Bukan sahaja mereka yang pertama kali jadi ibu yang pening dengan bayi mereka yang asyik menangis, ibu yang dah ramai anak pun kadang-kadang pun sama je.
Bila bayi nangis tak tentu pasal, memang pening ibu - ibu. Saya pun macam tu jugak, lagi la bila dah hampir 5 tahun takde anak kecil ni.
Bayi menangis ada banyak sebab. Hanya dia je yang tahu sebab sebenar, tapi kita sebagai ibu, boleh teka jugak, dengan petanda-petanda tertentu.
Setiap tangisan tu ada cerita yang tersendiri. Bila anak mula menangis dan ibu tak tahu nak buat apa, mungkin boleh cek keadaan/ situasi seperti disenaraikan.
Mungkin boleh bantu ibu-ibu hentikan tangisan bayi.
12 sebab kenapa bayi anda menangis!
1. Saya lapar la mama. Nak susu.
Sangat normal bila babi menangis apabila lapar. Ibu boleh letakkan jari ditepi mulut bayi, tengok samada bayi cuba untuk hisap jari tersebut atau tidak. Jika bayi cuba untuk hisap jari ibu, itu salah stau tanda bayi lapar.
Kasi susu, terus diam.
2. Mengantuk nak tidur. Tidurkan saya boleh tak, mama!
Kadang bayi ni, nak mak dia tepuk, tenangkan dia dulu, baru boleh tidur. Anak saya yang ke 2 macam ni la. nak tidur mesti nangis.
3. Mama, tolong lampin saya dah penuh!
Tak semua bayi akan menangis bila lampin penuh. Tapi, apa salahnya kalau terus tukar lampin dia kan.
4. Kenapa rumah kita sejuk sangat ni.
Bayi yang tak tahan sejuk akan menangis bila berada dalam keadaan sejuk sangat. Nak bagitahu ibu tak boleh cakap lagi. Nangis je la.
5. Mama, air cond please. Panas sangat. Tak selesa.
Bila panas sangat, bayi berpeluh. Ada bayi tak selesa bila berpeluh, mula la nangis.
6. Perut saya sakit.
Contohnya, bila perut bayi kembung. Memang bayi akan menangis.
Bacaan lanjut : Makanan buat Perut Bayi Kembung
7. Gigi nak tumbuh. Tak selesa. Sakit.
Tak semua bayi akan menangis bila gigi nak tumbuh, tapi kebanyakan bayi memang akan menangis.
8. Rasa nak demam la mama.
Bila suhu badan mula meningkat, bayi akan rasa tak selesa. Itu sebab bayi menangis merengek-rengek.
9. Tolong, burp kan saya.
Lepas menyusu, kena teruskan burp bayi. Ada bayi tak selesa tau.
10. Saya perlukan pelukan mama. Tolong angkat saya.
Kadang-kadang bayi perlu perhatian, terutamanya bila dah mula kenal ibu bapa mereka.
11. Kat mana ni, biasa sempit dan gelap (dalam rahim)
Perubahan tempat mungkin buat bayi tak selesa. Pujuk je, tak nangis la tu nanti.
senyum ibu - ibu bila dah tahu sebab -sebab kenapa bayi menangis. Lega kan. Sekurang-kurangny tak la buntu bila anak menangis.
Boleh kongsi maklumat ni dengan encik suami dan penjaga bayi. Mungkin boleh membantu mereka bertenang bila anak asyik nangis je kan.
suhaileymohdnoor
Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah
Memang pening jugak nak faham bahasa bayi ni. Tapi insyaAllah lama-lama ok kan?
ReplyDeleteBetul tu memang tak tahu nak buat apa bila baby nangis. Selalu kalu dia nangis bagi susu jer. Pening kadang2 dibuatnya. Tapi suka sbnrnyer tgk bb nangis. Comel sgt..hihi
ReplyDelete