Monday, July 27, 2015

5 Cara Tangani Anak Mengamuk. No. 5 Paling Penting

Anak mengamuk? Biasa tu. Tak pelik pun.
Semua ibu bapa pun pernah mengalami situasi ini, terutamanya ketika usia anak mengjangkau usia 1.5 - 3 tahun. Suka benor depa ni mengamuk tau. Letih mak.

Paling parah bila mengamuk guling-guling kat tempat awam seperti pasaraya. Segan pun ada. Tapi, kami tak segan pun. Dah nama pun budak-budak kan. :) Biarin.

Anak mengamuk boleh jadi disebabkan macam-macam perkara dan sebab. Anak-anak kecil ni, bila tak cukup tidur pun mengamuk. Nak tidur pun mengamuk.
tangani anak mengamuk

Kadang kala, bila anak-anak asyik terperap sahaja dirumah, menyebabkan mereka mempunyai banyak tenaga dan menjadi tidak keruan. Sama juga keadaannya bila anak-anak tidak dapat bermain aktif diluar rumah. 

Selain itu, tiada rutin yang tetap juga boleh menyebabkan anak-anak kecil ini mudah mengamuk.

Apabila anak-anak mengamuk, ibu bapa perlu pandai memainkan peranan mereka. Ini penting untuk kelangsungan tabiat mereka apabila mereka meningkat dewasa. Cara kita sebagai ibu bapa dalam menangani anak mengamuk sangat mempengaruhi mereka.

Ibu Rose dalam perkongsian beliau tentang ilmu keibubapaan ada berkongsi tentang cara menangani anak mengamuk supaya perkembangan emosi mereka tidak terjejas. Saya percaya,kita sebagai ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak-anak kita kan. Saya kongsikan di sini untuk panduan kita semua. Kadang kita mudah lupa, kita kan manusia biasa. 

5 Cara Menangani Anak Mengamuk

1. Duduk dan ambil anak tersebut. Ribakan anak dan pegang/peluk dia dari belakang. Boleh jugak sandarkan kepala anak ke dada anda.

anak mengamuk

2. Katakan ( bisik ) yang anda sayang dia dan faham perasaan dia.

3. Boleh bacakan ayat al quran dan A'uzubillah hi minasyaitan nir rajim, supaya syaitan tak ambil kesempatan kepada anak dan kita.

Bagi bukan muslim, boleh bacakan doa anda mengikut agama masing-masing.

4. Tenangkan anak. Ibu pun kena tenang.  Tenangkan dia dengan kasih sayang. Guna kata-kata kasih sayang.

5. Jangan sesekali MARAH dan MENJERIT atau MEMUKULnya kononnya untuk MENDISIPLINKAN dia. 

Jika kita marah, menjerit atau memukul anak, ini hanya akan menjadikan anak tersebut pengecut dan lebih suka memberontak.

Paling penting dalam menangani anak mengamuk adalah, ibu bapa perlu TENANG dan KAWAL DIRI. Itulah kunci untuk tenangkan dan kawal anda yang suka mengamuk.
anak mengamuk

Ibu Rose juga ada berkongsi bahawa anak yang mengamuk itu sebenarnya takut kepada 'monster' dalam dirinya. Oleh itu, memarahi bukanlah jalan yang terbaik. 

Sebenarnya, bila kita bijak menangani anak-anak kecil mengamuk, apabila mereka remaja, dia akan lebih tenang dan mudah mendengar kata.

Memang tak mudah nak tangani situasi anak mengamuk. Memang kena banyak sabar. Semoga Allah swt sentiasa bersama kita. Dianugerahkan sabar yang hebat dan dimudahkan urusan untuk mentarbiyahkan anak-anak syurga kita.

Salam sayang,

suhailey
ummi Nuraini & Qamarulhuda

Ya Allah, bantulah kami mentarbiyahkan anak-anak dan keturunan kami agar sentiasa menghidupkan agama Mu. 

2 comments:

  1. Boleh jadi panduan untuk ibu bapa dan bakal ibu bapa ni..

    ReplyDelete
  2. Thank you for sharing this knowledge and credit it to me. Love. Ibu Rose

    ReplyDelete

Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...