Sunday, April 12, 2015

3 TIPS BEBAS HUTANG KAD KREDIT SUPAYA HIDUP LEBIH TENANG

Anda mempunyai kad kredit?
Anda berjaya melangsaikan hutang kad kredit setiap bulanan dengan jayanya atau hanya sekadar mampu membayar bayaran minimum sahaja?

Mungkin ramai yang memang mampu melangsaikan hutang kad kredit setiap bulan tanpa meninggalkan sebarang baki, tetapi saya juga percaya golongan yang mampu ini ada juga yang hanya membayar bayaran minimum sahaja :)

Dengan peningkatan kos sara hidup yang tinggi pada zaman sekarang, logik pada akal jika sesetengah pengguna kad kredit hanya mampu membayar bayaran minimum sahaja atau pun tidak ma. Tambahan pula dengan penangan GST yang bermula april 2015, cita-cita untuk menabung lebih banyak seakan begitu kabur:)

Saya sendiri juga pernah menggunakan kad kredit dan mengamalkan tabiat buruk membayar hanya bayaran minimum walaupun bukanlah selalu tetapi ternyata tabiat tersebut menjerat diri sendiri.

Pengalaman tersebut membuatkan saya terfikir untuk berkongsi 3 tips yang saya lakukan sehingga saya berjaya selesaikan hutang kad kredit dan akhirnya kini saya bebas dari hutang kad kredit!

Sebenarnya saya memiliki 2 kad kredit, dan  saya berazam untuk melangsaikan kedua-dua hutang kad kredit tersebut sebelum saya bersalinkan anak kedua. Masa tu saya ada lebih kurang 3 bulan sebelum due. Memang kesedaran keinsafan sangat tinggi pada masa tu. Hihi takut mati bersalin kot..hehe

Apa yang saya buat untuk bebaskan diri daripada hutang kad kredit tersebut?

1)  TAMBAH PENDAPATAN
Saya memang mempunyai pendapatan sampingan sejak tahun 2012 lagi, tetapi saya tak pernah menggunakan duit tersebut untuk membayar hutang kad kredit. Hanya sejak 3 bulan sebelum bersalin, saya memperuntukkan sebahagian hasil bisnes online saya untuk membayar hutang kad kredit.

Saya memilih untuk memulakan bisnes online untuk menambah pendapatan kerana ia mudah dan flexible. Asalkan line internet elok, bisnes online kita itu pasti berjalan. Mudah bukan?

Mungkin ada yang rasa, susah la nak online, nak uruskan bisnes online ni, balik rumah dah lewat, baru nak bukak laptop, anak pulak merengek nak tengok Frozen. Apa pun tak boleh...memang betul ada halangan sebegitu...

Bagi mereka yang mengalami masalah begini, saya cadangkan uolls dengar tips daripada wanita dalam video ni. Apa rahsia beliau boleh berbisnes online walaupun anak dah 3, lelaki pulak tu :)


Bestkan tips beliau bagi. mudah je tu nak settle!

Jika betul-betul nak bebas hutang kad kredit dengan pantas, memang perlukan pendapatan tambahan kerana interest kad kredit memang sangat tinggi. 

Lagi lama masa yang diambil untuk menjelaskan bayaran, lagi besar untung bank tu tau, lagi bertambah la hutang kad tu.

2) BAYAR KAD YANG PALING SEDIKIT HUTANG DULU

Ok, since dah ada 2 punca pendapatan untuk bayar hutang kad kredit ni, korang peruntukan jumlah tertentu setiap bulan dan bayar lebih pada kad kredit yang jumlahnya kecil.
Contoh :
Peruntukan sebulan RM 1000
Kad A (hutang RM 2400 - bayaran minimum RM70) dan Kad B (hutang RM 5000 - bayaran minumum RM 200)
Bayar Kad A RM 800 dan Kad B bayar hanya RM 200.

Nampak tak, dalam masa lebih kurang 5 bulan je, hutang Kad A selesai. Untuk bulan seterusnya, peruntukan RM 1000 itu digunakan untuk membayar Kad B. InshaAllah, selepas 4 bulan lebih, anda akan bebas hutang kad kredit.

Tetapi, harus diingatkan, tips ini hanya akan berjaya sekiranya tips no 3 dipenuhi.

3) BERHENTIKAN PENGGUNAAN KAD KREDIT

Tips no 3 ini memang wajib dipatuhi dengan keazaman yang tinggi. Apabila anda memutuskan untuk bebas daripada hutang kad kredit, terus tamatkan penggunaan kad kredit tersebut. Jika tidak, misi bebas hutang kad kredit anda akan tergendala atau pun jika anda bernasib baik, proses bebas hutang kad kredit tertangguh beberapa bulan sahaja daripada target asal.

dan...
sebaik sahaja hutang kad tersebut dilunaskan, segera ke bank untuk memulangkan kad kredit tersebut dan jangan sesekali cuba untuk memohon kad kredit lagi.

Alhamdulillah, saya bebas dari hutang kad kredit saya dalam masa 3 bulan setelah mempraktikkan cara di atas. Paling best, hutang PTPTN pun terlangsai sekali :)

Saya yakin, anda juga boleh melakukannya. Memang sangat tenang hidup bebas daripada hutang ini. Kini saya boleh menikmati duit yang saya peruntukkan untuk membayar kad kredit tersebut dengan menunaikan wish list saya yang banyak itu :)

Semoga tips yang dikongsikan dapat membantu anda semua :)
suhaileymohdnoor

2 comments:

  1. Ada pendapat lain yang kata bayar hutang yang paling tinggi intrestnya dahulu. Saya rasa dua - dua betul. Selagi kita ada azam nak selesaikan hutang tu, saya rasa ia boleh dicapai.

    ReplyDelete
  2. haah ade betulnya, terpulang pada kemampuan masing masing.

    ReplyDelete

Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...