Sunday, August 30, 2015

Makaroni Cheese Mudah Sedap Mesti Cuba

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Entri khas untuk peminat Makaroni Cheese. Nak resepi makaroni cheese yang mudah tak?
Bukan sahaja mudah, of course sedap jugak. 

Bagi mereka yang baru nak berjinak ke dunia masakan, bagi saya la, menu makaroni cheese antara menu yang sesuai korang cuba kerana ia mudah. Tak perlukan skill yang tertentu nak masak makaroni cheese ni, campak-campak je bab kata orang tua, dah boleh jadi. :)


Namun, harus diingatkan, makaroni cheese ni tak boleh la dimakan hari-hari, karang kan naik tahap kolesterol tu tau. Unless uolls guna cheese yang rendah lemak, kurang sikit kolesterol tu. 

Kolesterol ni bukanlah semua tak bagus, kita perlukan kolesterol untuk maintain kan fungsi tubuh macam untuk beri pelindungan kepada saraf dan sel. nak ransang pertumbuhan otak dan saraf pun perlukan kolesterol tau.

Tapi, bila dah terlebih kolesterol pulak, itu yang salur darah jadi sempit, kolesterol duk  menempel pada salur darah. Maka, terjadilah strok. Mesti tak nak strok kan?

Nasihat saya, sila telan vitamin shaklee Phytocol ST sebelum melantak makaroni cheese ni dulu.

Bacaan lanjut : FAQ Phytocol ST Shaklee

OK. Kita teruskan dengan resepi makaroni cheese. Resepi ni saya dapat dari kawan baik saya Nurul Aziyana. Tapi as usual lah, resepi tersebut telah diubahsuai mengikut selera penduduk tetap chendor perdana ni, hihi.

Bahan - bahan yang diperlukan untuk masak makaroni cheese

Ayam/daging kisar 400gm
Pati kiub knorr (ayam/daging)
Keju (keping/parut) 
Makaroni (elbow san remo) 
Bawang besar
Bawang putih
Oregano
Lada hitam
Telur 3-4 biji
Serbuk kari
Garam

Rebus 3 cawan makaroni sehingga masak. Toskan.

Tumis bawang besar dan bawang putih yang dah dipotong dadu. Tumis hingga garing.
Tambah 2-3 sudu kecil serbuk kari, lada hitam dan oregano.
makaroni cheese mudah sedap
Masukkan ayam/daging kisar dan goreng sehingga masak.
Tambah makaroni yang dah masak tadi. Kacau sebati.
makaroni cheese bakar
Dalam mangkuk berasingan, pecahkan 4 biji telur, Kacau sebati.
Masak telur bersama makaroni dan ayam kisar tadi. Kacau semua bahan hingga sebati.

Pindah semua bahan ke dalam bekas untuk bakar.
Ratakan dalam bekas dan susun cheese dibahagian permukaan.
makaroni cheese mudah sedap
Bakar pada suhu 170 selama 20 minit.

Siap.

Alhamdulillah, hidangan mudah dan pantas. Sedap inshaAllah.
Selamat mencuba.

salam sayang,
SuhaileyMohdNoor
PengedarShakleeKuantanKemaman

Saturday, August 29, 2015

Atasi Kencing Manis dengan Vivix Supaya Kembali Bertenaga

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebut pasal diabetes, mungkin ramai yang tak berapa tahu. Tapi, kalau sebut kencing manis, pasti ramai yang tahu. Siap haribulan, memang pesakit kencing manis pun.

Kenapa saya kata macam tu?
Baca ni :

'Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, seramai 2.6 juta rakyat negara ini mengidap diabetes (kencing manis) pada tahun ini.' - Bernama,2014.

Dahsyatkan  statistik di atas!. Dahsyat lagi kesan buruk kencing manis!
vivix dan kencing manis
Menurut Kajian Persatuan Diabetes Malaysia dan Majlis Pencegahan Obesiti, mereka mendapati jumlah pengidap kencing manis membabitkan individu berumur 30 tahun ke atas.

Antara kesan buruk kencing manis adalah:

  • Kegagalan Buah Pinggang
  • Serangan Jantung
  • Strok
  • Gangrene (anggota tubuh mati) - yang kena potong kaki tu, salah satu sebab ni la..
  • Koma
  • Buta

Rasa risau dan takut bila tahu tentang kesan buruk kencing manis ni. Bagi saya, memang kena cegah jugak jika belum lagi mendapat kencing manis ni. Al maklum la, semua orang pun berpotensi menjadi pesakit kencing manis. Kalau yang dah memang pesakit kencing manis, wajib atasi penyakit ni tau.

Vitamin shaklee untuk atasi penyakit kencing manis adalah VIVIX. Vivix ini bukan sahaja boleh  membantu mengawal paras gula dalam darah, malah ia juga bertindak untuk memberi tenaga kepada mereka yang mengamalkan vivix. 

