYAT (www.irakyat.com.my)
  • POS ONLINE (www.posonline.com.my)
  • BANK SIMPANAN NASIONAL (www.mybsn.com.my)

KAEDAH BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN 4 - PORTAL RASMI PTPTN e-FES melalui Financial Processing Exchange (FPX)

Bank yang ada menawarkan khidmat e-FES ni termasuklah
  • BANK ISLAM
  • CIMB BANK
  • PUBLIC BANK
  • MAYBANK
  • HONG LEONG BANK
  • RHB BANK
KAEDAH BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN 5 - PENGELUARAN AKAUN II KWSP

Bagi yang dah pun bekerja dan ada mencarum KWSP, boleh juga membuat pengeluaran akaun II KWSP untuk membayar balik pinjaman PTPTN tersebut. Syarat -syarat pengeluaran akaun II KWSP adalah seperti berikut :

  1. Permohonan daripada penerima biaya :
  • Bagi peringkat pengajian ijazah dan diploma : Perjanjian pembiayaan pendidikan adalah 2 Januari 2001 dan ke atas
     2. Permohonan daripada ibu/bapa penerima biaya :
  • Bagi peringkat pengajian ijazah : Perjanjian pembiayaan pendidikan adalah April 2000 dan ke atas
  • Bagi peringkat pengajian diploma : Perjanjian pembiayaan pendidikan adalah 17 Januari 2006 dan ke atas.
KAEDAH BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN 6 - ELECTRONIC DATA CAPTURE (ECD) TERMINAL 

Boleh guna sebarang kad ATM atau kad debit bank - bank tempatan yang mempunyai logo MEPS untuk membuat bayaran pinjaman PTPTN ini.

So, kita ada 6 kaedah untuk membuat bayaran balik pinjaman PTPTN seperti yang dinyatakan di atas. Tak ada alasan lagi untuk kita tidak membuat bayaran pinjaman PTPTN ni tau. Generasi akan datang pun ingin menikmati pinjaman yang sama juga tau. 

Eh, nak tahu macamana saya membuat kerja sampingan untuk membayar pinjaman PTPTN tanpa menggunakan duit gaji? Jom buat kerja mudah ini. 
Hubungi saya ditalian 012 921 4064 untuk menjana pendapatan bersama Shaklee. Extra income untuk membayar PTPTN tau ;)

Klik DAFTAR SHAKLEE untuk mendaftar sebagai ahli shaklee. Jangan bimbang kerana tunjuk ajar disediakan. Personal and group coaching tau.

BERSAMA MEMBANGUNKAN EKONOMI UMMAH

SuhaileyMohdNoor
PengedarShakleeKuantanKemaman

Monday, November 24, 2014

In The Middle of Difficulties Lies Opportunity

Assalamualaikum wbt and morning dearies^^^

Sudahkah anda bersyukur pada pagi ini?
In whatever mood you are this morning... just remember,

motivasi

Lailahailla anta, subhanaka inni kuntumminna zho limin.

MotivationKeepMeWakeUp
SuhaileyMohdNoor

Wednesday, November 19, 2014

10 BARANG BAYI IBU HAMIL WAJIB BAWA SEBELUM KE BILIK BERSALIN | NO 7 TU TAKDE PUN OK JE

Alhamdulillah, dah nak sampai due bersalin ye...

Dah buat persediaan barang bayi nak bawa ke hospital? Mesti excited nak sambut bayi baru kan! 
Dah beli semua barang bayi ke? Biasanya, terlebih-lebih ibu bapa membeli ni, terutama yang baru nak bersalin anak pertama. Perasaan excited tu memang terlebih sangat, kalau boleh, semua pun nak beli..hehe

Dah banyak sangat barang yang dibeli tu, keliru pulak kan nak bawa yang mana ke hospital untuk bersalin nanti. Ada yang perlu dibawa, ada yang tak perlu pun lagi. Takkan la nak bawa satu pergi hospital kan?? hehe
10 BARANG BAYI IBU HAMIL WAJIB BAWA SEBELUM KE BILIK BERSALIN
BARANG BAYI
So, di sini saya senaraikan barang bayi yang ibu hamil wajib bawa sebelum ke bilik bersalin untuk dijadikan panduan terutamanya buat first time mother dan juga ibu - ibu lain yang mungkin dah lupa nak bawa barang bayi yang mana ke hospital sebelum bersalin.   

