Thursday, October 4, 2012

nuraini muntah-muntah

semalam, lebih kurang pukul 12.30 tghari dapat sms daripada hubby..forward msg from kak lin, owner taska khairina..kak lin bagitahu, nuraini dah muntah 2 kali..keluar semua lendir2..tapi tak demam...asyik menangis je..sue dah cuak bile dpat sms mcm tu dari hubby...

nuraini bukan jenis yang suka menangis..die budak yang periang...susah nak tengok die nangis..kecuali dia sakit..sue dapat rasa, yang threshold kesakitan die agak rendah. sakit sikit pun dah mula mengadu, akit..akit..
mungkin ikut perangai abi die..kalo die demam, semua org pun susah hati..x boleh buat kerja

berbali kepada cite aini td..sue pun call husband...to gain more details of the situation..lepas discuss ngan husband, sue kena off petang, amik nuraini dr skool and bawak p klinik..husband sue kena standby kat ikbn kemasik,sultan terengganu nak datang kemaman semalam..nak buat few lawatan dan perasmian...so, memang sue kena handle nuraini sendiri..

lunch time, sue terus gerak dari HTAA ke kemaman..traffic plak agak slow..semua orang keluar time lunch kot..sejam lebih jugak nak sampai kemaman..terus p taska and amik nuraini..

cikgu bagitahu, aini muntah 2 kali..pastu asyik nangis je...masa datang sekolah pun aini macam manja je..actually, mase sue nak kerja pagit u pun,,aini dah start merengek..selalu x macam tu..die x kisah pun sue gi kerja, die paham sangat yang pagi2 die naik car abi..x naik car ummi..

masuk dalam kete, sue perasan,tangan aini lebam. ade kesan gigitan..terus call husband..die suruh sue datang kat die, otw p opis husband, dpt msg dr taska,,cikgu lupe bgtahu td, aini kena gigit ngn budak umur 1 tahun..sue agak, nuraini memang x sihat la tu..kalo x, jangan harap budak tu ade can nak gigit tangan die..baru budak kecik datang dekat die dah menjerit..nuraini x uska sangat ngan budak kecik..die x nak kawan..die nak kawan ngan orang besar je

btw, aini nampak kurus.. sue risau tengok die..lepas gi klinik, doc cakap, perut die kembung, banyak angin..
doc bagi ubat kembung ngan ubat untuk tahan muntah..

mak sue pesan, sapu minyak yu yi kat perut ngn betis aini..kasi hilang kembung tu..banyak jugak aini makan nasi kat umah mak sue td..2 round..sue suapkan ngn mak sue suapkan..

bile anak sakit..ibu bapa akan runsing..xde yang lebih merunsingkan dari hal tersebut..sebab tu la agaknya Allah swt suh kite sangat hormati ibu bapa..kasih sayang mereka tak ternilai untuk kita ;)


Tuesday, October 2, 2012

extended breastfeeding :soal jawab

here is some info on extended bf..enjoy reading;

Petikan dari utusan malaysia 26/03/2010


Soalan:
APAKAH hukum menyusukan anak lebih daripada dua tahun, apakah ada dalil atau hadis yang mengatakan bahawa tidak boleh menyusukan anak melebihi dua tahun?
Adakah menyusukan anak lebih daripada 2 tahun mendatangkan penyakit bagi anak yang disusukan itu kerana susu itu akan bertukar menjadi darah setelah anak lebih dari dua tahun?
Jawapan:
Menyusukan anak lebih daripada dua tahun adalah harus terutamanya untuk maslahat si anak. Tiada nas atau hukum fikah mengharamkannya.
Cuma sesetengah ulama berpendapat ia akan melemahkan bayi kerana setiap yang disyorkan oleh Allah seperti tempoh menyusu dua tahun itu pasti ada hikmahnya kerana Allah Maha Tahu sebagai Pencipta manusia.
Penyusuan badan adalah hak anak dalam Islam, sudah tentulah ia yang terbaik dan ini telah terbukti benar melalui kajian saintifik kini.
Tiada pula sumber ditemui mengatakan ia bertukar menjadi darah selepas dua tahun. Jiran saya seorang jururawat menyusukan anaknya sehingga tiga setengah tahun.
Dia berbuat demikian setelah bertanyakan doktor yang membenarkannya berbuat demikian selama anak itu masih ingin menyusu tetapi bukan sebagai makanan utama selepas dua tahun.
Namun kebanyakan ulama berpendapat patut dihentikan selepas dua setengah tahun kerana susu itu tidak lagi berfungsi sebagai pembekal nutrien untuk membesar kepada bayi.
Juga untuk memberi peluang kepada ibu mengandung lagi kerana penyusuan badan biasanya membantut proses mengandung secara alami.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0326&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm#ixzz286djswZh
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Soalan:
Oleh: Karina:
Salam Ustaz, tempoh penyusuan ibu menurut islam adalah 2 thn utk anaknya jika dia mampu; Soalan saya: Apakah hukumnya jika ibu menyusukan anaknya lebih dari 2 thn? terima kasih ustaz

