Entri khas untuk mereka yang terpaksa lunch kat luar disebabkan bekerja.
Pada yang tak bekerja, sekali sekala nak makan lunch kat luar pun boleh jengah kedai makan yang saya nak kongsikan ini.
Bagi mereka yang tinggal di bukit setongkol dan mereka yang bekerja di sekitar bandar kuantan, memang sinonim dengan tempat makan lunch ni.
Kedai makan yang saya maksudkan tersebut adalah Warung Aja. Nama je warung tapi kedai ni besar tau.
Beroperasi diluar kediaman pemilik kedai makan ini, Warung Aja memang menjadi pilihan warga kuantan sebagai port best untuk lunch memandangkan kedai ni tersangatlah banyak pilihan lauk yang ada.
Korang nak makan masakan apa?
Kebanyakan masakan kampung dan barat ada disediakan di Warung Aja ini.
Kebanyakan masakan kampung dan barat ada disediakan di Warung Aja ini.
Kalau tak nak berebut dengan crowd yang ramai, dicadangkan korang keluar lunch awal sikit, pukul 12.30 ke? baru tak berebut dengan ramai orang.
Pilihan lauk yang banyak memang akan membuatkan anda rambang mata untuk lunch dikedai ini.Pendek kata, anda mungkin perlukan masa 1-2 minggu atau mungkin lebih untuk merasa kesemua masakan yang ada dikedai ini.
Banyak sangat pilihan.Memang kreatif pemilik Warung Aja ini.
Tak menyesal punyalah datang lunch kedai Warung Aja ni.
Nak tengok antara lauk yang ada disediakan di Warung Aja? scroll ke bawah ye...
sup ikan merah
ayam
udang
Terliur tak? Nampak awesome kan lauk-lauk ni. Jom tengok lagi apa yang ada.
sotong
ayam berempah
kupang
udang nenas
sup isi ketam
Sebenarnya, banyak lagi pilihan lauk yang ada. Tak larat den nak upload semua. Memang kena pergi sendiri ke Warung Aja ni. Tokey dia pun murah hati tau. Memang dapat diskaun kalau selalu datang.
sotong goreng kunyit
sayur campur
peria
Banyak sangat pilihan lauk yang ada. Tapi, jangan risau, sebab semua pun sedap-sedap belaka. Harga pulak memang berpatutan. Tak percaya??? Boleh cuba dulu..
Berikut adalah maklumat lanjut tentang tempat lunch best ni ;)
WARUNG AJA
Landmark : MASJID BUKIT SETONGKOL
016 922 5538
dibuka seawal jam 12 tengahari
Sebelum entri ni berakhir, meh nak belanja satu gambar lagi. Jemput semua ke Warung Aja ye ;)
Bimbang gemuk sebab makan banyak sangat ni?
Sila dapatkan produk shaklee untuk masalah anda tersebut!
Jangan buang masa lagi, bertindak dengan cepat. Hubungi saya SEKARANG JUGA! Suhailey 012 921 4064.
Sekiranya anda perlukan sebarang maklumat
lanjut dan konsultasi berterusan secara PERCUMA sila
hubungi saya. Anda BERHAK untuk dapatkan LAYANAN ISTIMEWA. KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA SAHAJA.
SuhaileyMohdNoor
012 921 4064
COD : Kuantan Kemaman
Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah
Waduh...waduh....macam sedap je makanan kat sana. Kalau makanan macam ni pasti ramai orang datang apalagi kalau harganya berpatutan. Sayang saya ade sdi selangor...kalau tak memang teringin nak try juga makanan kat kedai tu.
ReplyDeleteAdeiii tak boleh tengok... mencabar teman jer di tengahari nie... teman sedang pose hari nie...
ReplyDelete