Tindakan vivix dari peringkat sel kita, membantu meningkatkan tahap kesihatan kita secara keseluruhan. Jangan tak tahu, dengan vivix, anda boleh kelihatan 25 tahun lebih muda dari usia.

Ikuti testimoni mereka yang telah berusaha mengatasi masalah kencing manis mereka dengan vivix.

vivix dan kencing manis
Alhamdulillah, ibu mertua boleh enjoy makan makanan manis walaupun dah lama kena penyakit kencing manis. Nikmat yang pesakit kencing manis je tahu.

vivix dan kencing manis

Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, vivix bantu pelajar ini kawal kencing manis beliau. Bonus, beliau lebih bertenaga which is sesuatu yang sangat diperlukan diperlukan oleh semua pelajar. Orang muda kan, biasa la aktif. Zaman study lagi lah, memang wajib bertenaga, banyak aktiviti nak kena buat. Syukur beliau buat pilihan yang bijak dengan mengamalkan vivix.

vivix dan kencing manis

Alhamdulillah untuk pakcik. Tak perlu dah nak cucuk insulin. Leceh jugak nak cucuk insulin ni. Since dah bertenaga, boleh join kawan-kawan beraktiviti.

vivix dan kencing manis

Alhamdulillah, gembira hati anak mana yang tak gembira bila kencing manis mak dah boleh dikawal. Mak lagi happy sebab kini dah boleh berbasikal lagi.

vivix dan kencing manis

Alhamdulillah, bacaan kencing manis turun mendadak ke paras 7.9. Berbaloi sangat makan vivix.
vivixd dan kencing manis
Alhamdulillah, kadar gula dalam darah menurun kepada 4.8.

vivix dan kencing manis

Alhamdulillah, dalam masa 2 minggu sahaja, paras gula menurun dari paras 15 ke paras 10. Isteri mana yang tak gembira kan?

So, 7 testimoni atasi kencing manis dengan vivix dah saya bongkarkan.

Jika ada mak, ayah, suami, isteri, saudara mara atau sesiapa sahaja yang mengidap kencing manis, jangan lupa cadangkan pengambilan Vivix. 

Takkan nak tunggu kencing manis lebih parah kan?

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut tentang vivix, boleh hubungi saya Suhailey ditalian 012 921 4064. Konsultasi percuma khas untuk customer saya.

* Nikmati diskaun 5% , keahlian shaklee percuma dan rebat tunai RM3+.++ dengan setiap pembelian 2 botol vivix. Tak lupa Free Vitalea jika anda berdaftar pada bulan ini.

Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah
SuhaileyMohdNoor

Friday, August 28, 2015

7 BUDI BAHASA YANG SEMAKIN DILUPAKAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

mmm sebenarnya lately rasa agak hopeless dengan masyarakat sekarang. Bukan apa, lately, asyik dengar kisah orang tak bayar hutang. Kesnya, si pemiutang pulak malu muka nak gi mintak, tapi si penghutang boleh pulak buat-buat tak tahu dan memang tak malu muka betul

Tak juga cerita orang merokok depan baby, ala vape tu la....mmm sabar je tau. Tak boleh ke ada sikit budi bahasa tu...huhu

So, entri kali ni nak share tentang 7 amalan budi bahasa yang masyarakat kita mungkin dah lupa or buat-buat lupa. Sebagai peringatan kepada kita semua, dan pada yang tak tahu tu, boleh la mula ambil tahu ye ;)

1.  Bila dah PINJAM buku orang, sila pulangkan.

Elak buat buku orang as harta sendiri tau. Sebolehnya, jangan la pinjam lama sangat. Mungkin tuan dia pun nak guna. Nak minta balik segan jugak. So, sebagai peminjam, sila faham sendiri ye.


2. Balas panggilan yang tak sempat dijawab.

Ini tips penting untuk suami, tolong la balas balik call isteri tu. Sila anggap panggilan dari isteri tu penting terutama isteri yang tengah duk jaga anak.

Same goes to other person. Tahap 'important' tu, sendiri nilai la yek. Macam mak, of course sangat penting kan


3. Jangan 'godek' maklumat dalam handphone atau komputer orang lain tanpa kebenaran.

Handphone dan latop/komputer personal, memang harta peribadi orang yang kita tak berhak nak usik. So, bila orang dah kasi pinjam tu, jangan memandai nak 'go thru' dokumen yang ada kat situ pulak ye.

Kindly have a respect to the owner. 

4. Elakkan memutuskan hubungan dengan pasangan melalui pesanan ringkas atau SMS.

Agak kurang asam bagi saya, kalau pasangan memutuskan hubungan melalui sms. I wolud be very grateful to break off with this kind of people. 

5.Jangan lupa tinggalkan sedikit makanan untuk yang membeli.

Wajib kot. Hopeless la kalau memang habiskan makanan, unless pembeli memang tak nak.


