Saturday, July 25, 2015

Resepi Rempah Ayam BBQ Mudah Sedap

Holla,

Salam 9 syawal kalian semua.
semangat nak taip resepi buat panduan Cik Nuraini & Mr Qamarulhuda bila mereka dah besar nanti. Salah satu harta pusaka peninggalan ibu bapa ni tau :)

Meanwhile, uolls boleh la cuba resepi rempah ayam bbq ni. In case nak cuba la kan.

Nak kata sedap sangat tu takde la, tapi boleh la nak jamu kengkawan dan saudara mara uolls. Sekali sekala berBBQ best jugakkan.

rempah ayam bbq mudah

Resepi ni teringat nak letak dalam blog ni since semalam baru je masak rempah ayam bbq ni. Alkisah, abi ada reunion aka gathering kat umah semalam. Umi la kena sediakan rempah bagai. 

Since takde yang complain tak sedap, kira ok la tu, sedap la agaknya. Diri sendiri sebagai tuan rumah memang tak sempat rasa. 

Resepi ni mudah sangat, anak-anak umi, jangan pulak tak rajin nak buat ye. Saudara-mara korang memang suka berbbq ni. Sila teruskan legasi.

Habluminannas. Jaga silaturahim.

Back to the recipe. Mudah sangat nak dapat bahan-bahan. Kos pun murah. 

Bahan - bahan Rempah Ayam BBQ untuk 1 ekor ayam.

  1. Bawang Merah kecik 8 -10 biji
  2. Bawang Putih 2-3 ulas
  3. Halia (optional) 
  4. Serai 5-6 batang
  5. Cili boh 5-6 sudu ikut tahap kepedasan masing-masing
  6. Gula
  7. Minyak masak
  8. Rempah kari ayam/kambing.

Cara membuat Rempah Ayam BBQ

  1. Potong serai kecil-kecil.
  2. Kisar bawang merah, bawang putih , halia dan serai.
  3. Campur semua bahan yang dikisar bersama cili boh dan rempah kari.
  4. Masukkan gula.
  5. Kacau sehingga sebati.
  6. Panaskan kuali.
  7. Tumis semua bahan-bahan yang dah dikacau sebati.
  8. Tumis sehingga masak. 

Tadaa..dah siap dah rempah ayam bbq. Boleh perap ayam dengan rempah ni selama sekurang-kurangnya 30 minit.

rempah ayam bbq sedap

Ready to grill/bakar/goreng je lah kalau agak-agak malas nak bakar bagai:) Guna je pemanggang ajaib tu, senang kerja!

Tips :
  1. Guna cili kering kisar lagi sedap dan 'kit' berbanding guna cili boh ready made.
  2. Bakar ayam perap dalam aluminium foil lagi best sebab berkuah sikit. Sedap makan ngan nasi panas.
  3. Boleh gantikan gula dengan gula keping/gula melaka.
  4. Lagi lama anda perap ayam dengan rempah, lagi sedap tau.
  5. Bakar atas dapur arang lagi osem dari bakar atas dapur gas.

Sekian sudah resepi rempah ayam bbq versi kami sekeluarga. Selamat mencuba tau.
Kalau uolls ada resepi yang lagi sedap dan senang, tepek kat komen ye.

Next entri kita share pasal resepi rempah untuk perap kambing pulak eh. :)


salam sayang dari kejauhan,

suey
mak anak dua 
seronok jugak ada anak 10 :)

4 comments:

  1. Menarik...ooo rempah tu kena masak dulu ye..alhamdulillah bertambah ilmu PC..terima kasih ye kongsi ilmu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah better masak dulu..kang sakit perut pulak

      Delete
  2. tq atas resepi ye...

    boleh la buat sendiri je lps ni..

    ReplyDelete
  3. Sy cnp. Terima kasih berkongsi resepi.

    ReplyDelete

Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...