Dah alang- alang saya pun memang buat persiapan ni, so saya kongsikan dengan kalian semua ;)

1. Pampers
Pampers size newborn tau. Tak perlu banyak pun, 10 keping pun dah cukup.
10 BARANG BAYI IBU HAMIL WAJIB BAWA SEBELUM KE BILIK BERSALIN
PAMPERS PET PET SIZE NEWBORN
2. Baju bayi
2 pasang baju lengan panjang dan 2 pasang baju lengan pendek dah cukup. Just prepare both baju, lagipun kita tak tahu kan kita bersalin pukul berapa. Kalau bersalin tengahari, boleh pakaikan baju lengan pendek, kalau bersalin malam, boleh pakai baju lengan panjang.
10 BARANG BAYI IBU HAMIL WAJIB BAWA SEBELUM KE BILIK BERSALIN
BAJU BAYI
Bagi saya kan, tak perlu bawa banyak sangat baju, sebab tak plan nak stay lama kat hospital pun. Kalau boleh, nak terus discaj dan sambung berpantang kat rumah. Harap semuanya berjalan dengan lancar.

3. Mitten and botties
Sarung tangan dan sarung kaki ni sangat penting tau, kesian kat bayi kalau takde sarung tangan dan sarung kaki ni. Boleh siapkan 2 atau 3 set sarung tangan dan kaki ni. 

4. Tuala
10 BARANG BAYI IBU HAMIL WAJIB BAWA SEBELUM KE BILIK BERSALIN
TUALA
5. Selimut
Selimut recycle Nuraini punya je. Baru sangat dan banyak pulak tu koleksi Nuraini ;)

6. Tisu basah
Kali ni bawak tisu basah saiz kecik je. Kalau ade yang saiz besar pun boleh juga.
10 BARANG BAYI IBU HAMIL WAJIB BAWA SEBELUM KE BILIK BERSALIN
TISU BASAH
7. Bantal
10 BARANG BAYI IBU HAMIL WAJIB BAWA SEBELUM KE BILIK BERSALIN
BANTAL
Tak kritikal sangat untuk bawa bantal bayi ni, kalau kita terlupa pun ok je sebab ada kain tuala yang boleh kita jadikan bantal. Kain lampin pun boleh buat alas kepala bayi. So, tak perlu risau jika tertinggal bantal bayi ni tau.
Bantal ini dibeli atas persetujuan Nuraini untuk adik dia. Layankan sahaja ;)

8. Kain bedung
Saya memang suka bedung bayi walaupun bayi-bayi zaman sekarang ni tak suka dibedung. hehe.
Kain bedung saya plan nak bawa 2 helai. 
10 BARANG BAYI IBU HAMIL WAJIB BAWA SEBELUM KE BILIK BERSALIN
KAIN BEDUNG
9. Barut
Barut bayi boleh bawa 2-4 helai. Barut ni kecik je, so boleh bawa banyak. 
BARUT DAN KAIN LAMPIN
10. Mandian bayi
Bawak je set mandian bayi yang kecil tu. Tak nak stay lama pun kat hospital kan??

Yeay.. dah siap dah persiapan barangan bayi yang perlu saya bawa ke hospital untuk bersalin. 
Next entri, saya share pulak persiapan barangan ibu nak bersalin perlu bawa ke hospital pula. 
Tunggu!!

Selamat bersalin ye ibu - ibu sekalian. Semoga dipermudahkan.

Jika ibu - ibu sekalian ingin berpantang dengan SET BERPANTANG SHAKLEE boleh hubungi saya di talian 012 921 4064.

Takkan tak nak badan sihat dan cergas untuk jaga anak tercinta kan?