6. Pastikan korang boleh pegang handphone jika anda nak berbual melalui 'loudspeaker'


7.  Guna headphone bila main game or tengok video kat handphone kat tempat awam.

Sangat annoying bunyi bising tu tau. Bukan semua orang berminat dengan games dan video yang kita tengok tu. Kena fikir orang lain jugak tau. :)


Alhamdulillah. Korang jangan lupa berpesan-pesan kepada orang lain jugak tau. 

p/s:
Dear anak ummi Nuraini dan Qamarulhuda, please be kind to people. Treat others as you want to be treated.


Ada hati untuk dibangunkan...
Suhailey Mohd Noor

Thursday, August 27, 2015

EJEN PENAPIS AIR COWAY KUANTAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai uolls, hari ni dah minum air dah? Air yang ditapis ke tak tu?????

mmmm...
Korang dah ade penapis air kat rumah tak?
Pernah tak dengar atau tengok Penapis Air Coway?

Kat rumah sedara mara ke? Kat restoran ke?
Macam dalam gambar kat bawah ni. 
ejen penapis air kuantan


Glamer tau penapis air Coway ni. 
Memudahkan kerja kan! Siapa yang tak nak. Banyak faedah pulak tu.

Kalau korang berminat, untuk memiliki penapis air Coway dan masih mencari ejen penapis air coway di kawasan Kuantan, anda boleh menghubungi KAMI melalui talian

SUHAILEY 012 921 4064
EZANNI RAZAK 012 211 5574

untuk mendapatkan Penapis Air Coway yang bersesuaian dengan keperluan korang dan keluarga. Jangan bimbang, kami adalah ejen penapis air Coway  berdaftar tau (ID 524740).

InshaAllah, kami akan cuba untuk memberikan perkhidmatan konsultasi yang terbaik sampai anda puas hati.

Jangan tunggu-tunggu lagi. Set appointment dengan kami sekarang. Pembelian secara maya pun boleh.

Nak tahu tentang Promosi terbaru COWAY? Boleh hubungi kami juga untuk keterangan lanjut.

SUHAILEY 012 921 4064
EZANNI RAZAK 012 211 5574

'Pastikan air bersih untuk keluarga anda demi kesejahteraan hidup mereka.
Air Bersih Elak Penyakit'

MohdEzanniSuhailey
EjenCowayKuantan

notaniaga:

Diskaun 10% untuk pembelian Tunai
Diskaun Yuran Pendaftaran untuk Sewa Beli

Wednesday, August 26, 2015

7 Waktu Terbaik Mendidik Anak

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ilmu tentang parenting ni memang banyak sangat. Tak habis-habis nak study. Maklumlah setiap anak tu berbeza perangai dan tabiat. Memang banyak la jugak cabarannya.

Anak perempuan dengan cara dan gaya anak perempuan, anak lelaki lain pulak peel nya. Variasi yang sangat besar macam biodiversiti pulak. :)

So, entri kali ni, nak share tentang waktu yang baik dan mustajab untuk mendidik anak. Maklumat atau ilmu ni saya dapat daripada seorang kawan, lama dah tersimpan kat note facebook. Tahun 2011 kot. Tapi jangan risau, ilmu parenting ni masih relevan dan sesuai sampai bila-bila pun.
7 waktu terbaik didik anak

Apa yang buat saya tergerak hati nak share pasal ni ialah, lately kurang masa sikit untuk anak. Both of us la, bukan saya je. Memang rasanya masalah dan cabaran semua ibu bapa yang berkerja kot, masa limited dengan anak. Dah balik kerja, penat la jugak, kadang tak sempat nak dengar luahan anak dek sibuk menguruskan kerja rumah tangga pulak. Setuju tak?

Bila ada panduan macam ni, lega sikit rasa, memang sesuai dan berguna untuk saya. Korang bagaimana?

Menurut panduan yang diberi tu, berikut adalah waktu yang baik dan mustajab untuk mendidik anak. Maaf ye korang, memang tak ingat langsung nak tulis sumber rujukan. Terima kasih banyak kepada yang menyumbang panduan ni kepada saya suatu masa dahulu. Semoga Allah memberkatimu.


1.WAKTU ANAK SEBELUM TIDUR (LEBIH KURANG 10 MINIT SBLM TIDUR)

Disarankan, ibu atau bapa membaca ayat dan surah berikut kepada anak-anak. Kalau boleh baca sama-sama pun lagi bagus.

a) Baca Al-Fatihah (1 kali)
b) Baca Ayat Kursi (1 kali)
c) Baca Surah Al-Insyirah (1 kali)
d) Baca Surah Toha ayat 1 - 5 (1 kali)

Kemudian hembuskan pada ubun-ubun anak, niatkan agar anak menjadi anak yang soleh,cemerlang,lembut hati,rajin belajar,rajin solat dan lain2.


