Friday, July 10, 2015

7 KEBAIKAN LEMON UNTUK WAJAH CANTIK MUDA JELITA

Khasiat lemon memang banyak. Dari segi kesihatan, lemon digunakan dalam membantu masalah kesihatan seperti masalah pergigian, tekanan darah tinggi, sembelit, demam, pendarahan dalaman dan lain-lain.

Lemon juga dipercayai mampu meningkatkan sistem imun tubuh, detox dan juga mencuci darah. Paling best, boleh kurangkan masalah obesiti dengan lemon ni.

Tak lupa juga, mererka yang nak cantik, wajib la makan lemon ni.


Kenapa lemon ini sangat bagus untuk kesihatan dan menjadi pilihan ? 

Lemon kan senang didapati, harga pun tak mahal sangat. Selain itu, Lemon juga kaya dengan Vitamin C, Vitamin B, karbohidrat dan fosforus. Sudah pasti ia sangat bagus untuk kesihatan tubuh badan kita.

Asid buah dalam jus lemon ini sangat bagus untuk kulit dan sangat produktif untuk meningkatkan tahap kecantikan anda. Ia bertindak menghilangkan sel kulit mati, memudarkan parut, menghilangkan jeragat dan membantu membuat wajah anda tona sekata.

Kandungan asid dalam jus lemon menyerap minyak pada wajah dan mencuci pori tanpa menggangu tahap keseimbangan wajah berminyak.
Nak cantikkan? Jom tengok apa kebaikan lemon yang boleh buat wajah cantik muda jelita.

7 Kebaikan Lemon Untuk Wajah Cantik Muda Jelita

# Lemon Memutihkan Wajah

Umum mengetaahui, Lemon mengandungi asid sitrik yang bertindak sebagai agen pemutih semulajadi.  Sifat pemutih ini bertindak membantu mencerahkan warna kulit. 

Caranya : Campur 2 sudu jus lemon bersama 3 sudu air, kacau sebati dan sapu pada seluruh wajah dan leher. Biarkan 30 minit, bilas dengan air sejuk.
Ulangi setiap hari untuk hasil yang pantas.

Boleh tambah sedikit madu untuk kurangkan iritasi pada kulit muka.

# Lemon Menghapuskan Jerawat

Lemon memang terkenal sebagai salah satu agen untuk memudarkan parut jerawat.

Scrub lemon pada wajah, biarkan 10 minit dan bilas dengan air sejuk.
Ulangi prosedur ini beberapa hari, dan anda pasti nampak sedikit perubahan.

#Lemon Menghapuskan Bintik Hitam

Sapu ekstrak jus lemon pada bintik hitam tersebut. Ulangi langkah ini sehingga bintik hitam tersebut hilang. 

#Lemon Menghilangkan Tompok Gelap dan kesan Pigmentasi

Untuk menghilangkan tompok gelap dan kesan pigmentasi pada wajah, sapu jus lemon pada bahagian muka yang terlibat. Ulangi langkah dan anda akan nampak perubahan tersebutt. tompok gelap semakin cerah dan kesan pigmentasi semakin berkurang. 

Kehadiran asid sitrik membantu mencerahkan dan memperelokkan tona pada wajah.

#Lemon sebagai Masker Awet Muda

Campur jus lemon, minyak badam dan madu. Biarkan campuran itu pekat. sapu diseluruh muka dan bilas selepas 15 minit. 

atau

Campurkan jus lemon dan gliserin ke dalam segelas susu panas. Sapu keseluruh wajah dan biarkan semalaman. 

Langkah ini menghilangkan kedutan dan mengurangkan garis-garis halus dibahagian mata. Ia mungkin mengambil masa namun hasilnya pasti berbaloi.

# Lemon untuk Melunturkan Warna Siku yang Gelap

Ambil lebihan lemon yang dah dimakan, gosok pada siku tersebut. InshaAllah lingkaran gelap pada siku adalah akan lebih cerah.

# Lemon untuk Memulihkan Jerawat dan Ekzema

Sapu jus lemon pada tempat jerawat dan ekzema. Terlebih dahulu, campur jus lemon dengan sedikit air. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air sejuk.  

Bestkan makan lemon ni. Tapi kalau uolls tak rajin nak makan lemon hari-hari, korang boleh makan Vitamin C tablet. Telan sahaja tau.

cantik




Sila dapatkan produk shaklee yang hebat ini! Jangan buang masa lagi, bertindak dengan cepat. Hubungi saya SEKARANG JUGA! Suhailey 012 921 4064.

Sekiranya anda perlukan sebarang maklumat lanjut dan konsultasi berterusan secara PERCUMA sila hubungi saya. Anda BERHAK untuk dapatkan LAYANAN ISTIMEWAKHAS UNTUK CUSTOMER SAYA SAHAJA.

SuhaileyMohdNoor
012 921 4064
COD : Kuantan Kemaman
Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah

No comments:

Post a Comment

Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...