Pengedar Shaklee Kemaman
Suhailey Mohd Noor

Tuesday, November 18, 2014

5 TIPS MUDAH BALIKKAN KEDUDUKAN BAYI SONGSANG UNTUK ELAK LUKA PEMBEDAHAN 7 LAPIS | TIPS NO 4 PALING MUDAH

Bayi songsang memang merisaukan...
Ibu hamil kalau boleh, memang tak nak bayi songsang. Bukan apa,takut kena lahirkan anak secara pembedahan. Tak nak luka pembedahan 7 lapis lor!

Ramai yang cakap, kalau bersalin secara pembedahan  sebab bayi songsang ni, susah nak jaga masa berpantang. Batuk pun kena hati-hati. Saya tak pernah ada pengalaman bersalin secara pembedahan ni, jadi saya pun tak tahu sangat sejauh mana kesusahan atau keremehan nak jaga luka pembedahan semasa pantang tu. 
TIPS MUDAH BALIKKAN BAYI SONGSANG UNTUK ELAK LUKA PEMBEDAHAN 7 LAPIS
KEDUDUKAN BAYI DALAM KANDUNGAN
Adik beradik dan saudara mara terdekat pun tiada pengalaman tersebut. Agak menakutkan jugak pembedahan ni since abdomen ada 7 lapisan kan.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa tips mudah balikkan kedudukan bayi songsang yang boleh ibu hamil amalkan untuk memperbetulkan kedudukan bayi songsang tersebut. Ramai yang dah cuba, inshaAllah berjaya.

Di sini saya senaraikan 5 tips mudah balikkan kedudukan bayi songsang.

Tips Mudah Balikkan Kedudukan Bayi Songsang 1 | SOLAT HAJAT 
Amalkan solat hajat setiap malam untuk memudahkan bayi songsang kembali kepada kedudukan yang betul untuk elak luka bersalin secara pembedahan. Solat  hajat bagus dilakukan sepanjang hamil untuk memudahkan proses kehamilan dan bersalin.

Tips Mudah Balikkan Kedudukan Bayi Songsang 2 | DOA
TIPS MUDAH BALIKKAN KEDUDUKAN BAYI SONGSANG
DOA BAYI SONGSANG
Amalkan Doa membalikkan bayi yang songsang dalam kandungan setiap hari. Ingat je baca tau! InshaAllah dengan mengamalkan doa ini, kedudukan bayi songsang kembali kepada keadaan asal.

Tips Mudah Balikkan Kedudukan Bayi Songsang 3 | MINUM AIR SOLAT HAJAT

Lebih afdal sekiranya air solat hajat untuk membalikkan kedudukan bayi songsang tersebut dibuat oleh ibu bapa sendiri. Amalkan setiap hari sehingga kedudukan bayi songsang kembali normal.

Tips Mudah Balikkan Kedudukan Bayi Songsang 4 | BERCAKAP DENGAN BAYI DALAM KANDUNGAN

Tips ke 4 ni paling mudah, sentiasalah bercakap dengan bayi dalam kandungan. Minta tolong bayi dalam kandungan untuk membalikkan kedudukan beliau ke kedudukan normal. Sebolehnya lakukan setiap hari apabila ada masa^^^

Tips Mudah Balikkan Kedudukan Bayi Songsang 5 | BANYAKKAN BERADA DI DALAM KEADAAN BERSUJUD

Mengikut kajian, bayi dalam kandungan tidak suka berada di posisi ibu mereka bersujud sekiranya bayi berada berada dalam keadaan songsang. Mereka akan cuba untuk berpusing dan kembali kepada kedudukan normal. Maka, ibu perlulah banyak berada di posisi bersujud untuk membantu membalikkan kedudukan bayi songsang. Lamakan posisi bersujud ketika solat. 
5 TIPS MUDAH BALIKKAN KEDUDUKAN BAYI SONGSANG UNTUK ELAK LUKA PEMBEDAHAN 7 LAPIS | TIPS NO 4 PALING MUDAH
POSISI SUJUD
Alhamdulillah, dari pengalaman sendiri, selepas mengamalkan kelima-lima tips mudah balikkan kedudukan bayi songsang ni, bayi saya kembali ke kedudukan normal ketika usia bayi dalam kandungan 36 minggu. 

