Friday, July 31, 2015

BUANG ANGIN DARI BADAN | TIADA LAGI SEBU PERUT

Dah gaya orang mengandung sudah. Tapi dia lelaki. Macamana tu???
Ini semua gara-gara banyak sangat angin dalam badan. Bila dah banyak sangat angin dalam badan, mula la rasa loya, sibuk rasa nak muntah, tapi tak muntah-muntah jugak. Seksa woo

Duduk tak kena, baring lagi tak kena. Bila la angin nak keluar. Orang tua panggil 'medu'. Seksa sangat bila kena. Macam-macam penyakit pulak muncul bila angin berlebihan dalam badan ni.


Bagi yang tertanya bagaimana boleh ada angin yang banyak dalam badan sampai jadi macam tu, meh sini nak kongsi info.

Tanda-tanda angin berlebihan dalam badan ialah, kita rasa loya, kembug perut, tak selesa dalam perut, macam nak muntah tapi bila pergi sinki nak muntah, tak jadi pulak. 

Sakit kepala sangat, tidur pun tak boleh sebab tak selesa. Kena duduk bersandar je.

Lagi teruk sampai rasa macam sakit jantung. Perit

Ada 2 punca masalah angin dalam badan.

1. Udara yang disedut

Kita bernafas melibatkan udara kan? Udara tersebut masuk ke dalam badan dan seterusnya masuk ke dalam usus. Udara ni mungkin datang dari minuman berkarbonat yang kita minum, tabiat makan yang terlalu cepat dan hisap rokok. Tak bagus kan hisap rokok ni.

Kunyah gula-gula getah pun boleh sebabkan udara masuk dalam badan tau. 

2. Makanan yang dimakan

Pernah tak korang makan sesuatu, sampai rasa sebu perut lepas tu. Kadang-kadang, sebab makan banyak sangat, sampai penuh perut tak boleh gerak dari kerusi.

Contoh makanan yang menghasilkan angin dalam badan adalah seperti tumbuhan menjalar macam kekacang dan tembikai, terung, cereal, kobis dan brokoli. Ubi pun.

Makanan bergula pun boleh tingkatkan angin dalam badan. Bakteria suka sangat karbohidrat dan gula ringkas. Senang nak hadam. 

Kadang ada orang sensitif dengan sesetengah makanan. Jadi sebu perut lepas tu.

'Pengalaman saya, sensitif dengan bunga kantan. Sedap sangat makan bunga kantan dalam kuah laksa penang, tapi lepas tu, habis lah saya. 

Memang angin. Silap haribulan, sampai tak boleh tidur. Kalau encik suami tahu, memang kena bebel. Sebab tu kalau nak makan, bukan depan dia la'.

Saya paham sangat, kalau dah makanan favourite, susah nak tolak, sanggup kena angin gitu.

Tapi, itu dulu lah. Sekarang ni saya boleh nikmati bunga kantan dalam kuah laksa penang dengan tenang. Nak makan tiap-tiap hari pun boleh.

Nak tahu rahsia saya buang angin berlebihan dalam badan

Rahsia saya , hanya 3 biji Peppermint Ginger Plus. Telan 3 biji. Settle. Tiada lagi masalah angin. Nak makan bunga kantan banyak mana pun boleh.

buang angin dalam badan

Paling best sebab tak perlu makan Peppermint Ginger Plus ni hari-hari. Bila perlu sahaja. Peppermint Ginger Plus ni bertindak untuk melegakan sebu perut. Lepas makan 3 biji, keluar la angin dari badan. Sebab tu rasa lega. 

Halia kan memang bagus untuk pelihara saluran penghadaman. Tak pelik la kalau peppermint ginger plus ni membantu buang angin dari badan kan.

Ia juga mengandungi herba asli lain seperti pudina, jintan manis dan jintan hitam untuk rasa yang nyaman dan melegakan.

Bacaan berkaitan : PEPPERMINT GINGER PLUS

Bukan saya sahaja yang kata Peppermint Ginger Plus ni bagus untuk buang angin dalam badan saya. Mereka juga mengalami efek yang sama.

Testimoni 1
peppermint ginger plus

Testimoni 2
buang angin dalam badan

Testimoni 3
buang angin dalam badan

Testimoni 4
buang angin
Testimoni 5
buang angin

Jika anda berminat untuk menikmati makanan kegemaran dan atasi masalah angin dalam badan, hubungi saya ditalian 012 921 4064

Takkan nak tunggu sakit kepala berdenyut dulu baru nak buang angin dalam badan kan. Tergendala semua kerja. 

peppermmint ginger plus





Rawat Kulit Kusam Dengan Bahan Semulajadi Wajah Kembali Cantik Berseri

Barang kosmetik zaman sekarang sangat mahal. Tak termasuk GST lagi. Barang kosmetik ni dah la kena beli setiap bulan. Banyak belanja jugak. Kalau tak beli, wajah kusam pulak. Sendiri tengok pun rasa tak sanggup, apa lagi orang lain. Segan mak.

Maka, sekarang adalah masa yang sesuai untuk menggunakan bahan yang lebih murah tetapi berkesan untuk merawat kulit kusam. Yang penting, berkesan, murah dan selamat.
vitamin c

Kadang -kadang, bosan jugak tau, dah beli kosmetik mahal-mahal, tapi tak menjadi pulak. Lagi parah bila kulit muka jadi lebih teruk. mmm apa pun tak boleh.