2.WAKTU ANAK SEDANG TIDUR

Jika tak nak baca sebelum anak tidur, baca semasa anak sedang tidur.

a) Baca Al-Fatihah (1 kali)
b) Baca Ayat Kursi (1 kali)
c) Baca Surah Al-Insyirah (1 kali)
d) Baca Surah Toha ayat 1 - 5 (1 kali)

dan hembus pada ubun-ubun anak.
7 waktu didik anak


3.WAKTU ANAK BANGUN TIDUR

Pada waktu ini, elakkan membebel. Ambil peluang untuk berborak dengan anak. Masa ini lah nak selit nasihat, yang simple sesuai dengan keadaan anak yang baru bangun dari tidur.


4.WAKTU ANAK SELEPAS MANDI

Sambil-sambil tolong anak bersiap ke sekolah tu, boleh borak santai-santai, mungkin bercerita pasal petang semalam ke, sambil-sambil cerita pasal nabi ke or any other good deeds la.


5.WAKTU ANAK SELEPAS MEMBACA AL-QURAN

Kiranya tazkirah jugak la jika tak sempat nak solat jemaah.

6.WAKTU ANAK SELEPAS SOLAT

Kalau solat berjemaah lagi bagus, lepas dah solat tu, boleh bagi tazkirah.


7.WAKTU ANAK SELEPAS RIADAH

Lepas riadah, masa anak tengah rehat tu, elok nak bagi nasihat tapi jangan marah tau. Masa ni, they all tengah relaks, cakap apa pun ok sebab tengah tenang.
7 waktu terbaik didik anak


Bagi ibu bapa yang anak mereka berjauhan seperti tinggal diasrama, boleh amalkan perkara berikut :

a- Baca ayat diatas kemudian bayangkan wajah anak anda,sebaik-baiknya diwaktu anak sedang tidur.

b- Bacalah doa untuk anak & berilah nasihat dari jauh,inshAllah sampai.

c- Sebaik-baiknya doakan mereka selepas solat tahajjud,hajat dan taubat.

7 waktu terbaik didik anak

Jom semua ibu bapa, kita amalkan dan konsisten mendidik anak supaya mereka sentiasa berada dilandasan yang betul.

InshaAllah generasi yang terbaik agamanya terbina dengan usaha terbaik dari kita semua

SuhaileyMohdNoor
Bersama Membangunkan Sahsiah Ummah

Tuesday, August 25, 2015

Apam Susu Ekspress Mudah dan Sedap

Tengah-tengah mencari idea untuk makan petang, tetiba lalu kat newsfeed ni kuih warna-warni yang nampak begitu sedap.

Eh, ada resepi sekali.

Apalagi, printscreen lor. Jangan risau, dah minta izin dari pemilik resepi pun. Saya tertarik dengan resepi ni sebab ianya nampak sedap dan resepi pun mudah je.
Apam Susu Ekspress Mudah dan Sedap
Apam susu ekpress yang warna-warni. 

Sesuai untuk dijadikan hidangan makan petang. Nak beli pun boleh sebenarnya tapi bila masak sendiri lagi puas hati.

Kelebihan masak sendiri ni, boleh makan ulang-ulang selain merapatkan hubungan dengan anak-anak.

Macam Nuraini, dia memang suka masak-masak dengan ibu dia ni, seronok sangat dapat main masak-masak walaupun tukang ambil air dan tukang kacau je.

Jom tengok resepi Apam Susu Ekspress Mudah dan sedap :



Telur - 5 biji
Susu Pekat - 4 sudu
Ovalette - 1 sudu
Gula - 3/4 cawan
Minyak - 2 sudu
Tepung - 2 cawan
Esen vanila


1. Putar telur, gula dan ovalette dan esen vanila sampai kembang.

2. Masukkan susu pekat dan putar lagi.

3. Tambah tepung dan minyak. Kaup balik adunan.

4. Bahagikan adunan beberapa bekas mengikut bilangan warna.

5. Tuang dalam loyang.

6. Kukus selama 40-45 minit.


apam susu ekspress mudah dan sedap

Tips penting :

1. Tutup penutup pengukus dengan kain supaya wap air tak menitik. Baru cantik apam susu uolls:)

2. Kaup balik adunan tu sekejap je ye. Tak perlu beriya sangat.

3. Pastikan uolls tak angkat penutup pengukus tu atleast 30 minit lepas kukus. Tutup pengukus rapat-rapat tau.

Memasak untuk mencari keberkatan dalam rumahtangga

suhaileymohdnoor

Iklan :


Saya juga merupakan Pengedar Sah Shaklee, id 886589.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin shaklee dari saya, hubungi saya ditalian 012 921 4064.
pengedar shaklee kemaman

Cash on delivery di sekitar Kuantan dan Kemaman serta poslaju ke seluruh Malaysia disediakan.


Sunday, August 23, 2015

Resepi Nasi Ayam Sedap Mudah

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Masak apa lunch hari ni? Tengah buntu ke?
Kadang memang takde idea nak masak apa tau. Alih-alih masak masakan yang sama je.

mmm paling senang, ikut je la selera anak.Kalau Nuraini ni, suka sangat nasi ayam. Kadang muak jugak kita ni nak makan, tapi dah anak suka, layan kan aje.