Kepada ibu - ibu mengalami masalah kedudukan bayi songsang, boleh amalkan 5 tips di atas. Dengan izin Allah, kedudukan bayi songsang kembali normal.

Sekiranya ibu memerlukan SET BERPANTANG SHAKLEE, boleh hubungi saya ditalian 012 921 4064. Penghantaran PERCUMA diuruskan di sekitar KEMAMAN. 

 
BERSAMA MEMBANGUNKAN EKONOMI UMMAH

suhaileymohdnoor
012 921 4064


Monday, November 17, 2014

DONT QUIT

Assalamualaikum and very good morning^^^


No matter how hard it is...dont quit!
Stay positive and remember Allah swt always.

When There is A Will...There Is  A Way...

MotivationKeepMeWakeUp
SuhaileyMohdnoor

Sunday, November 16, 2014

KEK COKLAT SEDAP

Hujan, hujan ni, syok layan kek coklat ni tau...
Lagi puas hati bila kek coklat tu homemade, buat sendiri.

Bukan susah sangat sekarang ni, nak buat kek coklat yang sedap, google je resepi kat internet, confirm jumpa! Tapi, nak cari yang betul-betul kena dengan taste kita, kena la cuba dulu resepi-resepi tersebut dan ubah ikut selera kita.
KEK COKLAT SEDAP
KEK COKLAT SEDAP
Resepi kek coklat sedap kita hari ni adalah seperti berikut ;

Bahan A (1 cawan each)
Air
Minyak Masak
Susu segar
Gula
Serbuk Koko
KEK COKLAT SEDAP
SERBUK KOKO
Bahan lain
Telur 2 biji
Tepung 1 cawan
Soda bikarbonat 1/2 sudu teh
Baking powder 1/2 sudu teh

Topping
Coklat masakan
Butter
Whipping Cream

Masak bahan A pada api sederhana. Agak-agak semua gula dah larut dalam air, masukkan telur yang sudah dipukul asing. Masak sekali dengan bahan A tadi.
masukkan Tepung, soda bikarbonat dan baking powder.
Kukus.
KEK COKLAT SEDAP
KUKUS
Biasanya kukus mengambil masa dalam 20-30 minit sahaja.
Siap!

Mudah sangat kan? Cepat pulak tu!
Apalagi kawan-kawan, sila cuba ye...

Mudah, cepat dan sedap!

#bakingdengansikecilmemangmeriah

SuhaileyMohdNoor

Friday, November 14, 2014

FLOWER GIRL BERAKSI | SAYA SUKA MAKE UP

Orang kata, dimana tumpahnya kuah kalau bukan kat nasi kan?? 
Same goes to perlakuan anak or minat they all ni, kalau ibu pandai memasak, pasti ada salah seorang anak yang pandai memasak jugak!

Berlainan pulak dengan anak dara yang sorang ni, suka benar dengan make up! Ummi nuraini ni memang tak minat make up pun. setakat nak bercompact powder tu boleh lah.

18 Oktober 2014 yang lepas, cousin kami melangsungkan perkahwinan, seronok betul Nuraini sebab dapat jadi flower girl. Suka sangat dia bab-bab melawa dan interframe ni!

Jom layan gambar flower girl sepanjang majlis berlangsung! Layan...
Flower Girl
Make up
Flower Girl
Last Touch Up
Tak bergerak Nuraini, full cooperation lah dia bagi. Dah minat kan!
Flower Girl
Bergambar dengan pengantin
Sebenarnya, ada 6 flower girls, at last tinggal Nuraini dan kak Dila je, yang lain ntah kemana dah. Budak-budak kan, mana nak tahan stay kat satu tempat..nak pose bagai, of course they all nak main-main. Unless, memang minat berposing macam Nuraini dan Kak Dila ni^^^
Flower Girl
Buat Muka pulak
Jom layan gambar Nuraini buat muka pulak...suka hati dia je tau^^^
Malu la tu..konon la
FLOWER GIRL
Bulatkan mata anda
flower girl
Konon HANTU la tu
flower girl
Nuraini & Abi
sekian, laporan flower girl beraksi di majlis perkahwinan makcik dia. Suka sangat jadi princess! Dah settle majlis tu, Nuraini pergi swimming pulak! 
Ummi dan Abi layan saja lah..

