Saturday, November 29, 2014

6 MAKANAN BAKAR LEMAK SUPAYA SAYA CEPAT KURUS

Suka makan banyak tapi nak kurus? 
Suka makan banyak tapi nak cepat bakar lemak?
Suka makan banyak tapi tak nak gemuk boleh?

Memang banyak cara boleh dibuat untuk menurunkan berat badan! 
Ada cara susah, ada cara senang, ada cara yang cepat dan ada juga cara yang lambat sedikit menunjukkan kesan tapi berbaloi. 

Apa pun cara untuk turunkan berat badan, pastikan ia tidak memudaratkan diri tau!
Klik video ni untuk tengok macamana ibu ini turunkan berat badan beliau sebanyak 20 kg!! WOW.


Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! from iReach HD on Vimeo.

Boleh juga cuba amalkan makanan bakar lemak supaya cepat kurus atau sekurang-kurangnya, makan banyak pun berat badan tak naik!
6 makanan bakar lemak

Menurut pakar pemakanan Orlando Magic, Tara Gidus, ada beberapa makanan yang dapat membantu fungsi pembakaran lemak dipanggil termogenik. Makanan termogenik membakar lebih banyak kalori.
Ok, ini sangat menarik!

Apa yang lebih menarik, Penulis buku Weight Loss: The Alternative Medicine Guide menjelaskan, makanan pembakar lemak mempunyai tiga karakter iaitu mengandungi protein, lemak dan serat yang tinggi.

"Makanan ini walaupun mengandungi lemak, ia memerlukan tenaga ketika proses penghadamannya. Ini membuatkan proses pembakaran lemak menjadi lebih cepat," ujarnya.

Berdasarkan kajian mereka juga, terdapat 6 makanan membakar lemak terbaik.
Jom semak, ada tak makanan bakar lemak dalam diet harian kita.

Makanan Bakar Lemak 1 | Cili merah
Ramai tidak tahu cili merah yang berfungsi menambah rasa pedas dalam masakan membantu meningkatkan kemampuan tubuh membakar lemak. Ini kerana kandungan capsaicin di dalam cili meningkatkan metabolisma.
6 Makanan Bakar Lemak
Cili Merah
So, siapa yang rasa dia dikalangan mereka yang mempunyai metabolisma rendah, boleh cuba pastikan cili merah ini sentiasa ada dalam masakan 

Makanan Bakar Lemak 2 | Daging tanpa lemak
Pakar berpendapat, pengambilan daging tanpa lemak untuk makan tengah hari akan membuatkan anda kenyang lebih lama. Ini kerana daging kaya protein sehingga memerlukan banyak tenaga ketika proses penghadaman.

Apabila tubuh memerlukan lebih banyak tenaga untuk pemecahan protein yang terkandung dalam daging, maka tubuh memerlukan lebih banyak kalori untuk membakarnya. Cepat la kurus penggemar daging ni tau.

Makanan Bakar Lemak 3 | Badam
6 Makanan bakar lemak
Badam
Tahukah anda, segenggam badam mengandungi protein, lemak dan serat. Badam memberikan rasa kenyang lebih lama dan membantu membakar lemak tiga kali lebih cepat berbanding kekacang lain.
Paling menarik, badam boleh dimakan begitu sahaja sebagai snack. Tak perlu mengunyah jajan lagi tau!

Makanan Bakar Lemak 4 | Teh hijau
Jurnal Nutrisi Klinikal Amerika melaporkan, minum empat cawan teh hijau setiap hari membuatkan berat badan berkurangan sehingga 6 kilogram dalam tempoh 8 minggu. 
6 Makanan Bakar Lemak
Teh Hijau
Ini kerana kandungan EGCG iaitu sejenis bahan antioksidan di dalam teh hijau menjadikan minuman ini sangat berkesan sebagai bahan pembakar lemak.

Nak baca lebih lanjut berkenaan teh hijau ni, klik TEH HIJAU

Makanan Bakar Lemak 5 | Avokado
Avokado mempunyai nilai kalori yang sangat tinggi, kaya lemak serta tinggi kandungan serat yang membantu membakar banyak lemak. Pengambilan avokado dalam hidangan harian menjadikan pembakaran kalori berlaku setiap hari.
6 Makanan bakar lemak
Avocado
Peminat Avokado pasti sukakan fakta ini. Cepat kurus lah bila dah bakar lemak hari-hari.

Makanan Bakar Lemak 6| Kopi
Sebagai pilihan kepada mereka yang tak minat minum teh. Kopi juga bakar lemak tau.

Kafein juga mampu membuat metabolisme bekerja lebih cepat. Ini kerana kafein dapat melakukan proses pemecahan lemak atau liposis. Satu atau dua cawan kopi setiap hari sudah mencukupi untuk pembakaran kalori anda.

Walaubagaimanapun, kita harus mengambil banyak sayur-sayuran hijau dan buah-buahan kerana kedua-duanya membantu mengurangkan rasa lapar. Kandungan gula semula jadi yang terdapat di dalamnya memberikan rasa kenyang lebih lama.
6 Makanan Bakar Lemak
Kopi
Jangan lupa, bersenam setiap hari selama 10 minit membantu tubuh kekal langsing dan sihat.

Jika anda berminat untuk mencuba vitamin shaklee untuk membakar lemak! Hubungi saya ditalian 012 921 4064. Kurus sambil sihat tau! Pastinya harga juga sangat berpatutan. Order sekarang sebelum berat anda yang tak turun-turun tu naik bertambah banyak! Risau pulak datang penyakit lain.
vitamin bakar lemak
Penghantaran secara COD (cash on delivery) juga disediakan disekitar kawasan Kemaman dan Kuantan.

BERSAMA MEMBANGUNKAN EKONOMI UMMAH

SuhaileyMohdNoor
PengedarShakleeKemaman


Friday, November 28, 2014

JADUAL GAJI KAKITANGAN KERAJAAN TAHUN 2015 | 4 KALI GAJI AWAL

Wah, cepatnya masa berlalu...dah nak masuk disember 2014. Tak lama lagi tahun 2015 akan menjelma.

Sementara Jadual Gaji Kakitangan Kerajaan Tahun 2015 dah keluar ni, marilah sama - sama kita buat perancangan perbelanjaan untuk tahun 2015. Bukan kakitangan kerajaan pun boleh merancang sama, dah boleh jangka bila musim perayaan dari jadual gaji kakitangan kerajaan tahun 2015 ni.

