Friday, July 3, 2015

6 FUNGSI PENTING VITAMIN B KOMPLEKS | 5 TESTIMONI B KOMPLEKS BERAT BADAN NAIK

Dah biasa makan vitamin B Kompleks, tapi tak tahu apa itu B Kompleks?

Vitamin B1 (thiamine), Vitamin B2 (riboflavin), Vitamin B3 (niacin), Vitamin B5 (pantothenic acid), Vitamin B6 (pyridoxamine), Vitamin B9 (folic acid), Vitamin B7 (Biotin), Vitamin B12, Kolin dan Inositol adalah vitamin-vitamin B Kompleks.

Vitamin B Kompleks sangat penting kepada tubuh kita memandangkan hampir kesemua proses dalam tubuh memerlukan Vitamin B Kompleks.


6 Fungsi Penting Vitamin B Kompleks termasuklah :

# Membantu Mengawal Diabetes

Vitamin B Kompleks bertindak mengubah karbohidrat kepada tenaga. Karbohidrat pada mulanya ditukar kepada glukosa dan seterusnya, glukosa pula diubah kepada benuk tenaga. Vitamin B1 memainkan peranan penting dalam proses ini.

Pengidap Diabetes disarankan mengambil vitamin B Kompleks dalam diet mereka untuk memastikan karbohidrat berlebihan ditukar kepada tenaga.

# Mencegah Arterosklerosis

Niasin atau juga dikenali sebagai Vitamin B3 terbukti membantu meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL) dan menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL). Dengan ini, pengerasan pembuluh darah dapat dicegah dan seterusnya mencegah penyakit jantung dan stroke.

# Menjaga Kecantikan Kulit, Rambut dan Kuku

Setiap kulit, rambut dan kuku yang baru tumbuh memerlukan Vitamin B Kompleks.

Kekurangan vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3, vitamin B5, vitamin B7, vitamin B9, vitamin B12 dan kolin boleh menyebabkan kulit kusam, mudah berjerawat, kulit kering, kerepot, botak, ruam, rambut gugur dan kuku pecah.

# Memelihara Kesihatan Saraf

Vitamin B memang memainkan peranan penting dalam kesihatan fungsi sistem saraf.

Vitamin yang sangat diperlukan untuk memastikan kelenjar adrenal berfungsi dengan baik agar dapat menghasilkan beberapa hormon dan zat yang mengawal sistem saraf ialah vitamin B5, manakala vitamin B1, vitamin B6 dan vitamin B12 penting untuk mengawal atur seluruh sistem saraf agar berfungsi dengan betul.

# Mencegah Anemia

Bekalan vitamin B6 yang mencukupi dapat mencegah anemia memandangkan vitamin B6 membantu menghasilkan sel darah merah.

# Mencegah kecacatan neural pada bayi dalam kandungan

Asid folik atau vitamin B9 penting sepanjang kehamilan untuk bekalan kepada bayi dalam kandungan. Kekurangan aisd folik boleh menyebabkan kecacatan tiub neural kepada bayi dalam kandungan.

Kekurangan salah satu daripada Vitamin B Kompleks kepada ibu hamil boleh menyebabkan ibu hamil mudah stress, cemas dan depress.

Fungsi lain vitamin B Kompleks termasuklah untuk memberi tenaga kepada mereka yang mengamalkannya, menaikkan berat badan serta membanyakkan susu ibu dan lain -lain fungsi.

Untuk entri kali ini, saya sertakan 5 Testimoni Customer yang berjaya menaikkan berat badan dengan pengambilan Vitamin B Kompleks Shaklee.

#Testimoni 1


#Testimoni 2


#Testimoni 3


 #Testimoni 4


#Testimoni 5


Bimbang dikeji kurus kering lagi? 
Sila dapatkan produk shaklee yang hebat ini! Jangan buang masa lagi, bertindak dengan cepat. Hubungi saya SEKARANG JUGA! Suhailey 012 921 4064.


Sekiranya anda perlukan sebarang maklumat lanjut dan konsultasi berterusan secara PERCUMA sila hubungi saya. Anda BERHAK untuk dapatkan LAYANAN ISTIMEWAKHAS UNTUK CUSTOMER SAYA SAHAJA.

SuhaileyMohdNoor
012 921 4064
COD : Kuantan Kemaman
Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah

No comments:

Post a Comment

Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...