Barang kosmetik zaman sekarang sangat mahal. Tak termasuk GST lagi. Barang kosmetik ni dah la kena beli setiap bulan. Banyak belanja jugak. Kalau tak beli, wajah kusam pulak. Sendiri tengok pun rasa tak sanggup, apa lagi orang lain. Segan mak.
Maka, sekarang adalah masa yang sesuai untuk menggunakan bahan yang lebih murah tetapi berkesan untuk merawat kulit kusam. Yang penting, berkesan, murah dan selamat.
Kadang -kadang, bosan jugak tau, dah beli kosmetik mahal-mahal, tapi tak menjadi pulak. Lagi parah bila kulit muka jadi lebih teruk. mmm apa pun tak boleh.
Setelah membuat rujukan pada banyak sumber. Berikut adalah beberapa bahan semulajadi yang boleh didapati dengan harga yang berpatutan untuk menyelesaikan masalah kulit kusam.
Yang penting, kena yakin ia nya menjadi dan konsisten dalam mengamalkan cara tersebut. Jangan la pulak, baru cuba sehari dah expect muka cantik berseri. Agak-agak la kan!
1. Aprikot
Mungkin aprikot agak sukar untuk didapati, tetapi, khasiat aprikot untuk kecantikan kulit sangat bagus. Nak tak nak, kena beli aprikot ni.
Aprikot merupakan solusi terbaik untuk merawat masalah kulit kusam. Rendam aprikot dalam air selama 1 jam. Campurkan beberapa titis minyak zaitun. Oleskan pada kuit wajah dan biarkan ia selama lebih kurang 15 minit atau sehingga kering. Bilas dengan air sehingga bersih.
Tak lupa juga, aprikot boleh membuatkan kulit anda menjadi lebih kenyal dan lembut disebabkan kehadiran vitamin A yang tinggi dalam aprikot.
2. Lemon
Lemon dan kulit cantik memang sinonim. Terutamanya dalam usaha untuk mencerahkan kulit. Lemon bukan sahaja mampu mengatasi masalah kulit kusam, tetapi juga sangat bagus untuk melambatkan proses penuaan. Vitamin C yang terkandung dalam lemon bertindak sebagai antioksidan yang mampu mencerahkan kulit.
Bagi merawat masalah kulit kusam, cuba untuk minum jus lemon fresh atau boleh juga oleskan hirisan lemon pada bahagian kulit yang kusam.
3. Madu
Madu juga merupakan bahan semulajadi yang bagus untuk merawat kulit kusam. Memandangkan madu biasa didapati di setiap rumah kerana ramai yang menggunakan madu sebagai sebahagian bahan dalam masakan mereka, ini memudahkan proses untuk merawat kulit kusam.
Caranya mudah sahaja, jadikan madu sebagai masker wajah. Biarkan selama beberapa minit dan bilas. Mudah kan? Lakukan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
4. Putih Telur
Putih telur bukan sahaja boleh merawat kulit kusam, malah boleh juga membantu mencerahkan kulit. Jangan lupa buat masker putih telur pada kulit wajah.
Cara ini bukan sahaja merawat kulit kusam malah ia membantu menghilangkan bintik-bintik hitam juga.
5. Aloe Vera
Aloe vera atau pun nama lainnya iaitu lidah buaya, bagus untuk kecantikan wajah. Lidah buaya bertindak sebagai anti penuaan, antiseptik, antioksidan dan juga antibakteria. Jadi, tak perlu nak risau lidah buaya ni rosakkan kulit anda.
Cara untuk atasi kulit kusam dengan aloe vera ialah, minum air jus aloe vera tanpa gula. Ulang langkah ini setiap hari atau sekurang-kurangnya 2 hari sekali. Paling bagus minum jus aloe vera semasa perut kosong di pagi hari.
Rawat kulit kusam dengan vitamin shaklee!
Jika anda tidak mempunyai banyak masa untuk merawat kulit kusam dengan bahan semulajadi seperti kaedah yang telah dijelaskan, tetapi mahukan penyelesaian masalah kulit kusam, saya cadangkan anda mengamalkan vitamin c dalam diet harian anda.
Vitamin C shaklee yang diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu jagung mampu membantu anda menyelesaikan masalah kulit kusam.
Vitamin C yang kaya dengan antioksidan ini bukan sahaja membantu merawat kulit kusam, malah dapat meningkatkan daya tahan tubuh anda terhadap penyakit.
Baca : Vitamin C Shaklee vs Jeragat
Takkan nak tunggu muka kusam jadi lebih teruk baru nak bertindak kan?
Sila dapatkan produk shaklee yang hebat ini! Jangan buang masa lagi, bertindak dengan cepat. Hubungi saya SEKARANG JUGA! Suhailey 012 921 4064.
No comments:
Post a Comment
Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much