Jom semak tarikh gaji kakitangan kerajaan tahun 2015!
JADUAL GAJI KAKITANGAN KERAJAAN TAHUN 2015
JADUAL GAJI KAKITANGAN KERAJAAN TAHUN 2015
Amacam??
4 kali gaji awal bulan tau, kena rancang betul-betul ni, kalau tak, tak sampai hujung bulan dah kena makan maggi lor.

Eh, tak lupa juga, bayaran bonus kakitangan kerajaan dibayar pada bulan Januari 2015. Sila belanja secara berhemah tau.

Since Hari Raya Aidilfitri jatuh pada bulan Julai 2015, maka kena lah jugak pastikan puasa ramadan 2014 diganti sebelum Jun 2015 ye.

Nak semak Penyata Gaji anda? Klik PENYATA GAJI.

Rasa duit gaji dah tak cukup untuk kehidupan sekarang???
Hubungi saya ditalian 012 921 4064 untuk sama - sama menjana tambahan melalui Shaklee. Tunjuk ajar disediakan dan sekiranya belum cuba, belum tahu lagi hasilnya kan??

Klik DAFTAR AHLI SHAKLEE untuk ketahui dengan lebih lanjut, cara untuk mendaftar sebagai ahli shaklee!


BERSAMA MEMBANGUNKAN EKONOMI UMMAH

suhaileymohdnoor
pengedarshakleekuantankemaman

Wednesday, November 26, 2014

6 KAEDAH BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN | TAK BAIK TAK BAYAR TAU

Haaa..kantoi...tak bayar PTPTN ye???
Aha, ramai je yang tak bayar PTPTN ni, tak pasti pulak kenapa, sepatutnya, dah berhutang tu, kenalah bayar kan???

hehe, mungkin belum dapat kerja atau tak tahu nak bayar pinjaman PTPTN ni kat mana! Kena bersangka baik tau.

Maka, untuk memudahkan kalian semua, di sini saya senaraikan 6 kaedah bayaran balik pinjaman PTPTN untuk panduan semua.

KAEDAH BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN 1 - KAUNTER

Berikut adalah senarai kaunter di agensi / ejen yang menerima bayaran PTPTN. Korang boleh pilih nak bayar kat agensi mana tau. Caj RM1 dikenakan sekiranya kita memilih untuk bayar PTPTN di kaunter bank.
  • IBU PEJABAT PTPTN
  • PEJABAT PTPTN NEGERI DI SELURUH NEGARA
  • ONE STOP CENTER PTPTN, KL SENTRAL DAN PUTRAJAYA
  • URBAN TRANSFORMATION CENTRE (UTC) KUALA LUMPUR DAN PERAK
  • IBU PEJABAT LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (LHDNM)
  • BANK ISLAM
  • CIMB BANK
  • BANK SIMPANAN NASIONAL BANK KERJASAMA RAKYAT
  • POS MALAYSIA BERHAD
KAEDAH BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN 2 - POTONGAN GAJI

Kita pun boleh buat potongan melalui gaji untuk membayar pinjaman PTPTN ni tau! Dapatkan borang permohonan potongan gaji di Portal Rasmi PTPTN. Then, boleh borang permohonan berserta nama dan alamat majikan ke PTPTN. klik portal PTPTN

KAEDAH BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN 3 - PERBANKAN INTERNET

Kaedah ketiga ni paling senang, transfer je duit melalui perbankan internet.
  • CIMB BANK (www.cimbclicks.com.my)
  • MAYBANK (www.maybank2u.com.my)
  • BANK ISLAM (www.bankislam.biz)
  • PUBLIC BANK (www.pbebank.com.my)
  • RHB BANK (www.rhb.com.my)
  • AMBANK (www.ambankgroup.com.my)
  • BANK RAKYAT (www.irakyat.com.my)
  • POS ONLINE (www.posonline.com.my)
  • BANK SIMPANAN NASIONAL (www.mybsn.com.my)

KAEDAH BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN 4 - PORTAL RASMI PTPTN e-FES melalui Financial Processing Exchange (FPX)

Bank yang ada menawarkan khidmat e-FES ni termasuklah
  • BANK ISLAM
  • CIMB BANK
  • PUBLIC BANK
  • MAYBANK
  • HONG LEONG BANK
  • RHB BANK
KAEDAH BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN 5 - PENGELUARAN AKAUN II KWSP

Bagi yang dah pun bekerja dan ada mencarum KWSP, boleh juga membuat pengeluaran akaun II KWSP untuk membayar balik pinjaman PTPTN tersebut. Syarat -syarat pengeluaran akaun II KWSP adalah seperti berikut :

  1. Permohonan daripada penerima biaya :
  • Bagi peringkat pengajian ijazah dan diploma : Perjanjian pembiayaan pendidikan adalah 2 Januari 2001 dan ke atas
     2. Permohonan daripada ibu/bapa penerima biaya :
  • Bagi peringkat pengajian ijazah : Perjanjian pembiayaan pendidikan adalah April 2000 dan ke atas
  • Bagi peringkat pengajian diploma : Perjanjian pembiayaan pendidikan adalah 17 Januari 2006 dan ke atas.
KAEDAH BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN 6 - ELECTRONIC DATA CAPTURE (ECD) TERMINAL 

Boleh guna sebarang kad ATM atau kad debit bank - bank tempatan yang mempunyai logo MEPS untuk membuat bayaran pinjaman PTPTN ini.

So, kita ada 6 kaedah untuk membuat bayaran balik pinjaman PTPTN seperti yang dinyatakan di atas. Tak ada alasan lagi untuk kita tidak membuat bayaran pinjaman PTPTN ni tau. Generasi akan datang pun ingin menikmati pinjaman yang sama juga tau. 

Eh, nak tahu macamana saya membuat kerja sampingan untuk membayar pinjaman PTPTN tanpa menggunakan duit gaji? Jom buat kerja mudah ini. 
Hubungi saya ditalian 012 921 4064 untuk menjana pendapatan bersama Shaklee. Extra income untuk membayar PTPTN tau ;)

Klik DAFTAR SHAKLEE untuk mendaftar sebagai ahli shaklee. Jangan bimbang kerana tunjuk ajar disediakan. Personal and group coaching tau.

BERSAMA MEMBANGUNKAN EKONOMI UMMAH

SuhaileyMohdNoor
PengedarShakleeKuantanKemaman

Monday, November 24, 2014

In The Middle of Difficulties Lies Opportunity

Assalamualaikum wbt and morning dearies^^^

Sudahkah anda bersyukur pada pagi ini?
In whatever mood you are this morning... just remember,

motivasi

Lailahailla anta, subhanaka inni kuntumminna zho limin.