Setelah membuat rujukan pada banyak  sumber. Berikut adalah beberapa bahan semulajadi yang boleh didapati dengan harga yang berpatutan untuk  menyelesaikan masalah kulit kusam.

Yang penting, kena yakin ia nya menjadi dan konsisten dalam mengamalkan cara tersebut. Jangan la pulak, baru cuba sehari dah expect muka cantik berseri. Agak-agak la kan!

1. Aprikot

Mungkin aprikot agak sukar untuk didapati, tetapi, khasiat aprikot untuk kecantikan kulit sangat bagus. Nak tak nak, kena beli aprikot ni.

Aprikot merupakan solusi terbaik untuk merawat masalah kulit kusam. Rendam aprikot dalam air selama 1 jam. Campurkan beberapa titis minyak zaitun. Oleskan pada kuit wajah dan biarkan ia selama lebih kurang 15 minit atau sehingga kering. Bilas dengan air sehingga bersih.

Tak lupa juga, aprikot boleh membuatkan kulit anda menjadi lebih kenyal dan lembut disebabkan kehadiran vitamin A yang tinggi dalam aprikot.

2. Lemon

Lemon dan kulit cantik memang sinonim. Terutamanya dalam usaha untuk  mencerahkan kulit. Lemon bukan sahaja mampu mengatasi masalah kulit kusam, tetapi juga sangat bagus untuk melambatkan proses penuaan. Vitamin C yang terkandung dalam lemon bertindak sebagai antioksidan yang mampu mencerahkan kulit. 

Bagi merawat masalah kulit kusam, cuba untuk minum jus lemon fresh atau boleh juga oleskan hirisan lemon pada bahagian kulit yang kusam.

3. Madu

Madu juga merupakan bahan semulajadi yang bagus untuk merawat kulit kusam. Memandangkan madu biasa didapati di setiap rumah kerana ramai yang menggunakan madu sebagai sebahagian bahan dalam masakan mereka, ini memudahkan proses untuk merawat kulit kusam.

Caranya mudah sahaja, jadikan madu sebagai masker wajah. Biarkan selama beberapa minit dan bilas. Mudah kan? Lakukan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

4. Putih Telur

Putih telur bukan sahaja boleh merawat kulit kusam, malah boleh juga membantu mencerahkan kulit. Jangan lupa buat masker putih telur pada kulit wajah.

Cara ini bukan sahaja merawat kulit kusam malah ia membantu menghilangkan bintik-bintik hitam juga.

5. Aloe Vera

Aloe vera atau pun nama lainnya iaitu lidah buaya, bagus untuk kecantikan wajah. Lidah buaya bertindak sebagai anti penuaan, antiseptik, antioksidan dan juga antibakteria. Jadi, tak perlu nak risau lidah buaya ni rosakkan kulit anda.

Cara untuk atasi kulit kusam dengan aloe vera ialah, minum air jus aloe vera tanpa gula. Ulang langkah ini setiap hari atau sekurang-kurangnya 2 hari sekali. Paling bagus minum jus aloe vera semasa perut kosong di pagi hari.

Rawat kulit kusam dengan vitamin shaklee!

Jika anda tidak mempunyai banyak masa untuk merawat kulit kusam dengan bahan semulajadi seperti kaedah yang telah dijelaskan, tetapi mahukan penyelesaian masalah kulit kusam, saya cadangkan anda mengamalkan vitamin c dalam diet harian anda.
rawat kulit kusam

Vitamin C shaklee yang diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu jagung mampu membantu anda menyelesaikan masalah kulit kusam. 

Vitamin C yang kaya dengan antioksidan ini bukan sahaja membantu merawat kulit kusam, malah dapat meningkatkan daya tahan tubuh anda terhadap penyakit.

             Vitamin C Shaklee vs Selsema

Takkan nak tunggu muka kusam jadi lebih teruk baru nak bertindak kan? 

Sila dapatkan produk shaklee yang hebat ini! Jangan buang masa lagi, bertindak dengan cepat. Hubungi saya SEKARANG JUGA! Suhailey 012 921 4064.

Sekiranya anda perlukan sebarang maklumat lanjut dan konsultasi berterusan secara PERCUMA sila hubungi saya. Anda BERHAK untuk dapatkan LAYANAN ISTIMEWAKHAS UNTUK CUSTOMER SAYA SAHAJA.

SuhaileyMohdNoor
012 921 4064
COD : Kuantan Kemaman
Pos : Seluruh Malaysia


vitamin C shaklee

Thursday, July 30, 2015

MINUMAN ISOTONIK SEDAP UNTUK AKTIF DAN BERTENAGA

Entri khas untuk peminat minuman isotonik macam 100 plus tu. Tapi 100 plus tu minuman tenaga yang berkarbonat kan? Versi minuman isotonik yang saya nak story hari ni berkenaan minuman isotonik macam 100 plus tapi tidak berkarbonat. Kurang gula pulak tu.

Pernah tak dengar pasal Performance drink shaklee? Sedap tau. Pada mereka yang dah bosan dengan minuman isotonik dipasaran yang manis dan bergas tu, boleh dah nak bertukar kepada Performance drink ini.

