Tuesday, July 7, 2015

4 CARA ATASI KEJANG KAKI SUPAYA TAK MENANGIS DI MALAM HARI

Sakit giler bila kaki tiba-tiba kejang tau.  
Kejang Kaki tengah malam memang menyeksakan. Apalagi bila kejang kaki ni berlaku semasa mengandung. 

Uhh perit sangat tu.
Kenapa kejang kaki boleh berlaku?

KEJANG KAKI


Menurut Matthew Hyland, Pengerusi Pertubuhan Terapi Fizikal New York, punca terjadinya kaki kejang adalah disebabkan oleh keadaan  seperti berikut :

1) Terhidrasi

2) Penyakit Buah Pinggang

3) Senaman yang melampau

4) Pengambilan ubat tertentu 
(contoh : pil perancang, diuretiks, steroids)

5) Kekurangan mineral seperti kalsium

6) Faktor cuaca (cuaca sejuk

Penyebab berlakunya kejang pada kaki dah pun kita ketahui. Tapi macamana nak atasi kejang kaki ni berlaku lagi. Huh, tak sanggup tau bangun malam siap nangis-nagis lagi sebab seksa sangat. huhu

Di sini saya akan kongsikan 4 cara atasi kejang kaki supaya korang semua tak perlu risau lagi tengah - tengah berenang ke tengah drive kereta ke tiba-tiba kaki kejang.

# Minum Air Secukupnya.

Oleh kerana salah satu sebab berlakunya kejang kaki ni disebabkan oleh badan terhidrasi, maka sila minum air secukupnya untuk memastikan tubuh tidak terhidrasi dan seterusnya mengelakkan berlakunya kejang kaki. 

Jumlah air yang diperlukan badan bergantung kepada umur anda, apa yang anda makan, aktiviti seharian, jantina dan keadaan kesihatan anda. Anda mungkin memerlukan lebih air daripada orang lain.

Air membantu otot kita meregang dan relaks (contract & relax) dan memastikan sel otot tidak terhidrasi.



#Senaman Regangkan Otot

Jika anda pernah kejang kaki lepaskan melakukan senaman, cuba untuk kurangkan aktiviti senaman tersebut. Mungkin kekerapan senaman tersebut membuatkan kaki anda kejang. 

Duduk terlalu lama juga boleh menyebabkan terjadinya kejang kaki, usahakan untuk bangun dari kerusi sekali sekala jika anda terpaksa duduk lama berjam-jam seperti berada di dalam dewan.

Jika anda kerap mengalami kejang kaki semasa tidur, lakukan senaman regangan otot sebelum anda tidur.


#Pengambilan vitamin dan mineral yang cukup

Pengambilan vitamin dan mineral tertentu yang mencukupi boleh mengelakkan anda daripada mengalami kejang kaki. Pakar kesihatan mencadangkan, 300mg magnesium setiap hari untuk mengelakkan daripada kejang kaki berlaku. Kajian juga mendapati, pengambilan magnesium yang meningkat dikalangan ibu mengandung mampu  mengurangkan berlakunya kejang kaki pada waktu malam.

Selain magnesium, pengambilan kalsium dan pottasium yang mencukupi membantu mengurangkan berlakunya kejang kaki.


#Selimut dan seluar tebal serta berstokin

Penggunaan selimut ketika cuaca sejuk juga membantu mengelakkan  kekejangan kaki berlaku. Pastikan anda memakai seluar panjang tebal dan berstokin ketika tidur semasa cuaca sejuk. 


Jika anda mengalami kejang kaki, berikut adalah perkara yang anda boleh lakukan segera untuk mengurangkan rasa kejang kaki tersebut.

1) Mengurut kaki yang kejang tersebut

2) Meregangkan otot kaki

3) Tuam dengan ais

4) Mandi dengan air garam

Jika kejang kaki tersebut kerap sangat berlaku, pastikan anda berjumpa doktor peribadi anda segera.

Pengalaman saya yang mengalami kejang kaki semasa mengandungkan dan semasa tempoh menyusukan anak, saya mencukupkan bekalan kalsium, magnesium dan potassium dengan pengambilan OSTEMATRIX Shaklee.


Jika kaki anda kejang dan ingin mencuba OSTEMATRIX, 
Sila dapatkan produk shaklee yang hebat ini! Jangan buang masa lagi, bertindak dengan cepat. Hubungi saya SEKARANG JUGA! Suhailey 012 921 4064.

Sekiranya anda perlukan sebarang maklumat lanjut dan konsultasi berterusan secara PERCUMA sila hubungi saya. Anda BERHAK untuk dapatkan LAYANAN ISTIMEWAKHAS UNTUK CUSTOMER SAYA SAHAJA.

Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah
SuhaileyMohdNoor
012 921 4064
COD : Kuantan Kemaman



1 comment:

  1. Tiba-tiba tidur kaki jadi keras sebab kejang kaki.
    Memang rasa nak menendang je kaki tue.
    Hehehe.
    Tapi relaks kejap kemudian akan kembali ke normal.

    ReplyDelete

Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...