MotivationKeepMeWakeUp
SuhaileyMohdNoor

Wednesday, November 19, 2014

10 BARANG BAYI IBU HAMIL WAJIB BAWA SEBELUM KE BILIK BERSALIN | NO 7 TU TAKDE PUN OK JE

Alhamdulillah, dah nak sampai due bersalin ye...

Dah buat persediaan barang bayi nak bawa ke hospital? Mesti excited nak sambut bayi baru kan! 
Dah beli semua barang bayi ke? Biasanya, terlebih-lebih ibu bapa membeli ni, terutama yang baru nak bersalin anak pertama. Perasaan excited tu memang terlebih sangat, kalau boleh, semua pun nak beli..hehe

Dah banyak sangat barang yang dibeli tu, keliru pulak kan nak bawa yang mana ke hospital untuk bersalin nanti. Ada yang perlu dibawa, ada yang tak perlu pun lagi. Takkan la nak bawa satu pergi hospital kan?? hehe
10 BARANG BAYI IBU HAMIL WAJIB BAWA SEBELUM KE BILIK BERSALIN
BARANG BAYI
So, di sini saya senaraikan barang bayi yang ibu hamil wajib bawa sebelum ke bilik bersalin untuk dijadikan panduan terutamanya buat first time mother dan juga ibu - ibu lain yang mungkin dah lupa nak bawa barang bayi yang mana ke hospital sebelum bersalin.   

Dah alang- alang saya pun memang buat persiapan ni, so saya kongsikan dengan kalian semua ;)

1. Pampers
Pampers size newborn tau. Tak perlu banyak pun, 10 keping pun dah cukup.
10 BARANG BAYI IBU HAMIL WAJIB BAWA SEBELUM KE BILIK BERSALIN
PAMPERS PET PET SIZE NEWBORN
2. Baju bayi
2 pasang baju lengan panjang dan 2 pasang baju lengan pendek dah cukup. Just prepare both baju, lagipun kita tak tahu kan kita bersalin pukul berapa. Kalau bersalin tengahari, boleh pakaikan baju lengan pendek, kalau bersalin malam, boleh pakai baju lengan panjang.
10 BARANG BAYI IBU HAMIL WAJIB BAWA SEBELUM KE BILIK BERSALIN
BAJU BAYI
Bagi saya kan, tak perlu bawa banyak sangat baju, sebab tak plan nak stay lama kat hospital pun. Kalau boleh, nak terus discaj dan sambung berpantang kat rumah. Harap semuanya berjalan dengan lancar.

3. Mitten and botties
Sarung tangan dan sarung kaki ni sangat penting tau, kesian kat bayi kalau takde sarung tangan dan sarung kaki ni. Boleh siapkan 2 atau 3 set sarung tangan dan kaki ni. 

4. Tuala
10 BARANG BAYI IBU HAMIL WAJIB BAWA SEBELUM KE BILIK BERSALIN
TUALA
5. Selimut
Selimut recycle Nuraini punya je. Baru sangat dan banyak pulak tu koleksi Nuraini ;)

6. Tisu basah
Kali ni bawak tisu basah saiz kecik je. Kalau ade yang saiz besar pun boleh juga.
10 BARANG BAYI IBU HAMIL WAJIB BAWA SEBELUM KE BILIK BERSALIN
TISU BASAH
7. Bantal
10 BARANG BAYI IBU HAMIL WAJIB BAWA SEBELUM KE BILIK BERSALIN
BANTAL
Tak kritikal sangat untuk bawa bantal bayi ni, kalau kita terlupa pun ok je sebab ada kain tuala yang boleh kita jadikan bantal. Kain lampin pun boleh buat alas kepala bayi. So, tak perlu risau jika tertinggal bantal bayi ni tau.
Bantal ini dibeli atas persetujuan Nuraini untuk adik dia. Layankan sahaja ;)

8. Kain bedung
Saya memang suka bedung bayi walaupun bayi-bayi zaman sekarang ni tak suka dibedung. hehe.
Kain bedung saya plan nak bawa 2 helai. 
10 BARANG BAYI IBU HAMIL WAJIB BAWA SEBELUM KE BILIK BERSALIN
KAIN BEDUNG
9. Barut
Barut bayi boleh bawa 2-4 helai. Barut ni kecik je, so boleh bawa banyak. 
BARUT DAN KAIN LAMPIN
10. Mandian bayi
Bawak je set mandian bayi yang kecil tu. Tak nak stay lama pun kat hospital kan??

Yeay.. dah siap dah persiapan barangan bayi yang perlu saya bawa ke hospital untuk bersalin. 
Next entri, saya share pulak persiapan barangan ibu nak bersalin perlu bawa ke hospital pula. 
Tunggu!!

Selamat bersalin ye ibu - ibu sekalian. Semoga dipermudahkan.

Jika ibu - ibu sekalian ingin berpantang dengan SET BERPANTANG SHAKLEE boleh hubungi saya di talian 012 921 4064.

Takkan tak nak badan sihat dan cergas untuk jaga anak tercinta kan?

Pengedar Shaklee Kemaman
Suhailey Mohd Noor

Tuesday, November 18, 2014

5 TIPS MUDAH BALIKKAN KEDUDUKAN BAYI SONGSANG UNTUK ELAK LUKA PEMBEDAHAN 7 LAPIS | TIPS NO 4 PALING MUDAH

Bayi songsang memang merisaukan...
Ibu hamil kalau boleh, memang tak nak bayi songsang. Bukan apa,takut kena lahirkan anak secara pembedahan. Tak nak luka pembedahan 7 lapis lor!

Ramai yang cakap, kalau bersalin secara pembedahan  sebab bayi songsang ni, susah nak jaga masa berpantang. Batuk pun kena hati-hati. Saya tak pernah ada pengalaman bersalin secara pembedahan ni, jadi saya pun tak tahu sangat sejauh mana kesusahan atau keremehan nak jaga luka pembedahan semasa pantang tu. 
TIPS MUDAH BALIKKAN BAYI SONGSANG UNTUK ELAK LUKA PEMBEDAHAN 7 LAPIS
KEDUDUKAN BAYI DALAM KANDUNGAN
Adik beradik dan saudara mara terdekat pun tiada pengalaman tersebut. Agak menakutkan jugak pembedahan ni since abdomen ada 7 lapisan kan.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa tips mudah balikkan kedudukan bayi songsang yang boleh ibu hamil amalkan untuk memperbetulkan kedudukan bayi songsang tersebut. Ramai yang dah cuba, inshaAllah berjaya.