xoxo
ummiNuraini

Thursday, November 13, 2014

SUAMI BOSAN SEBAB ISTERI ASYIK SAKIT PINGGANG | MEMANG TAK PATUT

Suami bosan sebab isteri asyik sakit pinggang!

Nak salahkan isteri ke, nak salahkan suami ni??
mmm...kalau ikutkan emosi kewanitaan, memang rasa nak salahkan suami! Tapi....isteri pun ada salahnya juga!

To be fair, both suami isteri perlu bertanggungjawab! Masing-masing perlu memainkan peranan masing - masing untuk atasi isu suami bosan sebab isteri selalu sakit pinggang ni! Sakit pinggang ni memang masalah yang biasa dialami oleh isteri tetapi ramai yang tak sedar betapa isteri sakit pinggang memberi kesan yang besar kepada institusi kekeluargaan!
SUAMI BOSAN ISTERI ASYIK SAKIT PINGGANG
Dah biasa sangat isteri mengadu sakit pinggang ni kat suami, tapi apa suami buat? 
Ada ke tolong urutkan pinggang isteri tu? Ada ke suami ambil inisiatif tolong belikan ubat untuk kurangkan sakit pinggang isteri tu?

Ada ke suami tu fikir dan cari punca, kenapa lah isteri aku ni asyik sakit pinggang je? Isteri orang lain takde pulak aku dengar asyik mengadu je...then mula la si suami bosan especially bila nak bersama, isteri asyik tolak sebab tak larat, sakit pinggang!
suami bosan sebab isteri asyik sakit pinggang
sakit pinggang
Isteri pulak, dah tahu sakit pinggang tu, tak reti - reti ke nak cari penawar? 
Mintak duit dengan suami nak berubat ke? Mintak tolong suami bawa pergi spa untuk mengurut ke? Mintak tolong suami pulak dukung anak, sakit pinggang tau duk dukung anak je memanjang, kerja rumah pun nak kena settle jugak ni. 

Suami ni kan. kadang-kadang memang sangat blur, jika tak suruh, memang dia dengar je lah..kesudahnya, sakit pinggang tak hilang, suami pulak bosan sebab isteri asyik sakit pinggang!

Nampak remeh je sakit pinggang ni kan?

Tahukah kita, sebenarnya....
Isteri sakit pinggang ni bukan setakat memberi kesan kepada hubungan seksual ye para isteri sekalian, kerja rumah pun terbengkalai, anak tak terjaga, masak pun tidak, suami pun naik bosan nak balik rumah tau. Akhirnya, rumahtangga berantakan

Maka, sebelum terlambat, marilah kita sama - sama mencari penyelesaian kepada isu ini. Isu ini sangat penting kerana sakit pinggang adalah perkara biasa yang dihadapi oleh para isteri!

Tahukah anda, kajian menunjukkan semua orang pernah sakit pinggang sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Dianggarkan 80% orang pernah mengalami sakit pinggang yang menyebabkan kerja dan aktiviti harian terganggu. 

Semua orang pun tak nak menghadapi kesan buruk hasil daripada isteri sakit pinggang ni kan? 