Nama pun performance kan, sudah pasti minuman ini mampu membantu meningkatkan prestasi tuan, puan, cik adik manis sekalian. Untuk bekalan tenaga seharian.
minuman isotonik

Performance ni minuman elektrolit lengkap dengan campuran unik karbohidrat-karbohidrat. Untuk membekalkan tenaga la tu.

Kenapa penting sangat elektrolit ni? 

Bagi yang tak tahu, elektrolit dalam badan seperti ion sodium, ion klorida, ion potassium dan ion kalsium sangat penting dalam mengawal keseimbangan cecair dalam badan dan juga dalam penghasilan implus elektrik yang perlu digunakan oleh saraf-saraf dan otot-otot badan. 

performance

Nampak simple je minuman isotonik ni kan, tapi fungsi nya hebat. Siap ada liputan majalah lagi. Geng jelajah basikal pun suka.

minuman isotonik

Minuman istonik sedap ni bukan hanya untuk atlet sukan sahaja tau. Mereka yang tak bersukan tetapi ingin aktif dan bertenaga sangat sesuai minum performance ni.

Antara mereka yang sesuai dan memang memerlukan performance.
  • Pesakit Gout.
  • Ahli sukan.
  • Para pelajar terutama yang suka 'stay up'. 
  • Anak-anak yang demam. Ibu bapa pun.
  • Mereka yang kurang air dan mudah dehidrasi.
  • Mereka yang sering diserang sakit kepala atau migrain.
  • Mereka yang berpuasa. Sesuai untuk sahur dan berbuka.
  • Boleh juga minum bila rasa nak demam.
  • Mereka yang aktif dan memerlukan tenaga yang banyak.
  • Ibu hamil.
  • Ibu menyusu.


Apa kelebihan minuman isotonik performance ni?
  1. Performance ni bebas gas. Bukan air berkarbonat la.
  2. Menghilangkan dahaga.
  3. Tidak mengandungi kolesterol.
  4. Bebas lemak. Nak kurus pun ok ni.
  5. Bebas bahan tiruan, pewarna dan pengawet tiruan.
  6. Kurang gula.
  7. Kadar sodium yang rendah dan mempercepatkan kadar penyerapan elektrolit dalam tubuh sekaligus.
  8. Bersifat isotonik. kandungan karbohidrat membekalkan tenaga. Badan cergas lor.
Bagaimana nak mendapatkan performance ni?


Sila dapatkan produk shaklee yang hebat ini! Jangan buang masa lagi, bertindak dengan cepat. Hubungi saya SEKARANG JUGA! Suhailey 012 921 4064.

Sekiranya anda perlukan sebarang maklumat lanjut dan konsultasi berterusan secara PERCUMA sila hubungi saya. Anda BERHAK untuk dapatkan LAYANAN ISTIMEWAKHAS UNTUK CUSTOMER SAYA SAHAJA.

SuhaileyMohdNoor
012 921 4064
COD : Kuantan Kemaman






Hilangkan Jeragat dengan Cepat dan Selamat Supaya Tak Segan Nak Keluar Rumah

Siapa yang pernah ada jeragat dan memang sedang mengalami masalah jeragat sekarang, memang tepat anda baca entri ni. Entri ni khas untuk anda yang ada jeragat dan nak hilangkan jeragat!

Malu weh nak keluar rumah bila ada jeragat ni. Jemur kain dalam rumah je la. Tak perlu nak keluar jalan-jalan sangat la time lunch dengan geng opis. Buat malu je penuh jeragat kat muka. 

Ye, untuk perempuan yang menjaga kecantikan, memang dia kisah sangat bila jeragat bertepek kat muka tu. Automatik jadi malu dan segan nak keluar rumah. 

vitamin c, gla kompleks,ultimate protection

Geramnya nak cepat-cepat hilangkan jeragat tu.

Betullah ada banyak petua nak hilangkan jeragat tu. Tapi, sudah pasti lah kita nak hilangkan jeragat tu dengan kaedah yang paling selamat dan berkesan. 

Banyak sangat produk untuk hilangkan jeragat dipasaran kan? Tak tahu mana yang betul-betul berkesan dan yang paling penting, SELAMAT untuk kulit dan badan.

Saya nak perkenalkan 3 produk shaklee untuk masalah jeragat.
Kenapa saya pilih shaklee? 

Best sangat ke produk shaklee ni? Klik 3 FAKTA BUAT ANDA SETIA DENGAN SHAKLEE untuk jawapan. 

Jeragat boleh berlaku di mana-mana dibahagian badan kita tetapi, paling tak nak sudah tentu jeragat di muka. Satu dunia boleh tengok. Segan.

Jeragat ni sebenarnya ada kaitan dengan genetik, pendedahan berlebihan cahaya matahari dan juga berhubung kait dengan masalah hormon kita. Jeragat juga menandakan kerosakan pada kulit telah berlaku. Ini diakui oleh Persatuan Dermatologi Amerika (AAD).

Maka, untuk menghilangkan dan seterusnya menghalang jeragat dari terus menghantui kulit, sangat wajar jika kita berikan perlindungi kepada kulit. 

Di sini, Vitamin C Shaklee bertindak sebagai agen antioksidan yang akan melindungi kulit puan-puan dari sebarang kerosakan. Jangan bimbang, vitamin C ini membekalkan antioksidan yang cukup untuk keperluan kulit puan.

hilangkan jeragat

Yang paling best, banyak side effect positif yang puan bakal dapat apabila mula konsisten makan vitamin C ni. Bukan je jeragat hilang, efek baik lain pun dapat.