Di sini saya senaraikan 5 tips mudah balikkan kedudukan bayi songsang.

Tips Mudah Balikkan Kedudukan Bayi Songsang 1 | SOLAT HAJAT 
Amalkan solat hajat setiap malam untuk memudahkan bayi songsang kembali kepada kedudukan yang betul untuk elak luka bersalin secara pembedahan. Solat  hajat bagus dilakukan sepanjang hamil untuk memudahkan proses kehamilan dan bersalin.

Tips Mudah Balikkan Kedudukan Bayi Songsang 2 | DOA
TIPS MUDAH BALIKKAN KEDUDUKAN BAYI SONGSANG
DOA BAYI SONGSANG
Amalkan Doa membalikkan bayi yang songsang dalam kandungan setiap hari. Ingat je baca tau! InshaAllah dengan mengamalkan doa ini, kedudukan bayi songsang kembali kepada keadaan asal.

Tips Mudah Balikkan Kedudukan Bayi Songsang 3 | MINUM AIR SOLAT HAJAT

Lebih afdal sekiranya air solat hajat untuk membalikkan kedudukan bayi songsang tersebut dibuat oleh ibu bapa sendiri. Amalkan setiap hari sehingga kedudukan bayi songsang kembali normal.

Tips Mudah Balikkan Kedudukan Bayi Songsang 4 | BERCAKAP DENGAN BAYI DALAM KANDUNGAN

Tips ke 4 ni paling mudah, sentiasalah bercakap dengan bayi dalam kandungan. Minta tolong bayi dalam kandungan untuk membalikkan kedudukan beliau ke kedudukan normal. Sebolehnya lakukan setiap hari apabila ada masa^^^

Tips Mudah Balikkan Kedudukan Bayi Songsang 5 | BANYAKKAN BERADA DI DALAM KEADAAN BERSUJUD

Mengikut kajian, bayi dalam kandungan tidak suka berada di posisi ibu mereka bersujud sekiranya bayi berada berada dalam keadaan songsang. Mereka akan cuba untuk berpusing dan kembali kepada kedudukan normal. Maka, ibu perlulah banyak berada di posisi bersujud untuk membantu membalikkan kedudukan bayi songsang. Lamakan posisi bersujud ketika solat. 
5 TIPS MUDAH BALIKKAN KEDUDUKAN BAYI SONGSANG UNTUK ELAK LUKA PEMBEDAHAN 7 LAPIS | TIPS NO 4 PALING MUDAH
POSISI SUJUD
Alhamdulillah, dari pengalaman sendiri, selepas mengamalkan kelima-lima tips mudah balikkan kedudukan bayi songsang ni, bayi saya kembali ke kedudukan normal ketika usia bayi dalam kandungan 36 minggu. 

Kepada ibu - ibu mengalami masalah kedudukan bayi songsang, boleh amalkan 5 tips di atas. Dengan izin Allah, kedudukan bayi songsang kembali normal.

Sekiranya ibu memerlukan SET BERPANTANG SHAKLEE, boleh hubungi saya ditalian 012 921 4064. Penghantaran PERCUMA diuruskan di sekitar KEMAMAN. 

 
BERSAMA MEMBANGUNKAN EKONOMI UMMAH

suhaileymohdnoor
012 921 4064


Monday, November 17, 2014

DONT QUIT

Assalamualaikum and very good morning^^^


No matter how hard it is...dont quit!
Stay positive and remember Allah swt always.

When There is A Will...There Is  A Way...

MotivationKeepMeWakeUp
SuhaileyMohdnoor

Sunday, November 16, 2014

KEK COKLAT SEDAP

Hujan, hujan ni, syok layan kek coklat ni tau...
Lagi puas hati bila kek coklat tu homemade, buat sendiri.

Bukan susah sangat sekarang ni, nak buat kek coklat yang sedap, google je resepi kat internet, confirm jumpa! Tapi, nak cari yang betul-betul kena dengan taste kita, kena la cuba dulu resepi-resepi tersebut dan ubah ikut selera kita.
KEK COKLAT SEDAP
KEK COKLAT SEDAP
Resepi kek coklat sedap kita hari ni adalah seperti berikut ;

Bahan A (1 cawan each)
Air
Minyak Masak
Susu segar
Gula
Serbuk Koko
KEK COKLAT SEDAP
SERBUK KOKO
Bahan lain
Telur 2 biji
Tepung 1 cawan
Soda bikarbonat 1/2 sudu teh
Baking powder 1/2 sudu teh

Topping
Coklat masakan
Butter
Whipping Cream

Masak bahan A pada api sederhana. Agak-agak semua gula dah larut dalam air, masukkan telur yang sudah dipukul asing. Masak sekali dengan bahan A tadi.
masukkan Tepung, soda bikarbonat dan baking powder.
Kukus.
KEK COKLAT SEDAP
KUKUS
Biasanya kukus mengambil masa dalam 20-30 minit sahaja.
Siap!

Mudah sangat kan? Cepat pulak tu!
Apalagi kawan-kawan, sila cuba ye...

Mudah, cepat dan sedap!

#bakingdengansikecilmemangmeriah

SuhaileyMohdNoor

Friday, November 14, 2014

FLOWER GIRL BERAKSI | SAYA SUKA MAKE UP

Orang kata, dimana tumpahnya kuah kalau bukan kat nasi kan?? 
Same goes to perlakuan anak or minat they all ni, kalau ibu pandai memasak, pasti ada salah seorang anak yang pandai memasak jugak!

Berlainan pulak dengan anak dara yang sorang ni, suka benar dengan make up! Ummi nuraini ni memang tak minat make up pun. setakat nak bercompact powder tu boleh lah.

18 Oktober 2014 yang lepas, cousin kami melangsungkan perkahwinan, seronok betul Nuraini sebab dapat jadi flower girl. Suka sangat dia bab-bab melawa dan interframe ni!

