Wednesday, June 24, 2015

PUDING KARAMEL KUKUS MUDAH VERSI NURAINI

Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak semua.

Dah ada menu untuk juadah petang ni?
semalam teringin sangat nak makan puding karamel, dah lama tak buat dan dah lama tak makan. Buat sendiri lebih puas hati lagi pun boleh makan banyak!

So, semalam lepas je si kecil Nuraini balik dari sekolah, terus je kami teruskan projek puding karamel idaman ummi :) Memang best buat kerja masak memasak bersama Nuraini, memang sangat membantu. Tapi, kena tunggu dia mandi dulu, makan dulu, baru boleh start masak puding karamel tu :)

Resepi puding karamel mudah ni saya olah dari gabungan 2 resepi kawan saya iaitu Wan Noen & Fazni Fahmi. Resepi asal they all saya olah ikut citarasa Nuraini dan saya.

Puding Karamel Kukus

Bahan yang diperlukan untuk  membuat Puding Karamel Kukus adalah seperti berikut :

4 Biji Telur
1 Tin Susu Cair
3 Sudu Susu Pekat Manis
4 Sudu gula
Esen Vanila
1/2 cawan air

Puding Karamel Kukus mudah ni memang mudah sangat untuk dibuat. Nuraini boleh bantu tu kira ok la tu kan.

First, korang kena ada blender sebab kalo takde, kena kacau sampai sebati. Blender lagi senang la kan. Blend telur, esen vanila, susu cair, susu pekat dan air sehingga sebati. Biarkan je campuran tu dulu.

Panaskan loyang dan masak gula pasir sehingga kekuningan. Coklat perang pun ok jugak, rasa pahit sikit.hihi

sementara tu, boleh panaskan pengukus.

Since, gula dah pun cair dan warna pun dah kekuningan, masukkan semua campuran dalam blender tadi ke dalam loyang.

Siap untuk dikukus.

Sila kukus untuk lebih kurang 40 minit. Lepas dah siap kukus, sejukkan dulu puding karamel tersebut sebelum telangkupkan ke dalam pinggan. Make sure cukup sejuk tau, kalau tak...hehe boleh hancuss puding karamel kukus korang tu tau.


Maka, selesai lah sesi berkongsi resepi Puding Karamel Kukus untuk kali ini. Mudah sangat bukan???

Selamat mencuba :)

UmmiNuraini
>Memasak Juga Saya Suka<

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...