Thursday, September 18, 2014

7 TANDA-TANDA KEKURANGAN VITAMIN C

Alamak!!

Macam terkena kat diri sendiri je ni...

Jom kita cek tanda - tanda kekurangan vitamin C. Vitamin C kan vitamin larut air, penting sangat untuk pembentukan kolagen selain membantu penyerapan zat besi dengan lebih baik.

Walaupun, sumber vitamin C boleh didapati dalam diet harian pada kadar tertentu, kekurangan vitamin C boleh berlaku sekiranya pengambilan vitamin C tidak mencukupi. 

Walau bagaimanapun, tanda - tanda kekurangan vitamin C boleh dilihat dengan mata kasar. So, memang mudah la nak detect kan.

Tanda - tanda kekurangan Vitamin C termasuk lah;

Kulit & Rambut Kering


kulit kering


Salah satu tanda-tanda kekurangan Vitamin C pada seseorang individu boleh dilihat pada kulit dan rambut beliau.

Individu yang mengalami kekurangan Vitamin mempunyai kulit dan rambut yang kekeringan. Rambut dan kulit jelas tampak kurang sihat dan kurang bermaya.

Mudah Penat


mudah penat


Tanda - tanda awal kekurangan Vitamin C adalah, individu tersebut mudah terasa penat dan kurang bertenaga.

Mudah Lebam

mudah lebam


Mereka yang kekurangan Vitamin C sangat mudah lebam pada kulit jika terlanggar sesuatu. Lebam yang teruk menunjukkan kadar kekurangan Vitamin C perlu diturunkan.

Makan makanan yang kaya dengan Vitamin C dan pengambilan suplemen Vitamin C adalah digalakkan.

Sakit Sendi dan Otot

sakit sendi dan otot


Mereka yang kekurangan Vitamin C juga mudah sakit sendi dan otot terutama di bahagian anggota badan.

Gusi Berdarah dan Rosak


gusi berdarah


Vitamin C yang mencukupi menyumbang kepada gusi dan gigi yang sihat. Kekurangan Vitamin C boleh dilihat pada gusi yang mudah rosak dan mudah berdarah.

Paling mudah untuk dikesan ialah semasa memberus gigi.

Anemia dan kurang rintangan penyakit


vitamin c



Anemia adalah salah satu tanda - tanda kekurangan Vitamin C yang mudah dilihat pada seseorang inidividu. Muka pucat dan tidak bermaya.

Individu juga mudah mendapat jangkitan penyakit terutamanya demam dan selsema.

Mood Cepat Berubah


vitamin C


Perubahan mood yang cepat dikaitkan dengan tanda-tanda kekurangan Vitamin C. Mudah naik angin dan cepat irritate dengan orang lain tu tanda-tanda kekurangan Vitamin C tau.

source :fitday & naturalnews

Dah cek dah tanda - tanda kekurangan vitamin C pada diri korang? Quite scary jugak kan?? Hopefully takde la tanda - tanda kekurangan vitamin C ni kat korang semua.

Jangan lupa diet yang tinggi vitamin C ok. Pengambilan suplemen vitamin C juga membantu.

Bacaan lanjut : VITAMIN C SHAKLEE

No comments:

Post a Comment

Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...