Jom layan gambar flower girl sepanjang majlis berlangsung! Layan...
Flower Girl
Make up
Flower Girl
Last Touch Up
Tak bergerak Nuraini, full cooperation lah dia bagi. Dah minat kan!
Flower Girl
Bergambar dengan pengantin
Sebenarnya, ada 6 flower girls, at last tinggal Nuraini dan kak Dila je, yang lain ntah kemana dah. Budak-budak kan, mana nak tahan stay kat satu tempat..nak pose bagai, of course they all nak main-main. Unless, memang minat berposing macam Nuraini dan Kak Dila ni^^^
Flower Girl
Buat Muka pulak
Jom layan gambar Nuraini buat muka pulak...suka hati dia je tau^^^
Malu la tu..konon la
FLOWER GIRL
Bulatkan mata anda
flower girl
Konon HANTU la tu
flower girl
Nuraini & Abi
sekian, laporan flower girl beraksi di majlis perkahwinan makcik dia. Suka sangat jadi princess! Dah settle majlis tu, Nuraini pergi swimming pulak! 
Ummi dan Abi layan saja lah..

xoxo
ummiNuraini

Thursday, November 13, 2014

SUAMI BOSAN SEBAB ISTERI ASYIK SAKIT PINGGANG | MEMANG TAK PATUT

Suami bosan sebab isteri asyik sakit pinggang!

Nak salahkan isteri ke, nak salahkan suami ni??
mmm...kalau ikutkan emosi kewanitaan, memang rasa nak salahkan suami! Tapi....isteri pun ada salahnya juga!

To be fair, both suami isteri perlu bertanggungjawab! Masing-masing perlu memainkan peranan masing - masing untuk atasi isu suami bosan sebab isteri selalu sakit pinggang ni! Sakit pinggang ni memang masalah yang biasa dialami oleh isteri tetapi ramai yang tak sedar betapa isteri sakit pinggang memberi kesan yang besar kepada institusi kekeluargaan!
SUAMI BOSAN ISTERI ASYIK SAKIT PINGGANG
Dah biasa sangat isteri mengadu sakit pinggang ni kat suami, tapi apa suami buat? 
Ada ke tolong urutkan pinggang isteri tu? Ada ke suami ambil inisiatif tolong belikan ubat untuk kurangkan sakit pinggang isteri tu?

Ada ke suami tu fikir dan cari punca, kenapa lah isteri aku ni asyik sakit pinggang je? Isteri orang lain takde pulak aku dengar asyik mengadu je...then mula la si suami bosan especially bila nak bersama, isteri asyik tolak sebab tak larat, sakit pinggang!
suami bosan sebab isteri asyik sakit pinggang
sakit pinggang
Isteri pulak, dah tahu sakit pinggang tu, tak reti - reti ke nak cari penawar? 
Mintak duit dengan suami nak berubat ke? Mintak tolong suami bawa pergi spa untuk mengurut ke? Mintak tolong suami pulak dukung anak, sakit pinggang tau duk dukung anak je memanjang, kerja rumah pun nak kena settle jugak ni. 

Suami ni kan. kadang-kadang memang sangat blur, jika tak suruh, memang dia dengar je lah..kesudahnya, sakit pinggang tak hilang, suami pulak bosan sebab isteri asyik sakit pinggang!

Nampak remeh je sakit pinggang ni kan?

Tahukah kita, sebenarnya....
Isteri sakit pinggang ni bukan setakat memberi kesan kepada hubungan seksual ye para isteri sekalian, kerja rumah pun terbengkalai, anak tak terjaga, masak pun tidak, suami pun naik bosan nak balik rumah tau. Akhirnya, rumahtangga berantakan

Maka, sebelum terlambat, marilah kita sama - sama mencari penyelesaian kepada isu ini. Isu ini sangat penting kerana sakit pinggang adalah perkara biasa yang dihadapi oleh para isteri!

Tahukah anda, kajian menunjukkan semua orang pernah sakit pinggang sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Dianggarkan 80% orang pernah mengalami sakit pinggang yang menyebabkan kerja dan aktiviti harian terganggu. 

Semua orang pun tak nak menghadapi kesan buruk hasil daripada isteri sakit pinggang ni kan? 

Baik! Kita cuba cari penyelesaian kepada isu isteri sakit pinggang ini. Berikut adalah beberapa tips yang kita boleh aplikasikan untuk mengurangkan sakit pinggang dan seterusnya buat suami senyum lega! hehe

Tips 1 | Bahagi Kerja Rumah
Salah satu punca isteri asyik sakit  pinggang adalah kerana hanya isteri sahaja yang membuat kerja rumah. so, untuk kurangkan sakit pinggang isteri ini, apakata, semua kerja rumah dibahagikan antara suami isteri supaya beban yang ditanggung oleh isteri berkurang terutamanya kepada isteri yang juga berkerja.
suami bosan sebab isteri asyik sakit pinggang

Tips 2 | Amalkan senaman seperti yoga atau berurut
Senaman seperti yoga boleh mengurangkan sakit pinggang isteri. Amalan berurut setiap 2 bulan sekali sangat membantu mengurangkan sakit pinggang isteri. Suami juga  boleh mengamalkan berurut ni tau.

Tips 3 | Amalkan vitamin yang boleh kurangkan sakit pinggang
Banyak vitamin dipasaran yang membantu mengurangkan sakit pinggang. Vitamin pilihan saya sudah tentu vitamin shaklee. Kenapa saya suka vitamin shaklee ni? 


Tips 4 | Bawa stroller apabila keluar membeli belah atau jalan - jalan
Salah satu punca sakit pinggang adalah menanggung beban yang berat. Maka, untuk mengurangkan sakit pinggang isteri, bawa stroller apabila keluar membeli belah atau jalan-jalan untuk mengurangkan kekerapan isteri mendukung anak buat masa yang lama.
suami bosan sebab isteri asyik sakit pinggang

Tips 5 | Latih anak untuk lebih berdikari dan kurangkan aktiviti mendukung anak 
Tips ke 5 ini sesuai untuk anak yang asyik nak berdukung walaupun dah pandai jalan sendiri. Latih mereka untuk berdikari (berjalan sendiri) dan kurangkan dukung mereka.

Suami isteri, amalkan tips diatas untuk membantu menyelesaikan masalah suami bosan sebab isteri asyik sakit pinggang ye!

Sekiranya nak cuba vitamin shaklee untuk kurangkan sakit pinggang, hubungi saya ditalian 012 921 4064.

Takkan nak tunggu suami bosan baru nak jaga kesihatan kan??

Sihat Untuk Menjalankan Ibadah Dengan Lebih Cemerlang!