Pada yang nak cuba masak nasi ayam dan tercari-cari resepi nasi ayam yang mudah, boleh ikut resepi yang bakal saya kongsikan ni.
nasi ayam sedap mudah
Nasi Ayam ringkas, mudah dan simple. Sesuai jugak untuk student masak sebab kos tak tinggi mana. Jimat belanja uolls.

Resepi Nasi Ayam Mudah dan sedap (ikut selera iolls :))

Things that uolls need untuk masak nasi ayam special ni :

Hidangan 4 orang :

Beras 2 1/2 cup
Marjerin/planta
Halia 1inci
Ayam 1/2 ekor
Kicap
Bawang putih 2 biji
Bawang merah 2biji
Rempah 4 beradik
Gula
Garam
Lada hitam
Tomato 1 biji
Cili besar 3 biji
Cili kecik 1 biji
Cuka/jus limau nipis
Salad
Timun Jepun

Dalam masakan biasa,kita masak nasi dulu kan? Tapi, bila nak masak nasi ayam, first thing kena buat ialah rebus ayam dulu. 

Masukkan bawang putih dan halia masa rebus ayam tu. Make sure air rebusan cukup untuk masak nasi dan buat sup!
nasi ayam mudah sedap

Sementara tunggu ayam masak, boleh basuh beras dan pada masa yang sama boleh sediakan bahan untuk buat sos nasi ayam (cili, tomato, gula, bawang putih).

Bila ayam dah masak, asingkan ayam dari air rebusan tersebut. Letak dalam bekas lain.

Panaskan planta dalam periuk. Bila, planta dah cair, masukkan beras yang dah di basuh tadi. Gaul beras dan planta biar sekata. Tutup api.

Ambil air rebusan ayam tadi, tuang dalam periuk nasi. Agak-agak cukup untuk masak nasi, tinggalkan sikit air rebusan untuk buat sup.
nasi ayam sedap mudah
Boleh ambil halia dalam air rebusan ayam dan masukkan dalam periuk nasi. Masak nasi seperti biasa.

Seterusnya, ambil ayam yang dah direbus, perap dengan kicap dan sedikit gula.

Next, kita sediakan sos nasi ayam pulak.
Blend cili besar, cili kecik, bawang putih (1 ulas), sedikit gula, tomato (half je), cuka atau jus limau nipis dan sedikit air rebusan ayam. Siap.
nasi ayam sedap mudah
Untuk sup pulak, tumis bawang putih, bawang merah dan rempah 4 beradik. Tambah air rebusan ayam dan sedikit garam. Boleh masukkan lada hitam sedikit je. Siap sup.

Sementara nak tunggu nasi masak, boleh sediakan salad, tomato dan timun jepun. Potong dan hias mengikut citarasa masing-masing.
nasi ayam sedap mudah
Bila nasi dah siap. Goreng ayam yang dah diperap tadi. Air lebihan perap ayam tu, guna sebagai air kicap untuk makan bersama nasi ayam. Sekejap je goreng ayam tu tau sebab dah memang masak kan masa rebus tadi.
nasi ayam sedap mudah
Mudah sangat kan nak buat nasi ayam ni. InshaAllah pasti jadi.

Oleh kerana, hidangan ni untuk 4 orang, kami memang sengaja masak lebih sebab boleh makan ulang-ulang. One of the reason kenapa lagi syok masak sendiri :) Kadang tu, cukup tu bawak bekal pergi ofis lagi uolls.
nasi ayam sedap mudah
Selamat mencuba.

Nasi ayam adalah antara makanan berat yang paling mudah nak buat dan most people memang suka makan nasi ayam. Kalau nak hidangkan kat mana-mana tetamu, memang sesuai sangat la.

Tapi, kalau bimbang tetamu gemuk lepas makan nasi ayam korang yang super best ini, sebelum makan, hidangkan tetamu dengan Phytocol ST. Tak sempat la segala mak nenek kolesterol masuk dalam salur darah tetamu uolls tu.

Phytocol ST, vitamin dari shaklee ini memang diformulasikan khas untuk menghalang kolesterol jahat daripada sumber makanan yang kita makan daripada masuk ke dalam salur darah. Jangan tak tahu, bila kolesterol berjaya masuk ke dalam salur darah, lama-lama, strok, sakit jantung, darah tinggi, itu la yang kita dapat.

Tak nak kan, dapat strok bagai ni.
Baik cegah sebelum kena tau. :)

salam sayang,
Suhailey Mohd Noor
Pengedar Shaklee Kuantan Kemaman

terima kasih kerana singgah di blog ini :)

Saturday, August 22, 2015

13 Tabiat Mudah Bakal Ubah Masa Depan Anak lebih Baik

assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setuju tak kalau saya kata, menjadi parent pada zaman sekarang sangat mencabar! 
Zaman teknologi canggih dan zaman both parents berkerja. Masalah gejala sosialyang semakin meruncing dan juga persekitaran yang kurang selamat.Uhh

Tapi, bukan bermakna kita tak ada peluang untuk menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak kita, cuma agak mencabar sikit. 

