Wednesday, July 22, 2015

5 Tempat Makan Tengahari Sedap Di Kuantan

Assalamualaikum wbt.

Dah breakfast ke semua?
Cerita bab makan memang saya suka. Dulu saya ni bukan lah peminat makanan sangat, tapi sejak kahwin dengan encik suami, terikut pulak hobi dia yang suka makan tu. 

Pantang ada kedai makan baru bukak, syok je nak cuba. Makan kat umah cerita lain pulak.
Memang suka makan lah kami ni. 


Bagi kami, makanan memang untuk dicuba. hehe
Dapat pulak opismate yang ok jer nak join makan tengahari kat luar. Maklum lah makanan kat kantin hospital ni sihat-sihat belaka.

Bagi mereka yang nak makan tengahari di Kuantan, berikut adalah tempat makan tengahari sedap mengikut citarasa saya.

1. Warung Aja

Warung Aja ni terletak di kawasan Bukit Setongkol. Memang banyak pilihan makanan yang ada di sini. 

Saya pernah buat entri khas tentang warung aja ni tau. WARUNG AJA


2. Restoran Makcik Timah 2

Restoran Makcik Timah 2 ni terletak di Indera Mahkota 8. Landmark terdekat adalah Azam Roaster IM 8 dan Secret Recipe IM 8. 

Seawal pukul 12 tengahari dah penuh orang kat resstoran ni. Memang kena keluar opis awal sikit kalau nak makan kat sini. Pukul 1.30 tengahari tu memang confirm dah nak habis lauk.


Macam-macam menu yang ada kat sini, ada gulai, asam pedas, singgang dan kari. Saya paling suka kari. Memang sedap dan memenuhi citarasa.

Harga pulak, ada yang kata quite pricy. Tapi bukan ke memang semua benda pun dah naik harga. Apa pun, makanan dia memang sedap.


3. Akob Patin House

Masakan ikan patin tempoyak kat sini memang sedap. Ada 3 cawangan akob patin house kat bandar kuantan ni. Walaupun harga agak mahal, tapi memang ramai pengunjung. 

patin buah dan patin sungai (harga berbeza)


Antara menu yang favourite saya di akob patin house adalah daging salai masak lemak, patin masak tempoyak, sambal tempoyak dan keli goreng berlada. Tempe goreng pedas pun sedap.

Lokasi Akob Patin house yang saya suka kunjungi adalah berdekatan dengan Hotel Season View. Parking senang sikit. 

Lokasi lain termasuk benteng (jalan besar) dan berhampiran East Coast Mall, sederet dengan Manjaku.

Akob Patin House ni memang terkenal di Kuantan, kerabat diraja Pahang dan orang kenamaan suka masakan disini.

4. Warung Bay Route

Warung Bay Route ni juga menyediakan makanan pagi. Terletak di atas bukit bay route, restoran ini menyediakan pelbagai lauk untuk santapan tengahari.


Harga makanan kat warung bay route ni tak la mahal sangat. Boleh tahan la. Lauk pun sedap


5. Warung Belakang Pantai Selamat 

Warung ni dah banyak kali pergi, tapi selalu lupa nak tengok nama dia. Tapi disebabkan lokasi warung ni dibelakang pantai selamat yang dekat dengan Taman Gelora, Kuantan, so saya panggil kedai makan ni, Warung Belakang Pantai Selamat. :)

Kedai ni ada jual nasi kukus jugak. Pelbagai pilihan lauk yang ada. Sayur pun banyak pilihan. Cuma, warung ni panas sikit. 


Cukup sampai di sini dulu. Saya akan sambung dalam entri seterusnya. Banyak lagi tempat makan tengahari sedap kat Kuantan ni tau.


6 comments:

  1. huhhuhu... fakta yang menarik... teman memang suka makan...
    mesti dicuba suatu hari nanti...

    ReplyDelete
  2. WARUNG BELAKANG PANTAI SELAMAT TU MAHAL...WARUNG AJA BEST...MAKANAN HOTEL DI WARUNG

    ReplyDelete
    Replies
    1. warung aja tu memang sedap makanan dia.

      Delete
    2. WARUNG AJA MURAHHHH....BELAKANG PANTAI SELAMAT CEKIK DARAH.....

      Delete
  3. Kedai belakang pantai selamat mahal.makanan pon kureng sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi sy warung bakang pantai slamat.. atau kami pangil warung kampung slamat is d best!.. xde la mahal compare restoran yg lauk rasa biasa2 je.. warung ni worth to try. . Ada byk kucing2..tp xde nampak taik kucing.. kami pn slalu bungkus lauk kat sini

      Delete

Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...