SuhaileyMohdNoor
PengedarShakleeKuantan
PengedarShakleeKemaman

Wednesday, November 12, 2014

5 TIPS LEGAKAN CIRIT BIRIT SEMASA HAMIL | TIPS No 3 PALING SELAMAT

Kena cirit birit ni memang haru, boleh jadi lembik macam kain buruk!

Cirit birit masa hamil lagi la haru, bukan sebarang ubat boleh ambil, risau baby dalam kandungan lagi, takut jugak dehydrated (terhidrasi). Maklumlah dah membuang banyak kali.

Bila cirit birit, nak makan pun fikir banyak kali. Risau kena masuk toilet lagi. Penat woo.
Saya ni dah hamil 37 minggu, dan dah kena cirit birit masuk 4 hari, hari ketiga paling teruk sebab cirit birit sampai petang! 
5 TIPS LEGAKAN CIRIT BIRIT SEMASA HAMIL
Ibu Hamil Cirit Birit

Nak makan ubat, risau kat baby, nak makan apa - apa pun terpaksa memilih! Penat la ulang alik masuk toilet, kalau boleh nak tidur je.

Nasib baik la kat opis, saya share toilet dengan 5 orang staf lain je, dan toilet pun ada 2. Nak buat macamana kan, ibu hamil terpaksa la bertahan. 

Walaubagaimanapun, saya ada tips untuk legakan cirit birit semasa hamil. Masih bertenaga walaupun cirit birit tau!

Nak tahu tips untuk legakan cirit birit semasa hamil? 

Tips 1 | Minum banyak Air Masak

Minum air banyak ni untuk menggantikan air yang dah banyak hilang daripada badan akibat daripada ulang alik ke toilet tu. Jugak termasuk, peluh yang berbakul-bakul semasa cirit birit. 

Sebaiknya air yang dimasak dirumah. Jangan minum air masak kat kedai makan pulak. Kita pun tak tahu tahap kebersihan kedai tersebut tersebut. Mungkin juga air tersebut tak dimasak sebaiknya. Tak pasal - pasal pulak makin menjadi - jadi cirit birit kita tu.

Tips 2 | Minum Teh Pekat

Minum teh pekat ini memang terbukti berkesan. Petua orang dulu - dulu jugak ni, memang menjadi. Tak percaya?? Boleh cuba sekarang, walaupun tak cirit birit lagi. 
5 TIPS LEGAKAN CIRIT BIRIT SEMASA HAMIL
TEH PEKAT
Kenapa?? 
Teh pekat ni boleh buat kita sembelit! Sebab tu bila cirit birit, kena ambil teh pekat ni, jadi kurang cirit birit kita tu.

Tapi..tapi...tapi..untuk ibu hamil, teh pekat adalah kurang sesuai kerana boleh mengganggu penyerapan zat besi dan sumber vitamin lain seperti protien. Yang penting, zat besi tu la, nanti kan Hb rendah pulak kan, dah la badan pun lembik ni.

No harm nak cuba, tapi dinasihatkan jangan minum teh pekat ni kerap sangat tau!


Tips 3 | Minum air Isotonik/Garam

Sure pernah dengar tentang air garam kan? minuman isotonik tak pun ORS? Lebih kurang la tuh. 100 plus pun boleh. 

Tujuan utama untuk kembalikan tenaga yang hilang. Walaupun cirit birit, masih bertenaga dan tak perlu cuti sakit pun!

Pengalaman sendiri yang tengah cirit birit dikala hamil 37 minggu ni, saya ambil Performance Drink Shaklee. Untuk gantikan elektrolit dalam badan saya yang banyak dah hilang tu dan juga pemberi tenaga kepada saya. 
5 Tips legakan cirit birit semasa hamil
Performance Drink

Performance drink ni lebih kurang macam 100 plus, tapi tiada gas. Itu yang membuatkan ia menjadi pilihan saya. Kurang gula lagi tu. Lagipun, time hamil, memang kita kena elakkan minuman yang bergas kan!

Nak suruh ambil ORS tu memang kena fikir banyak kali lor. Tak boleh masuk tekak la. Lagipun saya memang yakin dengan produk vitamin shaklee ni.Kenapa saya begitu yakin?


Tips 4 | Berhenti Makan Buah

Kenapa kena berhenti makan buah
Buah - buahan kan kaya dengan serat! Dah banyak serat tu nanti, menjadi - jadi pulak cirit - birit kita tu. Buat sementara waktu, berhenti dulu makan buah - buahan. 

Maklumlah, semasa hamil, ibu- ibu hamil memang gemar makan buah. Kulit anak pun cantik kan! Membuang pun lawas. Tak lupa juga ada sesetengah buah boleh tingkatkan Hb semasa hamil tau.

Boleh baca entri ni 7 MAKANAN NAIKKAN HB IBU HAMIL

Tips 5 | Berhenti Minum Ais

Cuaca panas ni, memang nikmat betul minum ais. Terutama untuk ibu hamil, time hamil, memang badan rasa sedikit panas. Memang nikmat betul dapat minum ais kan.

Tapi, bila dah cirit birit tu, kita kena la berhenti minum ais ye! Ais ni boleh membuatkan cirit birit kita lebih parah kerana ais tu selalunya diperbuat daripada air paip yang tidak dimasak!

Bertahan sekejap ye ibu hamil yang cirit birit! Dah baik cirit birit tu, minum la ais sepuas hati. Dah bersalin nanti kena pantang ais setahun pulak! hihi

So, 5 tips legakan cirit birit semasa hamil dah pun saya kupas dan diharap kita semua mendapat manfaat daripada entri ini. Lain orang lain kesannya kan? Tapi, tak salah untuk mencuba tau!

Sekiranya anda berminat untuk mencuba Performance Drink Shaklee, boleh hubungi saya ditalian 012 921 4064 atau email at sueymn@yahoo.com ok.

Sihat Untuk Ibadah Yang Lebih Cemerlang

SuhaileyMohdNoor
PengedarShakleeKuantan
PengedarShakleeKemaman
012 921 4064



Tuesday, November 11, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SENTUL

Hai orang Sentul!!

Anda sedang mencari wakil Pengedar Shaklee Sentul ke?
Saya ada Pengedar Shaklee Sentul yang boleh bantu anda tau.

Berminat untuk memiliki vitamin shaklee secara COD (cash on delivery) disekitar Sentul?
Anda boleh hubungi wakil Pengedar Shaklee Sentul.

