Thursday, July 2, 2015

TIPS MINUM 8 GELAS AIR MASAK DI BULAN PUASA | 12 GELAS PUN BOLEH

Minum air 8 gelas sehari? 
Anda pasti anda boleh habiskan 8 gelas air sehari? Bulan puasa ni tau.
Ada tips minum 8 gelas air masak sehari dibulan puasa?

Sebenarnya, ada je orang boleh habiskan 8 gelas air pada waktu pagi je tau.
Bukan susah pun...

Tapi, ini kan bulan puasa, hihi mana boleh minum air pagi-pagi kecuali waktu sahur!

Minima 8 gelas sehari atau bukan exactly 8 gelas air sehari! So, sepatutnya memang kena minum lebih.

Tapikan, pernah tak terlintas dalam fikiran kenapa kita perlu sangat minum air 8 gelas sehari ni?
Siapalah yang memandai buat peraturan ni agaknya.

Sebenarnya, lebih kurang 2 liter air tersingkir daripada badan kita setiap hari. Penyingkiran ini berlaku melalui kulit, paru-paru, usus dan ginjal.

Maka, air yang tersingkir ini harus diganti untuk mengelakkan badan kita daripada terhidrasi.

Selain itu juga, kekurangan air didalam badan juga boleh menyebabkan badan kita mudah diserang penyakit.

sebab tu kita kena minum banyak air!

Dah tahu sebab kenapa kena minum air banyak tu setiap hari, risau pulak tak cukup minum 8 gelas air di bulan puasa.

Sebenarnya, ada cara untuk kita minum 8 gelas air sehari dibulan puasa ni. 8 masa untuk minum 8 gelas air dibulan puasa ini dikongsikan oleh kawan saya Nurul Aziyana beberapa hari selepas ramadan tiba. Siap dengan gambar lagi untuk korang save dalam handphone untuk mudah dibuat rujukan.

8 Masa untuk minum 8 gelas air masak setiap hari sepanjang bulan puasa adalah seperti berikut :

# Air Masak Gelas 1
Sebaik sahaja berbuka puasa, minum segelas air masak. Jangan lupa makan kurma sekali tau.

# Air Masak Gelas 2
Memang menjadi kebiasaan dirumah kami, selepas berbuka dengan segelas air dan kurma, kami solat maghrib dulu. Bukan apa, baru senang hati nak makan banyak-banyak sebab urusan dengan Allah dah selesaikan :)
So, air masak gelas kedua adalah selepas solat maghrib.

# Air Masak Gelas 3
Solat maghrib pun dah settle, jom kita makan. Selepas makan, boleh minum lagi segelas air. Dah 3 gelas kan?

# Air Masak Gelas 4
Jom solat isyak pulak. Lepas solat isyak boleh minum lagi segelas air masak. Kalau minum banyak-banyak, nanti asyik nak pergi buang air je masa solat sunat terawih

# Air Masak Gelas 5
Untuk air masak gelas ke 5, korang boleh minum selepas solat sunat terawih.

# Air Masak Gelas 6
Dah penat solat sunat terawih tu, dah tengok TV pun dan dah bersiap-siap untuk tidur kan? So, sebelum tidur, minum segelas air masak dulu. Dah 6 gelas dah air masak diminum!

# Air Masak Gelas 7
Sebaik sahaja bangun untuk sahur, minum dulu segelas air masak. Baru la mula makan sahur.

# Air Masak Gelas 8
Air masak gelas ke lapan iaitu gelas terakhir ni korang minum lepas dah makan sahur. Sebelum waktu imsak tau :)

Yeay, dah cukup minum 8 gelas air masak sehari! 
Mudah je bukan? Bila dah ada panduan ni, dah tahu la kat mana boleh selit nak minum ekstra air


Macam saya sendiri memang mengamalkan vitamin sepanjang berpuasa, so kena la minum air lebih dari 8 gelas ni. 

Waktu yang biasa saya minum air masak selain 8 waktu seperti di atas ialah 

# Waktu bangun untuk pam susu
# Selepas pam susu/solat sunat
# Pertengahan solat sunat terawih 
# Selepas makan sahur masa makan vitamin

untuk mereka yang bukan ibu menyusu, bila bangun untuk tahajud tu, minum air dulu, then selepas solat sunat tahajud minum lagi segelas air ;)

Dah ekstra 4 gelas air ;) Ibu menyusu memang kena minum banyak air. Ambil supplemen shaklee lagi, memang perlukan air yang mencukupi untuk penyerapan vitamin yang optimum.

Dah kasi tips minum 8 gelas air sehari di bulan puasa ni, jangan cakap tiada masa nak minum 8 gelas air di bulan puasa pulak tau. Save dalam handphone or desktop masing-masing ye!


Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah

Pengedar Shaklee Kuantan 
Pengedar Shaklee Kemaman

Suhailey Mohd Noor
ID 886589
012 921 4064

No comments:

Post a Comment

Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...