Sunday, July 5, 2015

10 MAKANAN BEST WAJIB CUBA APABILA BERKUNJUNG KE KEMAMAN

Kemaman?
Oh...ada lagi yang tak pernah sampai ke Kemaman ye? Meh nak story sikit pasal Kemaman ni!

Kemaman merupakan salah satu daerah di Negeri Terengganu,Malaysia.
Bersempadan dengan Pahang melalui Chendor, Kemaman merupakan destinasi pilihan dan disenangi pelancong dek sebab hasil lautnya yang fresh dan makanan yang tidak kurang enaknya di sini.

Produk hasil laut yang paling terkenal di Kemaman sudah pastilah Keropok Lekor, Sata dan Otak-otak. Pelancong ke sini biasanya tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati makanan di atas bersama air kelapa (Air nyior orang Kemaman panggil tau).

Oleh kerana penduduk asal di Kemaman ramai juga yang merupakan nelayan, jeti- jeti seperti di Kuala Kemaman dan Bukit Kuang memang menawarkan ikan-ikan dan hasil laut lain yang segar dan harga pun berpatutan.

Jika anda berpeluang untuk singgah ataupun melancong di Kemaman, berikut adalah 10 makanan yang wajib anda cuba sepanjang berada di sini.

#Keropok Lekor

Keropok lekor memang terkenal di Kemaman. Jika anda berkesempatan ke kuala kemaman, pastikan anda menikmati produk hasil laut ini. 

gambar credit to : knizam.com

Jangan bimbang, hampir semua kedai yang menjual sarapan pagi di bandar kemaman ada menjual keropok lekor. Memang kebiasaan bagi orang Kemaman untuk makan keropok lekor dipagi hari bersama nasi lemak, mee hin dan juga mee goreng.

Gerai tepi jalan pada waktu petang pun pasti ada menjual keropok lekor.

#Nasi Dagang

Makanan kegemaran saya ni. Biasanya saya akan ke pasar kemaman untuk menikmati nasi dagang. 

Deratan gerai makan yang terletak di belakang pasar memang ada menjual nasi dagang.Pilih sahaja mana-mana gerai, semua pun sedap.

#Satar

Satar biasanya menjadi hidangan untuk makan petang. Enak dimakan bersama ABC ( air batu campur) atau air batu cendol. Dihidangkan bersama air kelapa pun boleh. 

Satar yang sedap dan lazat boleh dibeli di Kuala Kemaman. Sepanjang jalan menuju ke jeti Kuala Kemaman terdapat pelbagai gerai menjual sata.


#Otak-otak

Sama seperti satar, otak-otak memang menjadi pilihan makanan petang warga kemaman. Kiranya, satar dan otak-otak biasanya diorder sekali. Macam adik-beradik la, dimana ada satar, disitu ada otak-otak.
Isi otak-otak disini tidak diblend tau. 

#Lemang

Siapa tak tahu lemang tu macam mana? Tengok gambar kat bawah.

Salah satu hidangan hari raya warga kemaman adalah lemang. Lemang ni sedap dimakan bersama rendang ataupun serunding. 

gambar credit to : aziekitchen

Korang boleh dapatkan lemang disepanjang jalan besar dikawasan meraga beris dan kijal.(Perjalanan dari Mesra Mall-bandar Kemaman & bandar Kemaman-Mesra Mall,Kerteh)

#Nasi Kukus

Memang banyak kedai yang menjual nasi kukus di Kemaman. Saya paling suka nasi kukus yang dijual di Dusun Nyior Kemaman. Landmark terdekat ialah perumahan Flat Dusun Nyior.

Nasi kukus boleh juga didapati di pasar malam yang memang setiap hari beroperasi di sekitar Kemaman.

#Kopi Haipeng

Khas untuk anda penggemar kopi. Kedai Kedai Kopi Haipeng ada menghidangkan kopi yang sedap dan lazat.

Kedai ini telah beroperasi lebih dari 30 tahun. Dari kecil lagi saya sudah mengetahui tentang kewujudan kedai ini memandangkan kopi yang dijual di sini mendapat tempat dihati warga kemaman sejak dulu lagi. Paling saya suka, roti kaya yang dijual disini.

Eh, kopi kira kategori makanan ke? aha belasah je la ye ;)

#Yong Tau Foo

Yong Tau Foo yang best dijual di tapak parking bandar Kemaman.Berhampiran traffic light jalan penghiburan. Landmark lain adalah Public Bank Kemaman. Gerai ini beroperasi pada malam hari sahaja dan dijual di atas lori jualan.

#Stuff Crab Tong Juan

Bagi mereka yang berbangsa cina, Restoran Tong Juan mungkin sesuai untuk anda, menurut kawan chinese saya, stuff crab kat sini memang sedap. 

Tentang sijil halal restoran ini saya tidak pasti walaupun ada je orang melayu makan di kedai tersebut. Tak berani pulak nak sah kan ada sijil halal atau tidak.

#Nasi Lemak ESSO 

Nasi lemak ni dipanggil nasi lemak ESSO kerana suatu masa dahulu, gerai nasi lemak ini berdekatan dengan stesen minyak ESSO. 

Walaupun stesen minyak tersebut telah bertukar kepada stesen minyak PETRON, namun nasi lemak tersebut masih dipanggil nasi lemak ESSO. 

Landmark terdekat adalah First Residence Hotel, bandar Kemaman. 

Cukup pun sudah senarai 10 makanan best wajib  cuba apabila korang berkunjung ke Kemaman. On the way ke Terengganu (dari KL) atau ke Kuantan (dari Kota Bharu) pun boleh singgah sebentar untuk menikmati pilihan makanan best wajib cuba ini.

Harus diingatkan pilihan 10 makanan best wajib dicuba ini adalah pandangan penulis semata-mata. Tiada kajian terperinci dijalankan. :)

Selamat datang ke Kemaman dan Selamat Menjamu Selera :)


Suhailey Mohd Noor




2 comments:

  1. Ada kedai roti canai di jalan gong limau ada try x?.. semua ada chapati pun ada.. menu paling top ialah roti daging dengan kuah dia.. Terbaik.. setiap kali pergi kemaman mst saya singgah sana.. 😆

    ReplyDelete

Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...