Berminat untuk mendaftar sebagai ahli shaklee untuk penjimatan yang lumayan?
Anda juga boleh hubungi Pengedar Shaklee Sentul ini.

Nak makan vitamin shaklee tapi tak tahu nak mulakan dengan vitamin apa?
Memang tepat anda hubungi Pengedar Shaklee Sentul ini.

Pengedar Shaklee Sentul yang dimaksudkan adalah Pn Noorhidayah Razali. Beliau merupakan pemegang ID Shaklee bernombor 909896 dan beliau sedia membantu anda.
Pengedar Shaklee Sentul
Pengedar Shaklee Sentul
Pn Noorhidayah boleh dihubungi ditalian 013 342 2300 atau FB Noorhidayah Razali.

Kelebihan apabila anda membeli vitamin shaklee dengan Pn Noorhidayah adalah, urusan penghantaran vitamin shaklee disekitar sentul adalah PERCUMA. Khidmat nasihat cadangan vitamin shaklee yang sesuai dan cara pemakanan vitamin shaklee yang betul juga diberikan secara PERCUMA.

Sekiranya anda ingin menghadiahkan vitamin shaklee kepada ahli keluarga yang berada di luar kawasan sentul, Pn Noor boleh membantu anda menguruskan penghantaran vitamin shaklee melalui POSLAJU pada kos yang ditetapkan. 

Menarik bukan? Tak perlu anda bersusah payah untuk ke courier service lagi!

Hubungi Pengedar Shaklee Sentul anda sekarang!

Monday, November 10, 2014

DO WHAT YOU LOVE

Assalamualaikum dan selamat pagi semua^^^

HAPPY MONDAY...
dont stress...
IT IS A NEW DAY & IT'S GREAT ANYWAY...
just enjoy the day...

MotivationKeepMeWakeUp
suhaileymohdnoor

Saturday, November 8, 2014

PENGEDAR SHAKLEE CHUKAI KEMAMAN

Pengedar Shaklee Chukai, Kemaman???

Oh, anda mencari Pengedar Shaklee Chukai, Kemaman ye? 
Anda sedang membaca entri yang tepat kerana di sini saya akan senaraikan nama dan nombor telefon Pengedar Shaklee Chukai, Kemaman.

Bagi yang terputus stok vitamin shaklee dan ingin mendapatkan vitamin shaklee dengan segera, boleh hubungi Pengedar Shaklee Chukai, Kemaman ini. 
Pengedar Shaklee Chukai, Kemaman
vitamin shaklee
Bukan itu sahaja, bagi yang berminat untuk mencuba vitamin shaklee, pun boleh hubungi Pengedar Shaklee Chukai, Kemaman. Nyatakan masalah kesihatan yang anda ingin selesaikan, dan Pengedar Shaklee Chukai, Kemaman akan cuba yang terbaik untuk mencadangkan vitamin shaklee yang sesuai untuk membantu menyelesaikan masalah kesihatan anda.

Berikut adalah senarai nama Pengedar Shaklee Chukai, Kemaman berserta nombor telefon.

Suhailey Mohd Noor
012 921 4064
FB | suhaileymohdnoor
Website | http://ummunuraini.blogspot.com

Khamsah Bakar
012 963 7843
FB | Khamsah Bakar

Norasikin Ismail
019 932 4000
FB | Nora'sikin Ismail

Norida Abdul Ghani
014 848 4023
FB | Norida Abdul Ghani 

Dah dapat senarai nama dan nombor telefon Pengedar Shaklee Chukai, Kemaman kan, maka boleh la mula menghubungi mereka untuk mendapatkan vitamin shaklee dan juga konsultasi pengambilan vitamin shaklee yang betul.
Cara makan vitamin shaklee pun turut disediakan dengan PERCUMA.

Oh berkenaan penghantaran vitamin shaklee di sekitar Chukai, Kemaman, kos penghantaran vitamin shaklee adalah PERCUMA. 

Sekiranya anda berhajat untuk menghantar vitamin shaklee kepada ahli keluarga yang berada diluar Kemaman??? 
JANGAN BIMBANG! 
Pengedar Shaklee Chukai, Kemaman akan menguruskan penghantaran vitamin shaklee menggunakan perkhidmatan POSLAJU.

Mudah bukan? Selamat menghubungi Pengedar Shaklee Chukai, Kemaman anda!

Sihat Untuk Ibadah Yang Lebih Cemerlang

SuhaileyMohdNoor
Id 886589

Friday, November 7, 2014

PENGASUH LARI KERANA ANAK KERAP SAKIT

Anak anda kerap sakit?
Ada orang kata, isu ini perkara biasa, terutama untuk kanak - kanak yang dihantar ke pusat jagaan kanak - kanak!
Anda setuju ke?
Memang tak boleh elak ke anak - anak kita kerap sakit terutamanya demam, batuk dan selsema ini?

Kalau anak kerap sakit sangat, pengasuh pun tak nak jaga tau. Bosan asyik sebarkan virus kepada anak - anak yang lain. Ibu bapa lain pun naik angin.
PENGASUH LARI ANAK KERAP SAKIT
PENGASUH LARI
Bagi saya, pasti ada cara untuk elakkan anak - anak kita kerap sakit dijangkiti demam, batuk dan selsema. Memang serius perkara ni, bukan boleh buat main-main. Bila anak kerap sakit, bukan sahaja emosi ibu bapa boleh terjejas tau, emosi pengasuh pun terganggu. 

Untuk ibu bapa, of course la tidur tak cukup, jaga anak sepanjang malam, hati risau lagi, esok nak kerja, siapa nak jaga anak. Tak sampai hati pulak nak hantar anak ke taska. Tapi kalau asyik cuti je, lama - lama prestasi pun merosot. Kena pecat la jawabnya!

Bagi pengasuh pulak, bila dah anak kita kerap sakit, susah juga untuk mereka sebenarnya. Memang betul, dah tugas pengasuh untuk menjaga anak kita, tapi jangan lupa, anak orang lain pun pengasuh jaga jugak tau. Bayangkan anak yang kerap sakit tu macam demam, batuk dan selsema, asyik jangkitkan anak orang lain pulak, agak - agak la kan, terjejas tak pendapatan pengasuh tersebut. 

Saya sendiri pun tak nak hantar kat pengasuh tersebut bila ada anak orang lain asyik jangkitkan anak saya je. Anda rasa, nak ke pengasuh jaga anak kita bila kerap sangat demam, batuk dan selsema ni?