Jawapan:
Tak ada masaalah menyusukan anak lebih dari 2 tahun, jika perkara itu tidak mendatangkan mudharat kepada bayi, dan dgn kerelaan sisuami dan isteri. Cuma kebiasaannya anak apabila sampai umur 2 tahun dia memerlukan makanan tambahan yang lain.Adapun ayat al-Quran dari surah al-Baqarah: 233: 

وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ 

Maksudnya: “Dan para ibu itu menyusukan anak-anak mereka selama sempurna 2 tahun, bagi sesiapa yang menyempurnakan susuan.”

Ayat ini hanya berupa bimbingan dan bukan menunjukkan suatu kewajipan yang membawa dosa jika menyalahinya.

Al-Imam al-Qurtubiy ketika menafsirkan ayat 233 dari surah al-Baqarah di atas menyatakan: “Tambahan lebih dari 2 tahun (menyusukan anak) atau menguranginya (tempoh tersebut), boleh jika tidak ada kemudharatan kepada bayi dan dengan kerelaan suami dan isteri."

Cuma ada sebahagian ulama seperti Ibn 'Asyur (ابن عاشور) yang berpandangan tidak perlu ditambah susuan lebih dari 2 tahun, kerana perbuatan ini tidak ada keperluan lagi.

Wallahu a’lam. 

sumber dari: http://bin-sahak.blogspot.com/2009/10/hukum-menyusukan-anak-lebih-dari-2.html


cukup jelas dengan jawapan2 diatas..extended bf x haram ye,,
apa pun...ummi akan tabahkan hati wean off aini before she is 2 1/2 y.o..ummi nak membesarkan badan sayang...hihi

wean off

nuraini is already 2y1month2days..cepat nye masa berlalu..
ummi and abi plan nak wean off nuraini..
semalam cuba la letak syrup kat breast..huhu terkejut nuraini tengok, terus die tak nak..die cakap..encu (susu) akit..sayu hati ummi, dekat ngan ummi pun die tak nak..sakit katanye..x boleh encu..

perasaan seorang ibu, huhu nak nangis ummi,  keluar dah air mata ni..abi malas nak layan..for him, its the time..aini dah besar..xde problem pulak tu pasal makanan..sapu bersih any menu pun..

ummi jugak yang tak tahan..memang aini x nak dah encu..mase nak tido, die macm keresahan..asyik mintak itu ini..nak air la..puding la..ummi layan je..

by 10 pm..ummi x blh tahan lagi..terus gi basuh syrup tu..tutup lampu adn pujuk nuraini..encu x sakit dah..boleh encu dah..since dah gelap, die pun x nampak merah2 tu..die pun start menyusu balik..walaupun teragak2..at first tu, nmpk la die mcm rasa pelik..agaknye rasa syrup kot..after dah ok dah..cuma x la menyusu lama mcm biasa..

huhu..lega hati ummi..sue yang x bersedia sebenarnya nye..x sampai hati..
pagi tadi pulak..after 7am..ummi cakap ngn nuraini,,encu sakit lg..so, die pun x nak la menyusu...die continue tido mcm tu je..

ummi kena sangat tabah nak wean off die..slow2 la kot..sgt x sampai hati..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...