Jangan bimbang, mesti ada jalan kan? Hebatnya kita as muslim ni, kita ada panduan yang sangat untuk kita ikuti iaitu al quran dan sunnah. :)

Apa pun, entri kali ni nak berkongsi tentang 13 tabiat yang ibu bapa perlu amalkan untuk masa depan anak yang lebih baik!
1. Jangan pukul anak dari lutut ke atas dan jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita untuk memukul anak serta  jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. 

Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control. Kita tak nak kan anak kita jadi macam tu!



2. Rotan/pukul anak di telapak kakinya.


Tabiat ni boleh buat bila perlu. Kenapa boleh pukul tapak kaki?
Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.


Sabda Rasulullah s.a.w.



“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”


3. Peluk anak setiap hari


Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.


So, kalau nak anak bijak, peluk la anak selalu :)
tabiat anak hebat


4. Pandang anak dengan penuh kasih sayang


Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran.
Elak pandang anak macam 'pandangan rimau' atau singa nak mengaum.


5. Beri sesuatu setiap kali anak anda berbuat kebaikan.



Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya.

Gula-gula sebiji pun dikira sebagai hadiah tau.


6. Jangan mengeluh depan anak bila rasa penat membesarkan mereka.


Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
Mesti mereka rasa sedih.


7. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. 

Dengar dan sila tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap.



8. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. 


Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. 

Anak-anak yang datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.



9. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. 


Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.



10. Hargailah permainan kesayangan anak anda. 

Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. 

Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

11. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. 

Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

12. Dengari mereka.

Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.


13. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. 

Ini penting kerana ia akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Bila tak stress, takde la nak marah-marah kan.

Anak pun tempias sama.Happy je lor.

Semoga 13 tabiat ini kita mampu konsisten dan ia membantu masa depan anak kita dengan baik. InshaAllah terdidik anak yang baik akhlaknya, sosialnya dan pemikirannya dengan tabiat sebegini oleh ibu bapa.

its never too late.

SuhaileyMohdNoor
SayaIbuAnakDua

Nasihat Kesihatan :
Of course la ibu bapa semua bukan je nak tarbiyah anak sehingga berjaya kan? Anak sihat juga penting. Setuju tak kalau saya kata, hati ibu bapa memang tak tenang bila anak tak sihat? Satu keje pun tak jadi.

So, saya nak cadangkan ibu bapa semua  berikan Mealshake untuk anak-anak mengikut keperluan (yang ni saya kena konsult ikut umur) anak-anak masing-masing. 

Mealshake ni basically makanan tambahan untuk anak-anak tampil sihat dan elak dari terkena jangkitan penyakit terutama demam, batuk dan selsema. 

Bagus untuk menguatkan daya ketahanan tubuh kanak-kanak, mealshake sangat disyorkan untuk dimiliki oleh setiap keluarga yang mempunyai kanak-kanak.

Anak Sihat Ibu Bapa Ceria.

Jika ibu bapa sekalian berminat untuk mendapatkan mealshake untuk kesihatan anak, boleh hubungi saya penerangan lanjut. 

Jangan tunggu anak sakit baru nak bertindak! Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

pengedar shaklee




Friday, August 21, 2015

Miliki Multivitamin Terbaik Dunia Dengan Percuma

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entri pendek je ni. Nak buat pengumuman. Pengumuman khas untuk mereka yang belum berdaftar sebagai pengedar sah shaklee. Yang dah lama makan vitamin dan guna produk shaklee tu, berbaloi sangat jadi pengedar sah shaklee dalam masa terdekat ni.

Kenapa?
Bulan ni, shaklee ade buat promosi untuk sesiapa yang berminat nak sertai shaklee sebagai pengedar sah shaklee hadiah sebotol multivitamin shaklee iaitu Vitalea.

Paling menarik, nilai hadiah PERCUMA ini lebih mahal daripada yuran pendaftaran sebagai Pengedar Sah Shaklee. Osem sangat la tu kan.

Buat pengetahuan korang, yuran pendaftaran sebagai pengedar sah shaklee ni murah sangat, tak sampai RM100 pun. 

Korang boleh menjadi pengedar sah shaklee dengan hanya RM79.50 dan layak untuk mendapat sebotol Vitalea (multivitamin) yang berharga RM88.75 sebotol dengan sebarang pembelian.

Jangan tak tahu, keahlian shaklee ni seumur hidup dan tanpa caj tersembunyi.

As long as korang berumur 18 tahun dan ke atas, korang dah boleh mendaftarkan diri menjadi pengedar sah shaklee dan menikmati sebotol vitalea secara percuma.

Bimbang pasal terpaksa buat bisnes setelah mendaftar sebagai ahli?

Korang risau pasala tu, saya sendiri pun asalnya mendaftar sebagai pengedar sah shaklee hanya untuk mendapatkan harga ahli. Tiada paksaan untuk menjual pun. Tapi, saya yang terpaksa jual kerana permintaan tu ada.