Bagaimana pula dengan masalah hormon? Kan, jeragat pun boleh disebabkan oleh hormon.

Shaklee ada produk yang berkualiti untuk masalah hormon puan, lengkap dengan  vitamin E tau untuk kecantikan kulit. Of course la puan nak cantik kan? Dahla jeragat hilang, kulit pulak bertambah cantik. Tak ke untung gitu.

hilangkan jeragat

Gla Kompleks nama produk shaklee untuk masalah hormon puan. Bila hormon dah stabil, kulit pun akan bebas jeragat. Mudah sangatkan? Analoginya begitu la.

Apa pun, puan kena la yakin yang jeragat puan akan hilang dan pudar. InshaAllah bila konsisten memang jadi.

Untuk lindung kulit dari cahaya matahari, boleh guna Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15. Bukan sahaja bertindak untuk melindungi kulit dari cahaya matahari, malah ia membantu mencerahkan kulit. Sekali dengan jeragat la tu. Jeragat pudar. Takde la orang perasan sangat.

3 Produk untuk hilangkan jeragat dah saya perkenalkan. Cara hilangkan jeragat puan dah tahu, so sekaranglah masa yang sesuai untuk bertindak. Puan kena yakin dan konsisten mengamalkan produk Vitamin C, Gla Kompleks dan sapu ultimate protection whitening lotion tu. Baru lah, jeragat hilang.


Sila dapatkan produk shaklee yang hebat ini! Jangan buang masa lagi, bertindak dengan cepat. Hubungi saya SEKARANG JUGA! Suhailey 012 921 4064.

Sekiranya anda perlukan sebarang maklumat lanjut dan konsultasi berterusan secara PERCUMA sila hubungi saya. Anda BERHAK untuk dapatkan LAYANAN ISTIMEWAKHAS UNTUK CUSTOMER SAYA SAHAJA.

SuhaileyMohdNoor
012 921 4064
COD : Kuantan Kemaman 
Pos : Seluruh Malaysia





Tuesday, July 28, 2015

MULTIVITAMIN UNTUK KANAK-KANAK HEBAT

Ada kanak-kanak memang suka makan vitamin. Sampai ibu kena sorok. Kalau tak sorok, tak tahu la berapa biji dia makan. Memang kena sorok.

Ada jugak kanak-kanak, memang tak suka vitamin, payah betul nak kasi makan vitamin. Puas pujuk. Macam-macam dah buat.

Penting sangat ke vitamin untuk kanak-kanak ni? sampai berpeluh ibu nak kasi makan. Kena jugak makan.


vitalea kids

Tak semua kanak-kanak perlukan multivitamin, tetapi jika anak anda jenis kanak-kanak yang tak suka makan (jarang makan), pastu asyik demam dan selsema, dan senang berjangkit, memang perlu ambil multivitamin.

Lagi la kalau anak-anak tak minat makan sayur dan buah. Memang wajib ambil multivitamin.
vitalea kids


Multivitamin ni membekalkan 18 jenis vitamin dan mineral dalam 1 tablet. Nutrisi yang kurang boleh memberi kesan negatif kepada tahap kesihatan dan tumbesaran kanak-kanak.

Selain multivitamin ni penting untuk membantu tumbesaran tulang dan otak, multivitamin ini juga menyokong sistem imun badan kanak-kanak. Kanak-kanak yang cukup nutrien, jarang sakit dan kelihatan bertenaga. Takde la nampak mereka tak bermaya je.

10 Sebab Kenapa Perlu Ambil Vitalea Kids Shaklee

1) Setiap tablet, membekalkan 18 vitamin dan mineral yang penting

2) Berperisa anggur yang sedap dan enak dikunyah

3) Tidak mengandungi perisa dan pewarna tiruan.

4) Tidak mengandungi bahan pengawet.

5) Vitamin B dalam multivitamin membantu dalam pembesaran minda, penghasilan tenaga dan konsentrasi.

6) Kalsium, Magnesium, Kuprum dan Vitamin D membantu dalam kesihatan tulang kanak-kanak.

7) Zat besi membantu dalam penghasilan sel darah  merah. 

8) Vitamin C menghasilkan gusi, gigi, dan tulang yang sihat.

9) Vitamin A untuk penglihatan yang bagus.

10) Iodin membantu pertumbuhan normal dan menghasilkan hormon.

Ibu bapa memang nak yang terbaik untuk anak-anak. Tak tahan tengok diaorang sakit. Demam pun ibu dah gelabah. Sakit lain tu tak tahu lah macamana.

Sedih sangat hati ni bila anak sakit. Tak sampai hati.

Sila dapatkan produk shaklee yang hebat ini! Jangan buang masa lagi, bertindak dengan cepat. Hubungi saya SEKARANG JUGA! Suhailey 012 921 4064.



suhailey mohd noor
012 921 4064
cod : kuantan kemaman

Monday, July 27, 2015

5 Cara Tangani Anak Mengamuk. No. 5 Paling Penting

Anak mengamuk? Biasa tu. Tak pelik pun.
Semua ibu bapa pun pernah mengalami situasi ini, terutamanya ketika usia anak mengjangkau usia 1.5 - 3 tahun. Suka benor depa ni mengamuk tau. Letih mak.

