Bila anak anak batuk siap dengan kahak lagi, bukan anak anak tu sahaja yang tak selesa, ibu bapa pun sama tak tenang hidup.
Memang kesian tengok anak macam tak lepas je nak bernafas kan. Nak tidur pun tak selesa. Lepas tu mula la merengek sebab dah tak tahu nak buat apa.
Kita yang dewasa ni pun tak keruan bila kena batuk berkahak ni. Tambah pulak pakej lengkap dengan selsema sekali.
Faktor cuaca tak menentu sekarang ni, memang menyumbang kepada tragedi batuk berkahak, demam dan selsema ni berlaku.
Apa nak buat bila perkara ni berlaku? Berikut dikongsikan sedikit pengalaman dan hasil pembacaan tentang cara nak kurangkan kahak pada anak anak terutama bayi.
Tips kurangkan batuk kahak 1
#Teknik Percussion
Teknik ni saya sendiri pernah apply untuk anak kedua saya. Seawal umur 5 bulan anak saya dah demam lengkap dengan batuk berkahak sekali.
Memang cuak jugak sebab tiada pengalaman begitu dengan anak pertama kan.
Alhamdulillah, saya dan suami cuba teknik percussion ni, memang sangat membantu kurangkan kahak anak saya.
Kesian sangat sampai tak boleh tidur sebab tak selesa.
Bagi saya, Teknik percussion ni lebih selamat bila buat berdua dengan suami. Ia melibatkan air panas kan, memang kena hati hati.
Caranya,
1.Ambik sebesen kecil air panas,masukkan bawang putih yang diketuk.
2.Halakan muka anak ke arah wap panas tadi ( suhu jangan panas sangat tau) sambil tu tepuk bahagian belakang bayi.
3.Ulang teknik ini sehingga air sejuk
Memang meleleh kuar kahak melalui hidung.
Buat kejap kejap je tau, boleh bedung bayi anda dulu supaya tangan dia tak sibuk nak main air panas tu.
Tips Kurangkan Batuk Kahak 2
#Tepuk bayi
Tips ni saya dapat dari seorang pakar kanak-kanak, dia pesan, bila anak mula batuk dan ada kahak, tepuk belakang badan bayi terutama 30 minit or sejam lepas bagi makan ubat. Kalau tak kasi makan ubat pun memang kena tepuk belakang bayi untuk longgarkan kahak dalam paru-paru.Baru bayi anda lebih lega. Biasanya bayi akan bersin atau batuk selepas dah tepuk tu, then kahak akan keluar.
Tips Kurangkan Batuk Kahak 3
#Sapu Minyak Bawang Putih
Minyak bawang putih ni rasanya memang tak dijual dimana-mana. Memang kena buat sendiri. Sapu je minyak bawang putih tu kat belakang badan bayi, pada betis dan tapak kaki.
Macamana nak buat minyak bawang putih?
Goreng beberapa ulas bawang putih tanpa minyak. Ketuk. Campur sedikit minyak. Settle.
Tips Kurangkan Batuk Kahak 4
#Mesin Penyedut Kahak
Walaubagaimanapun, nasihat doktor diperlukan sebelum menggunakan mesin ini. Ia berfungsi untuk mencairkan kahak so senang kahak nak keluar dari paru-paru anak anda.
Tips Kurangkan Batuk Kahak 5
#Madu
Madu memang bagus untuk mengurangkan batuk dan kahak ni. Untuk kanak-kanak berusia lebih setahun, ibu bapa boleh berikan madu dan untuk anak yang berusia bawah 1 tahun dan menyusu susu ibu, ibu tersebut boleh makan madu untuk disalurkan khasiatnya kepada bayi tersebut.
Uhh legakan bila hilang segala batuk kahak anak-anak, lena dia tidur, takde la merengek je.Kesian.
Diharap tips di atas membantu ibu bapa semua.
Ibu menyusu boleh amalkan pengambilan Omega Guard untuk kurangkan batuk kahak bayi yang menyusu susu ibu. Omega guard ni bagus untuk perkembangan otak si manja selain meningkatkan tahap imuniti anak anda.
Takkan nak tunggu kuman dari kahak tu masuk ke paru-paru anak dulu baru nak bertindak kan?
Hubungi saya ditalian 012 921 4064 sekiranya anda memerlukan omega guard untuk menyelesaikan masalah batuk kahak anak anda.
Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah
Suhailey Mohd Noor
Pengedar Shaklee Kuantan Kemaman
Pengedar Shaklee Kuantan Kemaman
percussion / tepuk utk longgarkan kahak cuma di bahagan tepi badan. bukan di tengah belakang :)
ReplyDeleteTq Tq..lupa nak mention..saya pernah buat yang tepuk belakang bahagian tepi kiri kanan.
Deleteanak sedara batuk2 mcm asma dah..mak dia sapu kapur+asam limau. berkesan
ReplyDelete