Takkan nak tolak rezeki pulak kan? Sekarang ni, kalau saya nak berhenti menjual produk shaklee pun boleh, anytime, tiada siapa boleh halang, tapi itulah, since pendapatan pasif ni pun ok jugak, kenapa nak stop kan? Layan je la.Nanti dah rasa tak nak buat, berhenti je lah.

Ikut pilihan kita, memang tiada paksaan.
daftar shaklee

Oh, since dah dapat vitalea secara percuma tu, meh nak cerita sikit kelebihan multivitamin ini secara ringkas.

  • Pada tahun 2000, Vitalea dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai The Best MultiVitamin.
  • Vitalea dihasilkan dengan teknologi 'Explo-tab'. Ia larut air dan merupakan vitamin yang pantas melarut dalam air berbanding multivitamin lain di dunia.
  • Lengkap dengan Biotin, Vitamin D, Beta Karotene, Vitamin E, Kalsium dan Boron.
  • Mineral yang terkandung di dalam Vitalea mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.
  • Ujian klinikal menunjukkan, pengambilan multivitamin Vitalea secara konsisten selama setahun mampu mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%
banyak sangat manfaat vitalea ni kalau nak cerita dalam 1 entri memang tak habis. Kalau korang pesan, almost all set vitamin shaklee ada terselit vitalea ni sekali. Vitamin asas yang penting sangat untuk kelangsungan kehidupan kita semua.

Jemput tonton video tentang Vitalea ni :


Jangan tunggu lama lagi, bertindak sekarang, daftar sebagai pengedar sah shaklee dan dapatkan multivitamin vitalea secara percuma.

Hubungi saya Suhailey sekarang 012 921 4064 untuk mendaftar sebagai Pengedar Sah Shaklee dan miliki multivitamin shaklee secara PERCUMA.

suhaileymohdnoor

Thursday, August 20, 2015

Panduan Ringkas Cara Simpan Susu EBM untuk Ibu Bekerja

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menulis disini. Seronok tau berkongsi ilmu ni. Minggu lepas konsult ibu baru bersalin tentang susu ibu. Seronok kami berbual.

Bukan la nak kata pandai sangat dalam bidang penyusuan ibu ni, bersandarkan pengalaman susu kan dua anak ni, inshaAllah ada sedikit ilmu yang boleh dikongsi bersama.

So, untuk panduan ibu-ibu yang baru nak belajar dan mungkin juga ibu-ibu yang dah lama tinggalkan alam penyusuan bayi ni, semoga entri kali ini bermanfaat untuk anda.

Lepas lahirkan Qamarulhuda, memang rasa kekok sekejap nak susukan dia. Almaklumlah dah lama tak menyusukan anak. Nuraini dah stop breastfeed umur 3 tahun. Ibu nak gi belajar kan, terpaksa lah stop. Alhamdulillah memang cukup susu ibu untuk dia sepanjang lebih jugak lah 3 tahun. Rezeki dia.

Qamarulhuda ni tak pasti lagi rezeki dia banyak mana, so far alhamdulillah, ada lagi bekalan susu untuk dia walaupun memang boleh dikatakan mencabar juga perjalanan breastfeeding Qamarulhuda sepanjang 8 bulan ni. 

Banyak kali outstation dalam tempoh yang agak lama. Memang mencabar. Nak cukupkan bekalan ebm sepanjang berkursus tu, Tuhan je yang tahu. Apa pun alhamdulillah, dah lepas pun exclusive breastfeeding. Itu pun dah cukup bersyukur. So, our journey still have 16 months to go. Doakan kami murah rezeki ye.

As promised, dibawah ni ada jadual cara penyimpanan susu ibu yang diperah (EBM) untuk panduan ibu-ibu semua terutama ibu menyusu yang bekerja. 

Panduan Penyimpanan Susu Ibu (EBM)

Tempat Penyimpanan
Tempoh
Suhu bilik
4-6 Jam
Bilik berhawa dingin
8 Jam
Peti 1 Pintu
Bahagian Beku
Bahagian Suhu Biasa


2 Minggu
8 Hari

Peti 2 Pintu
Bahagian Beku
Bahagian Suhu Biasa

3 Bulan
8 Hari
Deep Freezer
6 Bulan atau lebih

Panduan simpan susu ibu EBM dah ada. Jangan skip pam tau.
Nak tahu makanan yang boleh banyakkan susu?

Baca ni: 7 MAKANAN BANYAKKAN SUSU

Selain makanan harian yang boleh bantu banyakkan susu seperti dalam entri tersebut, sepanjang tempoh penyusuan, saya biasanya akan mengambil vitamin untuk keperluan nutrien diri saya untuk pastikan susu saya bernutrisi.