Paling parah bila mengamuk guling-guling kat tempat awam seperti pasaraya. Segan pun ada. Tapi, kami tak segan pun. Dah nama pun budak-budak kan. :) Biarin.

Anak mengamuk boleh jadi disebabkan macam-macam perkara dan sebab. Anak-anak kecil ni, bila tak cukup tidur pun mengamuk. Nak tidur pun mengamuk.
tangani anak mengamuk

Kadang kala, bila anak-anak asyik terperap sahaja dirumah, menyebabkan mereka mempunyai banyak tenaga dan menjadi tidak keruan. Sama juga keadaannya bila anak-anak tidak dapat bermain aktif diluar rumah. 

Selain itu, tiada rutin yang tetap juga boleh menyebabkan anak-anak kecil ini mudah mengamuk.

Apabila anak-anak mengamuk, ibu bapa perlu pandai memainkan peranan mereka. Ini penting untuk kelangsungan tabiat mereka apabila mereka meningkat dewasa. Cara kita sebagai ibu bapa dalam menangani anak mengamuk sangat mempengaruhi mereka.

Ibu Rose dalam perkongsian beliau tentang ilmu keibubapaan ada berkongsi tentang cara menangani anak mengamuk supaya perkembangan emosi mereka tidak terjejas. Saya percaya,kita sebagai ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak-anak kita kan. Saya kongsikan di sini untuk panduan kita semua. Kadang kita mudah lupa, kita kan manusia biasa. 

5 Cara Menangani Anak Mengamuk

1. Duduk dan ambil anak tersebut. Ribakan anak dan pegang/peluk dia dari belakang. Boleh jugak sandarkan kepala anak ke dada anda.

anak mengamuk

2. Katakan ( bisik ) yang anda sayang dia dan faham perasaan dia.

3. Boleh bacakan ayat al quran dan A'uzubillah hi minasyaitan nir rajim, supaya syaitan tak ambil kesempatan kepada anak dan kita.

Bagi bukan muslim, boleh bacakan doa anda mengikut agama masing-masing.

4. Tenangkan anak. Ibu pun kena tenang.  Tenangkan dia dengan kasih sayang. Guna kata-kata kasih sayang.

5. Jangan sesekali MARAH dan MENJERIT atau MEMUKULnya kononnya untuk MENDISIPLINKAN dia. 

Jika kita marah, menjerit atau memukul anak, ini hanya akan menjadikan anak tersebut pengecut dan lebih suka memberontak.

Paling penting dalam menangani anak mengamuk adalah, ibu bapa perlu TENANG dan KAWAL DIRI. Itulah kunci untuk tenangkan dan kawal anda yang suka mengamuk.
anak mengamuk

Ibu Rose juga ada berkongsi bahawa anak yang mengamuk itu sebenarnya takut kepada 'monster' dalam dirinya. Oleh itu, memarahi bukanlah jalan yang terbaik. 

Sebenarnya, bila kita bijak menangani anak-anak kecil mengamuk, apabila mereka remaja, dia akan lebih tenang dan mudah mendengar kata.

Memang tak mudah nak tangani situasi anak mengamuk. Memang kena banyak sabar. Semoga Allah swt sentiasa bersama kita. Dianugerahkan sabar yang hebat dan dimudahkan urusan untuk mentarbiyahkan anak-anak syurga kita.

Salam sayang,

suhailey
ummi Nuraini & Qamarulhuda

Ya Allah, bantulah kami mentarbiyahkan anak-anak dan keturunan kami agar sentiasa menghidupkan agama Mu. 

Sunday, July 26, 2015

Resepi Rempah Perap Daging Kambing Bakar Black Pepper

Assalamualaikum wbt

Bicara tentang kambing pulak hari ni, first time hari tu perap kambing untuk aktiviti BBQ sempena gathering kawan-kawan encik suami. Resepi ni kawan satu pejabat yang kongsikan. 

Saya abadikan resepi rempah perap daging kambing bakar black pepper dalam blog ini untuk mudah saya rujuk dan juga untuk rujukan Nuraini dan Qamarulhuda di masa akan datang. 

So far, encik suami kata sedap je, so saya kongsikan dengan kawan-kawan pulak. Bila dah ada resepi dan memang dah ada yang cuba buat memang menjadi, lagi mudah nak guna jugak resepi ni. Dah terbukti menjadi kan, kira macam testimoni la tu.

kambing bakar (sumber google) - ampun, lupa snap gambar!

Kawan saya ni, bakar kambing pun suka-suka je, bukan nak jamu tetamu pun. Tapi sebab sedap, saya cuba la resepi tu. Apa pun, resepi ni memang boleh pakai. 

Resepi rempah perap daging kambing ni saya kasi nama Rempah Perap Daging Kambing Bakar Black Pepper. Main reason is, resepi ni banyak guna black pepper. Nak cover bau hamis kambing la kot.

Kami borong daging kambing kat pasar borong, dan minta tolong pakcik yang jual tu potong siap-siap ikut saiz biasa untuk bakar.

Sebelum share resepi rempah perap daging kambing bakar black pepper ni, nak kongsikan dulu tips nak cuci daging kambing untuk aktiviti bbq ni. Kredit kepada bapa mertua yang sudi berkongsi tips cuci daging kambing ni.
Respi Rempah Perap Kambing Bakar Black Pepper
Daging Kambing Siap Dicuci

Tips Cuci Daging Kambing :
  1. Gaul daging kambing dengan gula. 
  2. Basuh daging kambing dengan tepung gandum.
Gaul daging kambing dengan gula tu untuk cepatkan keluarkan darah dari daging kambing tersebut. Biar je 10 minit atau seberapa lama anda suka. Jangan la sampai berjam-jam pulak, bila nak perap kalau macam tu. 