Baik! Kita cuba cari penyelesaian kepada isu isteri sakit pinggang ini. Berikut adalah beberapa tips yang kita boleh aplikasikan untuk mengurangkan sakit pinggang dan seterusnya buat suami senyum lega! hehe

Tips 1 | Bahagi Kerja Rumah
Salah satu punca isteri asyik sakit  pinggang adalah kerana hanya isteri sahaja yang membuat kerja rumah. so, untuk kurangkan sakit pinggang isteri ini, apakata, semua kerja rumah dibahagikan antara suami isteri supaya beban yang ditanggung oleh isteri berkurang terutamanya kepada isteri yang juga berkerja.
suami bosan sebab isteri asyik sakit pinggang

Tips 2 | Amalkan senaman seperti yoga atau berurut
Senaman seperti yoga boleh mengurangkan sakit pinggang isteri. Amalan berurut setiap 2 bulan sekali sangat membantu mengurangkan sakit pinggang isteri. Suami juga  boleh mengamalkan berurut ni tau.

Tips 3 | Amalkan vitamin yang boleh kurangkan sakit pinggang
Banyak vitamin dipasaran yang membantu mengurangkan sakit pinggang. Vitamin pilihan saya sudah tentu vitamin shaklee. Kenapa saya suka vitamin shaklee ni? 


Tips 4 | Bawa stroller apabila keluar membeli belah atau jalan - jalan
Salah satu punca sakit pinggang adalah menanggung beban yang berat. Maka, untuk mengurangkan sakit pinggang isteri, bawa stroller apabila keluar membeli belah atau jalan-jalan untuk mengurangkan kekerapan isteri mendukung anak buat masa yang lama.
suami bosan sebab isteri asyik sakit pinggang

Tips 5 | Latih anak untuk lebih berdikari dan kurangkan aktiviti mendukung anak 
Tips ke 5 ini sesuai untuk anak yang asyik nak berdukung walaupun dah pandai jalan sendiri. Latih mereka untuk berdikari (berjalan sendiri) dan kurangkan dukung mereka.

Suami isteri, amalkan tips diatas untuk membantu menyelesaikan masalah suami bosan sebab isteri asyik sakit pinggang ye!

Sekiranya nak cuba vitamin shaklee untuk kurangkan sakit pinggang, hubungi saya ditalian 012 921 4064.

Takkan nak tunggu suami bosan baru nak jaga kesihatan kan??

Sihat Untuk Menjalankan Ibadah Dengan Lebih Cemerlang!

SuhaileyMohdNoor
PengedarShakleeKuantan
PengedarShakleeKemaman

Wednesday, November 12, 2014

5 TIPS LEGAKAN CIRIT BIRIT SEMASA HAMIL | TIPS No 3 PALING SELAMAT

Kena cirit birit ni memang haru, boleh jadi lembik macam kain buruk!

Cirit birit masa hamil lagi la haru, bukan sebarang ubat boleh ambil, risau baby dalam kandungan lagi, takut jugak dehydrated (terhidrasi). Maklumlah dah membuang banyak kali.

Bila cirit birit, nak makan pun fikir banyak kali. Risau kena masuk toilet lagi. Penat woo.
Saya ni dah hamil 37 minggu, dan dah kena cirit birit masuk 4 hari, hari ketiga paling teruk sebab cirit birit sampai petang! 
5 TIPS LEGAKAN CIRIT BIRIT SEMASA HAMIL
Ibu Hamil Cirit Birit

Nak makan ubat, risau kat baby, nak makan apa - apa pun terpaksa memilih! Penat la ulang alik masuk toilet, kalau boleh nak tidur je.

Nasib baik la kat opis, saya share toilet dengan 5 orang staf lain je, dan toilet pun ada 2. Nak buat macamana kan, ibu hamil terpaksa la bertahan. 

Walaubagaimanapun, saya ada tips untuk legakan cirit birit semasa hamil. Masih bertenaga walaupun cirit birit tau!

Nak tahu tips untuk legakan cirit birit semasa hamil? 

Tips 1 | Minum banyak Air Masak

Minum air banyak ni untuk menggantikan air yang dah banyak hilang daripada badan akibat daripada ulang alik ke toilet tu. Jugak termasuk, peluh yang berbakul-bakul semasa cirit birit. 

Sebaiknya air yang dimasak dirumah. Jangan minum air masak kat kedai makan pulak. Kita pun tak tahu tahap kebersihan kedai tersebut tersebut. Mungkin juga air tersebut tak dimasak sebaiknya. Tak pasal - pasal pulak makin menjadi - jadi cirit birit kita tu.