Sebenarnya, saya memang kagum dengan ibu menyusu yang tak perlukan vitamin tambahan sepanjang proses penyusuan. Saya memang perlukan vitamin tersebut terutama vitamin asas untuk pastikan saya terus bertenaga. Bukan mudah nak bagi nak dapatkan semua nutrien yang diperlukan oleh badan hanya melalui makanan, bila dah busy kerja, kadang-kadang, tak sempat nak makan pun.

Dengan nak uruskan anak lagi bila balik kerja, tambah  pulak nak bangun susu kan anak lagi malam-malam, memang vitamin dalam bentuk tablet wajib untuk saya. Penat la saya rasa. Bila cukup nutrien, baru badan rasa best. Takde la lemau jek. Susu pun banyak.

Antara vitamin wajib sepanjang penyusuan saya adalah Vitalea, Vitamin C, Alfalfa dan Ostematrix.

Takde 4 vitamin ni, lemau den. Masing-masing ada fungsi tersendiri yang saya memang elakkan untuk terlupa makan. Sayang anak punya pasal..

Set Lengkap Vitamin Sepanjang Penyusuan

Saya doakan perjalanan breastfeeding kita semua dimudahkan Allah swt. Jangan lupa banyakkan berdoa dan jangan skip pumping tau!

Contact saya mengetahui dengan lebih lanjut tentang vitamin yang saya amalkan,
SuhaileyMohdNoor
012 921 4064

Monday, August 17, 2015

Ikut Langkah Ini dan Anda Pasti Bahagia.Pesanan Untuk Anak

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah bertemu lagi kita di sini. Terima kasih kerana sudi menjengah ke blog ini.

Duk godek FB pagi ni ade terjumpa pasal apa yang perlu kita buat untuk sentiasa bahagia. 
Bagus untuk panduan kita semua especially untuk di ajar atau pesan kepada anak-anak.

Bila baca, nampak macam mudah, tapi hakikatnya agak payah.Kenapa payah? 
Jawapannya sebab hati ini telah berkarat.Belum betul-betul kena clorox!
huhu

Tapi, demi kesejahteraan hidup dimasa akan datang dan untuk panduan kamu duhai anak yang ummi sayang sangat, ummi coretkan dalam entri ni. Jangan lupa baca banyak kali tau. 

7 perkara ini akan buat kamu bahagia.

Tak percaya??
Boleh cuba dahulu dan ceritakan hasilnya di sini.

1.Jangan benci sesiapa pun walaupun ada yang menyalahi hak kamu.

Mudah je maksudnya tetapi belum tentu mampu nak buat.Hati kena banyak tabah oo.
Tak salah cuba sehingga berjaya.Diri sendiri juga yang untung.

Sifat membenci orang lain ini merupakan penyakit hati. Cuba untuk menyayangi semua orang. Hati pasti tenangg.

2. Jangan sedih secara berlebihan walaupun masalah sangat genting dan parah.

Bila sesuatu yang buruk berlaku, secara automatik kita akan sedih kan? Tak salah untuk sedih, tetapi jangan sedih secara berlebihan. Bersabar itu lebih baik.

Ini akan mendidik hati untuk sentiasa tabah dalam apa jua situasi. Mula-mula mungkin tak biasa, lama-lama pasti terbiasa.

Orang yang tabah dan bersabar selalunya lebih bahagia.

3.Bersederhana dalam kehidupan walaupun serba ada.

Umpama hidup dibawah kemampuan, rezeki yang lebih tu boleh sedekahkan pada yang lebih memerlukan.

4.Lakukan kebaikan walaupun banyak musibah datang.

Tak kira apa jua keadaan, jangan lupa lakukan kebaikan. Contohnya, Tolong orang dalam kesusahan.
Tak semua kebaikan memerlukan duit. 
Tolong hantar pakcik yang kehabisan minyak ke stesen minyak juga satu kebaikan.

5.Banyakkan memberi walaupun kamu sedang susah

InshaAllah kamu akan bahagia. Memberi ikut kemampuan kamu. RM1 pun sedekah juga.

6.Senyum walaupun hati kamu sedang menangis

Ini sedikit menguji ketahanan hati, tetapi bila berjaya melakukannya, kamu akan berasa lebih lega.

7.Jangan berhenti berdoa kepada saudara sesama muslim.

Doa kan kebahagiaan orang lain setiap hari. Bukankah mendoakan orang lain bahagia umpama mendoakan diri sendiri bahagia dua kali ganda?

Ganjaran besar disediakan untuk mereka yang sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan orang lain.

Itu sahaja perkongsian 7 perkara yang akan membahagiakan hidup apabila kita berjaya melakukannya. 

Tapi, percayalah, apabila anda mula melakukan 7 perkara ini, anda bertapak-tapak kehadapan membahagiakan diri anda.

Yang penting, usaha dan yakin. Jangan lupa bertawakal kepadaNya dan banyakkan berdoa.

Hidup ini sememangnya untuk mencari keredaanNya.

Bahagiakan Orang Untuk Bahagia.

SuhaileyMohdNoor

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...