Dah settle gaul dengan gula, basuh daging kambing dengan tepung gandum. Ayah cakap, nanti kurang bau hamis.

Ok. Daging kambing dah siap cuci. Jom buat rempah perap daging kambing bakar black pepper pulak.

Resepi rempah perap daging kambing bakar black pepper ni untuk hidangan 2 kg daging kambing.

Bahan-bahan untuk Rempah Perap Daging Kambing Bakar Black Pepper.

  • Lada Hitam (segengam)
  • Bawang Putih (1 labu)
  • Sos Cili
  • Sos Tiram
  • Minyak

Cara sediakan Rempah Perap Daging Kambing Bakar Black Pepper.

  1. Ketuk bawang putih.
  2. Panaskan kuali. Tumis bawang putih.
  3. Bila dah naik bau, masukkan lada hitam.
  4. Biarkan sejuk. Tumbuk lada hitam dan bawang putih sehingga lumat.
  5. Dalam mangkuk lain, campurkan sos cili dan sos tiram
Bawang putih dan lada hitam yang siap ditumis

Cara perap daging kambing :

  1. Gaul daging kambing dengan lada hitam dan bawang putih yang dah ditumbuk lumat sehingga sebati.
  2. Then, gaul dengan sos cili dan sos tiram
  3. Perap sekurang-kurangnya 30 minit. Lagi lama lagi sedap.
Mudah kan? Siap dah daging kambing diperap untuk acara BBQ. Nak grill pun boleh.

Pada yang berminat nak perap ayam jugak, boleh ikut resepi ni : REMPAH AYAM BBQ


Selamat mencuba dan Terima Kasih kerana membaca.


Memasak Satu Terapi, 
suhailey mohd noor


Saturday, July 25, 2015

Resepi Rempah Ayam BBQ Mudah Sedap

Holla,

Salam 9 syawal kalian semua.
semangat nak taip resepi buat panduan Cik Nuraini & Mr Qamarulhuda bila mereka dah besar nanti. Salah satu harta pusaka peninggalan ibu bapa ni tau :)

Meanwhile, uolls boleh la cuba resepi rempah ayam bbq ni. In case nak cuba la kan.

Nak kata sedap sangat tu takde la, tapi boleh la nak jamu kengkawan dan saudara mara uolls. Sekali sekala berBBQ best jugakkan.

rempah ayam bbq mudah

Resepi ni teringat nak letak dalam blog ni since semalam baru je masak rempah ayam bbq ni. Alkisah, abi ada reunion aka gathering kat umah semalam. Umi la kena sediakan rempah bagai. 

Since takde yang complain tak sedap, kira ok la tu, sedap la agaknya. Diri sendiri sebagai tuan rumah memang tak sempat rasa. 

Resepi ni mudah sangat, anak-anak umi, jangan pulak tak rajin nak buat ye. Saudara-mara korang memang suka berbbq ni. Sila teruskan legasi.

Habluminannas. Jaga silaturahim.

Back to the recipe. Mudah sangat nak dapat bahan-bahan. Kos pun murah. 

Bahan - bahan Rempah Ayam BBQ untuk 1 ekor ayam.

  1. Bawang Merah kecik 8 -10 biji
  2. Bawang Putih 2-3 ulas
  3. Halia (optional) 
  4. Serai 5-6 batang
  5. Cili boh 5-6 sudu ikut tahap kepedasan masing-masing
  6. Gula
  7. Minyak masak
  8. Rempah kari ayam/kambing.

Cara membuat Rempah Ayam BBQ

  1. Potong serai kecil-kecil.
  2. Kisar bawang merah, bawang putih , halia dan serai.
  3. Campur semua bahan yang dikisar bersama cili boh dan rempah kari.
  4. Masukkan gula.
  5. Kacau sehingga sebati.
  6. Panaskan kuali.
  7. Tumis semua bahan-bahan yang dah dikacau sebati.
  8. Tumis sehingga masak. 

Tadaa..dah siap dah rempah ayam bbq. Boleh perap ayam dengan rempah ni selama sekurang-kurangnya 30 minit.

rempah ayam bbq sedap

Ready to grill/bakar/goreng je lah kalau agak-agak malas nak bakar bagai:) Guna je pemanggang ajaib tu, senang kerja!

Tips :
  1. Guna cili kering kisar lagi sedap dan 'kit' berbanding guna cili boh ready made.
  2. Bakar ayam perap dalam aluminium foil lagi best sebab berkuah sikit. Sedap makan ngan nasi panas.
  3. Boleh gantikan gula dengan gula keping/gula melaka.
  4. Lagi lama anda perap ayam dengan rempah, lagi sedap tau.
  5. Bakar atas dapur arang lagi osem dari bakar atas dapur gas.

Sekian sudah resepi rempah ayam bbq versi kami sekeluarga. Selamat mencuba tau.
Kalau uolls ada resepi yang lagi sedap dan senang, tepek kat komen ye.