Tips 2 | Minum Teh Pekat

Minum teh pekat ini memang terbukti berkesan. Petua orang dulu - dulu jugak ni, memang menjadi. Tak percaya?? Boleh cuba sekarang, walaupun tak cirit birit lagi. 
5 TIPS LEGAKAN CIRIT BIRIT SEMASA HAMIL
TEH PEKAT
Kenapa?? 
Teh pekat ni boleh buat kita sembelit! Sebab tu bila cirit birit, kena ambil teh pekat ni, jadi kurang cirit birit kita tu.

Tapi..tapi...tapi..untuk ibu hamil, teh pekat adalah kurang sesuai kerana boleh mengganggu penyerapan zat besi dan sumber vitamin lain seperti protien. Yang penting, zat besi tu la, nanti kan Hb rendah pulak kan, dah la badan pun lembik ni.

No harm nak cuba, tapi dinasihatkan jangan minum teh pekat ni kerap sangat tau!


Tips 3 | Minum air Isotonik/Garam

Sure pernah dengar tentang air garam kan? minuman isotonik tak pun ORS? Lebih kurang la tuh. 100 plus pun boleh. 

Tujuan utama untuk kembalikan tenaga yang hilang. Walaupun cirit birit, masih bertenaga dan tak perlu cuti sakit pun!

Pengalaman sendiri yang tengah cirit birit dikala hamil 37 minggu ni, saya ambil Performance Drink Shaklee. Untuk gantikan elektrolit dalam badan saya yang banyak dah hilang tu dan juga pemberi tenaga kepada saya. 
5 Tips legakan cirit birit semasa hamil
Performance Drink

Performance drink ni lebih kurang macam 100 plus, tapi tiada gas. Itu yang membuatkan ia menjadi pilihan saya. Kurang gula lagi tu. Lagipun, time hamil, memang kita kena elakkan minuman yang bergas kan!

Nak suruh ambil ORS tu memang kena fikir banyak kali lor. Tak boleh masuk tekak la. Lagipun saya memang yakin dengan produk vitamin shaklee ni.Kenapa saya begitu yakin?


Tips 4 | Berhenti Makan Buah

Kenapa kena berhenti makan buah
Buah - buahan kan kaya dengan serat! Dah banyak serat tu nanti, menjadi - jadi pulak cirit - birit kita tu. Buat sementara waktu, berhenti dulu makan buah - buahan. 

Maklumlah, semasa hamil, ibu- ibu hamil memang gemar makan buah. Kulit anak pun cantik kan! Membuang pun lawas. Tak lupa juga ada sesetengah buah boleh tingkatkan Hb semasa hamil tau.

Boleh baca entri ni 7 MAKANAN NAIKKAN HB IBU HAMIL

Tips 5 | Berhenti Minum Ais

Cuaca panas ni, memang nikmat betul minum ais. Terutama untuk ibu hamil, time hamil, memang badan rasa sedikit panas. Memang nikmat betul dapat minum ais kan.

Tapi, bila dah cirit birit tu, kita kena la berhenti minum ais ye! Ais ni boleh membuatkan cirit birit kita lebih parah kerana ais tu selalunya diperbuat daripada air paip yang tidak dimasak!

Bertahan sekejap ye ibu hamil yang cirit birit! Dah baik cirit birit tu, minum la ais sepuas hati. Dah bersalin nanti kena pantang ais setahun pulak! hihi

So, 5 tips legakan cirit birit semasa hamil dah pun saya kupas dan diharap kita semua mendapat manfaat daripada entri ini. Lain orang lain kesannya kan? Tapi, tak salah untuk mencuba tau!

Sekiranya anda berminat untuk mencuba Performance Drink Shaklee, boleh hubungi saya ditalian 012 921 4064 atau email at sueymn@yahoo.com ok.

Sihat Untuk Ibadah Yang Lebih Cemerlang

SuhaileyMohdNoor
PengedarShakleeKuantan
PengedarShakleeKemaman
012 921 4064



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...