Memang nampak demam, batuk dan selsema tu macam masalah biasa tetapi ada cara yang boleh kita elakkan daripada anak kita kerap jatuh sakit. 
Tak kesian ke kat anak - anak kita
Mereka sudah pasti nak bermain seperti kawan-kawan yang lain kan? 
PENGASUH LARI ANAK KERAP SAKIT
ANAK KERAP SAKIT
Sebagai ibu bapa, wajib untuk kita menjaga kesihatan anak kita ditahap optimum. Bila anak tak kerap sakit, memang salah satu punca ketenangan ibu bapa jugak tu. Pengasuh pun tak susah hati.

Tahniah kepada ibu bapa yang memang menitikberatkan soal kesihatan anak anda. Saya yakin, ibu bapa ini pasti sentiasa memastikan pemakanan sihat untuk anak-anak mereka, persekitaran yang bersih dan juga memberikan makanan tambahan seperti vitamin kepada anak-anak mereka.

Apabila anak - anak cukup nutrisi dan vitamin yang diperlukan, inshaAllah anak -anak kita mempunyai tahap kesihatan yang baik dan tahap imuniti yang tinggi. Apabila tahap imuniti badan meningkat, susah untuk anak - anak mendapat jangkitan penyakit. Hati kita pun senang, tengok anak - anak ceria dan gembira.

Jom kita sama - sama menjaga kesihatan anak - anak kita untuk kesejahteraan semua. Anak - anak tak kerap sakit, pengasuh pun tak lari^^^



Sihat Untuk Beribadah Dengan Lebih Cemerlang

SuhaileyMohdNoor
PengedarShakleeKuantan
PengedarShakleeKemaman

Thursday, November 6, 2014

ASID LEMAK OMEGA 3 BAHAYA KEPADA WANITA?

Asid lemak omega 3?
Macam pernah dengar je perkataan 'asid lemak omega 3' ni, tapi kat mana eh?

Kalau anda pernah tengok iklan Anlene, iklan minyak ikan, iklan susu kat televisyen atau iklan omega guard shaklee, pasti anda pernah dengar pasal asid lemak omega 3 nih! Haaa..dah ingat dah kan kat mana anda biasa dengar pasal asid lemak omega 3 ni.^^^

Anda ada ambik produk yang mengandungi asid lemak omega 3 ni tak? 
Persoalannya sekarang, betul ke asid lemak omega 3 ini bahaya kepada wanita? Bahaya ke?
Nak tahu tak???

Ok, berdasarkan hasil pembelajaran dan kutipan ilmu dari bengkel nutrisi yang dah saya hadiri selama 2 tahun berturut-turut dan juga hasil pembacaan saya samada dari jurnal, internet dan juga bilik kuliah. Saya kongsi di sini tentang asid lemak omega 3 ini, dan adakah asid lemak omega 3 ini bahaya kepada wanita.

Asid lemak omega 3 biasanya merupakan kandungan utama kebanyakan produk minyak ikan yang dijual dipasaran. 

Sebenarnya, asid lemak omega 3 ini bahaya kepada wanita jika wanita itu TIDAK mengambil produk yang mengandungi asid lemak omega 3.

Nak tahu kenapa? Sila teruskan membaca ;)

1. Badan manusia tidak menghasilkan asid lemak omega 3. Maka, kita memang perlu mengambil Asid lemak omega 3 di  dalam diet harian atau pengambilan suplemen tambahan yang mengandungi asid lemak omega 3.
omega guard
2. Bagi wanita hamil, asid lemak omega 3 yang tidak  mencukupi adalah bahaya kerana boleh menyebabkan kelahiran pra matang.

3. Bayi dalam kandungan mendapat bekalan asid lemak omega 3 yang cukup daripada wanita / ibu hamil untuk perkembangan minda dan sistem penglihatan mereka. Jika ibu hamil kekurangan atau tidak mempunyai bekalan asid lemak omega 3 yang cukup, tak ke bahaya untuk kedua-dua ibu dan bayi tersebut?
omega guard shaklee

4. Bahaya untuk wanita yang tidak mengambil asid lemak omega 3 juga berkaitan dengan kemurungan. Kajian mendapati, mereka yang kekurangan asid lemak omega 3 boleh menyebabkan kemurungan.

5. Bagi wanita atau ibu menyusu, pengambilan asid lemak omega 3 penting untuk perkembangan otak dan sistem penglihatan bayi. Bayi mendapat bekalan asid lemak omega 3 tersebut melalui susu ibu. Tak nak ke anak yang mempunyai minda yang cerdas dan sistem penglihatan yang baik? Tak ke bahaya tu jika wanita tersebut kurang asid lemak omega 3!

Sekarang anda dah tahu tentang bahaya asid lemak omega 3 kan!

Nak tahu lagi pasal asid lemak omega 3?
  
Tahukah anda...
Asid lemak Omega 3 telah terbukti penting dalam mengurangkan serangan penyakit jantung, angin ahmar, kanser, turunkan berat badan, penentangan insulin, kencing manis, asma, artiritis, lupus, kemurungan, skizofrenia (penyakit mental) gila meroyan, penyakit Alzheimer dan pelakuan hiper aktif (ADHD) di kalangan kanak-kanak. 
omega guard
Manfaat Asid Lemak Omega 3
Kan dah kata, asid lemak omega 3 ini bukan sahaja penting untuk wanita, kanak - kanak pun tau.

Kajian juga menunjukkan, asid lemak omega 3 yang tinggi mampu memperbaiki  kualiti kulit, kuku dan rambut wanita dengan lebih mantap! Wow! Cun gitu siapa yang ambil asid lemak omega 3 ni.

Menarik pulak asid lemak omega 3 ni kan? 
Walaupun banyak produk lain dipasaran yang juga membekalkan asid lemak omega 3 ni, Saya paling suka Omega Guard Shaklee.

Nak tahu kenapa saya pilih vitamin shaklee? 
Klik sini KENAPA VITAMIN SHAKLEE?

Nak menikmati keistimewaan asid lemak omega 3 dalam Omega Guard Shaklee?
Hubungi saya ditalian 012 921 4064.
Saya juga ada menyediakan penghantaran ke seluruh Malaysia melalui POSLAJU.
Kawasan penghantaran COD adalah disekitar Kuantan dan Kemaman.
Cara makan dan tips eksklusif disediakan dengan setiap pembelian.

Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah

SuhaileyMohdNoor
Pengedar Shaklee Kuantan
Pengedar Shaklee Kemaman

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...