Next entri kita share pasal resepi rempah untuk perap kambing pulak eh. :)


salam sayang dari kejauhan,

suey
mak anak dua 
seronok jugak ada anak 10 :)

Wednesday, July 22, 2015

5 Tempat Makan Tengahari Sedap Di Kuantan

Assalamualaikum wbt.

Dah breakfast ke semua?
Cerita bab makan memang saya suka. Dulu saya ni bukan lah peminat makanan sangat, tapi sejak kahwin dengan encik suami, terikut pulak hobi dia yang suka makan tu. 

Pantang ada kedai makan baru bukak, syok je nak cuba. Makan kat umah cerita lain pulak.
Memang suka makan lah kami ni. 


Bagi kami, makanan memang untuk dicuba. hehe
Dapat pulak opismate yang ok jer nak join makan tengahari kat luar. Maklum lah makanan kat kantin hospital ni sihat-sihat belaka.

Bagi mereka yang nak makan tengahari di Kuantan, berikut adalah tempat makan tengahari sedap mengikut citarasa saya.

1. Warung Aja

Warung Aja ni terletak di kawasan Bukit Setongkol. Memang banyak pilihan makanan yang ada di sini. 

Saya pernah buat entri khas tentang warung aja ni tau. WARUNG AJA


2. Restoran Makcik Timah 2

Restoran Makcik Timah 2 ni terletak di Indera Mahkota 8. Landmark terdekat adalah Azam Roaster IM 8 dan Secret Recipe IM 8. 

Seawal pukul 12 tengahari dah penuh orang kat resstoran ni. Memang kena keluar opis awal sikit kalau nak makan kat sini. Pukul 1.30 tengahari tu memang confirm dah nak habis lauk.


Macam-macam menu yang ada kat sini, ada gulai, asam pedas, singgang dan kari. Saya paling suka kari. Memang sedap dan memenuhi citarasa.

Harga pulak, ada yang kata quite pricy. Tapi bukan ke memang semua benda pun dah naik harga. Apa pun, makanan dia memang sedap.


3. Akob Patin House

Masakan ikan patin tempoyak kat sini memang sedap. Ada 3 cawangan akob patin house kat bandar kuantan ni. Walaupun harga agak mahal, tapi memang ramai pengunjung. 

patin buah dan patin sungai (harga berbeza)


Antara menu yang favourite saya di akob patin house adalah daging salai masak lemak, patin masak tempoyak, sambal tempoyak dan keli goreng berlada. Tempe goreng pedas pun sedap.

Lokasi Akob Patin house yang saya suka kunjungi adalah berdekatan dengan Hotel Season View. Parking senang sikit. 

Lokasi lain termasuk benteng (jalan besar) dan berhampiran East Coast Mall, sederet dengan Manjaku.

Akob Patin House ni memang terkenal di Kuantan, kerabat diraja Pahang dan orang kenamaan suka masakan disini.

4. Warung Bay Route

Warung Bay Route ni juga menyediakan makanan pagi. Terletak di atas bukit bay route, restoran ini menyediakan pelbagai lauk untuk santapan tengahari.


Harga makanan kat warung bay route ni tak la mahal sangat. Boleh tahan la. Lauk pun sedap


5. Warung Belakang Pantai Selamat 

Warung ni dah banyak kali pergi, tapi selalu lupa nak tengok nama dia. Tapi disebabkan lokasi warung ni dibelakang pantai selamat yang dekat dengan Taman Gelora, Kuantan, so saya panggil kedai makan ni, Warung Belakang Pantai Selamat. :)

Kedai ni ada jual nasi kukus jugak. Pelbagai pilihan lauk yang ada. Sayur pun banyak pilihan. Cuma, warung ni panas sikit. 


Cukup sampai di sini dulu. Saya akan sambung dalam entri seterusnya. Banyak lagi tempat makan tengahari sedap kat Kuantan ni tau.


Tuesday, July 21, 2015

Hilangkan Parut Dengan Cepat Supaya Tak Segan Keluar Rumah

Parut memang hodoh kan. Tak kisah lah kat bahagian mana pun parut tu. Memang nak hilangkan cepat-cepat. 

Parut kat muka lagi merunsingkan. Rendah diri pun ada. Banyak pulak tu. Parut bekas jerawat. Parut chicken pox lagi. Parut di badan, parut di kaki, parut di betis dan parut dimuka memang mencacatkan penampilan. Kalau boleh, nak hilangkan parut tu hari ni jugak.

Memang banyak petua tradisional untuk hilangkan parut, tapi selalunya ambil masa yang lama. Tak rajin nak buat pun ada. Nak tumbuk macam-macam. hehe tak rajin lah.


Bagi yang nak hilangkan parut dengan cepat dan berkesan, saya cadangkan Vitamin E shaklee. Mudah sangat, tak perlu tumbuk pun. Telan atau sapu vitamin E shaklee ni pada bahagian berparut tu.

Kenapa mesti Vitamin E Shaklee? 

Bukan sahaja terdiri daripada d-alpha tocopherol concentrate dan d-alpha tocopheryl acetate, Vitamin E Shaklee juga lengkap dengan Selenium. Tanpa selenium, vitamin E tidak dapat diserap dengan berkesan oleh badan. Penyerapan vitamin E yang berkesan hanya didapati dengan kehadiran selenium.

