Assalamualaikum wbt
Bicara tentang kambing pulak hari ni, first time hari tu perap kambing untuk aktiviti BBQ sempena gathering kawan-kawan encik suami. Resepi ni kawan satu pejabat yang kongsikan.
Saya abadikan resepi rempah perap daging kambing bakar black pepper dalam blog ini untuk mudah saya rujuk dan juga untuk rujukan Nuraini dan Qamarulhuda di masa akan datang.
So far, encik suami kata sedap je, so saya kongsikan dengan kawan-kawan pulak. Bila dah ada resepi dan memang dah ada yang cuba buat memang menjadi, lagi mudah nak guna jugak resepi ni. Dah terbukti menjadi kan, kira macam testimoni la tu.
kambing bakar (sumber google) - ampun, lupa snap gambar! |
Kawan saya ni, bakar kambing pun suka-suka je, bukan nak jamu tetamu pun. Tapi sebab sedap, saya cuba la resepi tu. Apa pun, resepi ni memang boleh pakai.
Resepi rempah perap daging kambing ni saya kasi nama Rempah Perap Daging Kambing Bakar Black Pepper. Main reason is, resepi ni banyak guna black pepper. Nak cover bau hamis kambing la kot.
Kami borong daging kambing kat pasar borong, dan minta tolong pakcik yang jual tu potong siap-siap ikut saiz biasa untuk bakar.
Sebelum share resepi rempah perap daging kambing bakar black pepper ni, nak kongsikan dulu tips nak cuci daging kambing untuk aktiviti bbq ni. Kredit kepada bapa mertua yang sudi berkongsi tips cuci daging kambing ni.
Daging Kambing Siap Dicuci |
Tips Cuci Daging Kambing :
- Gaul daging kambing dengan gula.
- Basuh daging kambing dengan tepung gandum.
Gaul daging kambing dengan gula tu untuk cepatkan keluarkan darah dari daging kambing tersebut. Biar je 10 minit atau seberapa lama anda suka. Jangan la sampai berjam-jam pulak, bila nak perap kalau macam tu.
Dah settle gaul dengan gula, basuh daging kambing dengan tepung gandum. Ayah cakap, nanti kurang bau hamis.
Ok. Daging kambing dah siap cuci. Jom buat rempah perap daging kambing bakar black pepper pulak.
Resepi rempah perap daging kambing bakar black pepper ni untuk hidangan 2 kg daging kambing.
Bahan-bahan untuk Rempah Perap Daging Kambing Bakar Black Pepper.
- Lada Hitam (segengam)
- Bawang Putih (1 labu)
- Sos Cili
- Sos Tiram
- Minyak
Cara sediakan Rempah Perap Daging Kambing Bakar Black Pepper.
- Ketuk bawang putih.
- Panaskan kuali. Tumis bawang putih.
- Bila dah naik bau, masukkan lada hitam.
- Biarkan sejuk. Tumbuk lada hitam dan bawang putih sehingga lumat.
- Dalam mangkuk lain, campurkan sos cili dan sos tiram
Bawang putih dan lada hitam yang siap ditumis |
Cara perap daging kambing :
- Gaul daging kambing dengan lada hitam dan bawang putih yang dah ditumbuk lumat sehingga sebati.
- Then, gaul dengan sos cili dan sos tiram
- Perap sekurang-kurangnya 30 minit. Lagi lama lagi sedap.
Mudah kan? Siap dah daging kambing diperap untuk acara BBQ. Nak grill pun boleh.
Pada yang berminat nak perap ayam jugak, boleh ikut resepi ni : REMPAH AYAM BBQ
Selamat mencuba dan Terima Kasih kerana membaca.
Memasak Satu Terapi,
suhailey mohd noor
TQ..nampak mudah dan ringkas..saya akan cubs
ReplyDeleteNk cubela mcm best
ReplyDeleteNice akaq. Ni ibu kitew suh kitew masak sbb tuh kena jengah resepi. Harap menjadi. hihi
ReplyDeleteinshaAllah. jangan lupa cuba ye :)
Deletedah cuba=)...memang osem..best..tq ye
ReplyDeleteSuka baca entry ni, sebab kemas dan teratur. Inshaallah malam ni kami sekeluarga akan cuba. Tq kerana sharing. =)
ReplyDeleteTerima kasih sy nk try resepi ni
ReplyDeletebakal di cuba.. tq for ur kind sharing!
ReplyDeletenk cuba juga weekend ni... kebetulan ada beli dgg kambing
ReplyDeleteweekend ni nak cuba... kebetulan baru jer beli dgg kambing dan tgh mencari resepi perap dgg kambing :)
ReplyDeleteDh cuba....mmg sedap....wowwwww
ReplyDeleteGaram x perlu letakkn ke?
ReplyDeletetgh perap, nk mkn utk buke puasa. insyaAllah sodaaapppp !
ReplyDeleteSaya dah cuba... sedap tq for sharing
ReplyDeleteSalam puan, nk tnya part basuh dging kmbing dgn tepung gndum tu mcm mane sbenarnya yea? Bancuh tepung dgn air dlu ke? Sorry sy newbie dlm bab masak memasak ni.
ReplyDeletewslm, just tabur je tepung, macam ada orang guna garam basuh ayam.
ReplyDeleteGaram xyah letak ke?
ReplyDeleteAssalammualaikum... sye dh try resepi ni... memang THE BEST!!!
ReplyDeletesalam puan... anggaran berapa sudu ye tuk sos cili, tiram n minyak tu... thanks
ReplyDeleteSodap la kak oii
ReplyDeleteSalam. Daging perlu direbus ke terlebih dahulu
ReplyDeleteSalam. Daging perlu direbus ke terlebih dahulu
ReplyDeleteTq sis..share resepi..resepi sis simple dan sedp..suami siap puji resepi sis t'baik..
ReplyDeleteOK 🆗
ReplyDeleteTerima Kasih...Memang menjadi
ReplyDeleteterbaik 01132123292 http://raniokambingbakar.blogspot.my
ReplyDeleteNak cubalah..asik tak jadi je buat syok sendiri
ReplyDeletePerapan terbaik. Thanks for the recipe��
ReplyDeleteAri tu aku dah try mmag sedap. Kali ni aku nk try 1 ekor pulok. Tapi tk tau nk bajek nk bubuh bahan dia?
ReplyDeleteT.kasih atas resepi ini. Mudah dan Insyallah sy akan cuba.
ReplyDelete