Tambahan pula, vitamin E shaklee mempunyai kuasa antioksidan 20x lebih hebat memandangkan vitamin E Shaklee didatangkan bersama grape seed. Grape seed ini membantu membuatkan kulit lebih anjal dan awet muda. Tak lupa juga sebagai agen anti kanser.

Tonton pengalaman sebenar wanita dalam video ni menghilangkan parut diseluruh wajah beliau sehingga licin tanpa cela. 


Cara mudah untuk hilangkan parut dengan Vitamin E Shaklee :
Pecahkan kapsul vitamin E dan sapu pada kawasan parut setiap malam sehingga anda dapat kesan yang anda ingini.

Antara Testimoni pengguna Vitamin E Shaklee untuk hilangkan parut :








Tak nak rendah diri disebabkan muka berparut lagi? 


Sila dapatkan produk shaklee yang hebat ini! Jangan buang masa lagi, bertindak dengan cepat. Hubungi saya SEKARANG JUGA! Suhailey 012 921 4064.







5 Tips Jimat Persiapan Hari Raya Aidiladha

Raya aidilfitri belum lagi selesai. aha saje je nak tulis pasal raya aidiladha pulak.
Raya aidilfitri sehari je sebenarnya, tapi hari raya aidiladha sambutannya 4 hari tau.

Since persiapan hari raya aidilfitri tak betul-betul bersiap sangat, baju pun recycle je mana yang ada, so kita bersiap untuk perayaan yang lebih besar iaitu hari raya aidiladha.



Ibadah korban dan akikah memang sinonim ketika hari raya aidiladha. 
InshaAllah plan nak akikah kan anakanda Qamarulhuda di hari raya aidiladha nanti, doa kan ada rezeki ye kawan-kawan. :)

Buat pengetahuan semua, hari raya aidiladha tahun ini dijangka pada 24 September 2015. Almost 2 bulan lagi. Dah tak lama dah tu.

5 Tips Jimat Persiapan Hari Raya Aidiladha

1. Jika berhajat untuk mengadakan akikah atau korban pada aidiladha nanti, tempah siap-siap dari sekarang tau. Takut tak sempat. Boleh kumpul duit dulu.

2. Beli baju raya setiap bulan dari sekarang. Tak la terasa sangat. Especially kalau anak ramai.

3. Recycle je baju raya aidilfitri. Pun boleh jugak. Jimat belanja.

4. Open house? Masak masakan berasaskan daging. Nasi daging, nasi minyak gulai daging, mee sup daging atau apa-apa je masakan yang melibatkan daging. Daging korban kan ada. Jimat.

5. Rancang perjalanan raya anda. Based on pengalaman raya aidilfitri, dah boleh bajet kan, nak pergi mana dulu. Zaman minyak mahal ni, semua kena kira tau.

Eh, sebelum tu, jangan lupa solat sunat aidiladha.

cara mengerjakan solat sunat aidiladha solat sunat aidiladha

semoga kita semua dipanjangkan usia dan sama-sama menyambut kedatangan aidiladha.

selamat beramal,
suhaileymohdnoor

Monday, July 20, 2015

RAWAT KULIT KERING DENGAN LOSYEN SERBAGUNA MURAH TAPI SELAMAT

Kulit kering memang tak best. Tak kisah lah, kulit kering tu kat muka ke, kat siku ke hatta kat tumit kaki sekalipun. Orang kata, bila kita kurang minum air, memang kulit mula kering.

Kalau kulit muka yang kering, mudah nampak tua dari usia sebenar. Parah tu. Setelah tengok ramai yang bagi feedback positif tentang losyen serbaguna shaklee, nak cerita pasal losyen serbaguna ni lah.

Asalnya, memang losyen ni orang sapu pada siku, rumit dan bahagian kulit yang kering, tapi disebabkan losyen ni bersifat semulajadi dan bebas paraben, ramai ibu-ibu yang sapu losyen serbaguna ni untuk ruam, ekzema dan ada jugak yang guna untuk masalah parut jerawat mereka.

HERBAL BLEND

Losyen serbaguna guna murah kan, boleh sangat nak sapu kat mana-mana. Tak perlu berjimat guna pun.

Untuk masalah kulit kering, sapu losyen serbaguna ni, setiap hari sekurang-kurang nya 2 kali sehari. Nak sapu banyak-banyak kali pun boleh. Losyen ni memang selamat. Cuba tengok kandungan losyen serbaguna ni. Bahan semulajadi tau.


Rosemarry leaf 
# musuh bagi serangga, nyamuk, ulat, lalat dan kumbang
Horse chestnut seed 
# merawat alergi pada kulit dan ekzema

Yarrow
# menyembuhkan luka dan demam
Sage leaf 
# merawat masalah dan jangkitan kulit serta gigitan serangga
Chamomilla recutita
# baik untuk kulit sensitif
# kurangkan kemerahan kulit
# anti radang
# antiseptik
# melegakan keradangan (ruam, jerawat, melecur)

Paling menarik tentang losyen serbaguna ni, ia bebas paraben. Susah nak carii losyen yang bebas paraben tau. Selamat untuk bayi.

Antara testimoni pengguna losyen serbaguna;

kulit kering
ruam lampin & chicken pox






Hubungi saya untuk mendapatkan losyen serbaguna yang osem ini!

Sila dapatkan produk shaklee yang hebat ini! Jangan buang masa lagi, bertindak dengan cepat. Hubungi saya SEKARANG JUGA! Suhailey 012 921 4064.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...