Entri pasal 7 makanan naikkan Hb pulak hari ni. Hb tu hemoglobin lor.
Hb ni memang popular masa ibu sedang hamil. Pendek kata, memang jadi topik hangat la sepanjang proses kehamilan. Selagi tak bersalin,memang setiap bulan cerita Hb ni takde kesudahan. Silap haribulan, setiap 2 minggu kena datang check up sebab Hb rendah.
Ibu hamil yang memang mengidap Anemia lagi la kan..memang asyik check up je la...
So, memang penting untuk ibu hamil pastikan paras Hb dalam darah sentiasa melepasi standard yang diperlukan sepanjang kehamilan. Macam mana nak naikkan Hb yang rendah itu?
Syarat untuk naikkan Hb sudah pastilah dengan makanan yang kaya dengan zat besi.
Zat besi diperlukan untuk menghasilkan hemoglobin (Hb) di dalam sel darah merah.
Jom cek 7 makanan naikkan Hb untuk panduan kita semua tau. Harus diingatkan, senarai makanan naikkan Hb yang tersenarai di sini hanyalah yang dirasakan sesuai dan tidak memudaratkan kita serta mudah didapati.
Basically, semua senarai makanan naikkan Hb yang tersenarai di sini memang naikkan Hb cuma banyak or sedikit bergantung kepada individu.
We start with food that easy to find, affordable and proven to be work for everybody
Jambu Batu
Mudah sangat nak dapatkan makanan naikkan Hb ni. Jambu batu memang dijual secara meluas di Malaysia. Murah pulak tu, dengan RM1 pun dah boleh dapat makanan naikkan Hb ni.
Jambu batu memang kaya dengan zat besi dan vitamin lain jugak. Ia juga kaya dengan serat untuk melegakan sembelit. Klik 7 MAKANAN KURANGKAN SEMBELIT untuk senarai penuh, makanan kurangkan sembelit.
Kiwi
Juga termasuk dalam kategori makanan naikkan Hb yang mudah untuk didapati. Cari je kat pasaraya, confirm ada. Harga kiwi sedikit mahal berbanding jambu batu tetapi kiwi mempunyai khasiat lain yang banyak berpadanan dengan harga kiwi tersebut. Khasiat lain selain naikkan Hb adalah seperti tinggi asid folik, mengurangkan sembelit, tidur nyenyak dan merendahkan tekanan darah.
Bagi yang tak suka kiwi, jangan risau, ada lagi pilihan lain makanan naikkan Hb ni. Teruskan membaca,
Bayam
Pencinta sayur bayam pasti sukakan fakta ini. Bayam bukan sahaja kaya dengan zat besi untuk menggalakkan penghasilan hemoglobin, malah bayam juga kaya dengan Vitamin A yang bagus untuk kulit dan kesihatan mata.
Petai
Petai tu ulam kegemaran korang?? Ini sudah sangat bagus!
Tahukah anda semua yang petai sangat kaya dengan zat besi. Petai mampu untuk merangsang penghasilan Hb (hemoglobin) dalam darah dan pasti lah sangat membantu anemia anda.
Ternyata petai merupakan makanan naikkan Hb yang bagus dan mudah didapati.
Nak buat ulam boleh, nak masak sambal pun boleh, sambal udang petai memang membangkitkan selera.
Ikan Bilis
Ikan bilis juga salah satu makanan naikkan Hb. Ikan bilis sangat disyorkan untuk diamalkan bagi menaikkan Hb kerana mudah didapati didalam pelbagai jenis masakan. Dalam nasi goreng boleh letak ikan bilis, dalam sayur pun boleh.
Untuk mendapatkan zat besi daripada ikan bilis, disarankan makan ikan bilis beserta kepala ikan bilis tu sekali. Ikan bilis menjadi pilihan saya sudah pastilah ikan bilis yang saiz kecil macam dalam gambar tu.
Prune
Berbanding epal dan betik, prune mengandungi zat besi yang lebih tinggi, namun sekiranya stok prune kehabisan, boleh ambil epal atau betik juga untuk naikkan Hb anda.
Penggemar prune pasti gembira mendengar berita baik ini.
Daging merah
Walaupun hati ayam dipercayai boleh naikkan Hb, namun umum sedia maklum bahawa organ dalaman haiwan tidak digalakkan untuk dimakan memandangkan hati adalah tempat pengumpulan toksik terbesar dalam badan ayam.
Maka, daging merah yang juga mengandungi zat besi lebih disarankan untuk diamalkan bagi tujuan naikkan Hb.
Dalam 100 mg daging merah, terdapat 2.4 mg zat besi. Zat besi dari sumber daging merah dipercayai lebih mudah diserap oleh badan berbanding zat besi dari sumber kekacang.
Eh, sebelum menamatkan entri kali ni, jom layan video pendek cerita ibu hamil yang kurang Hb tiap-tiap kali mengandung ni, bayangkan setiap kali hamil dia mesti anemia. Tapi baby ke 4 ni tak pulak!^^^
Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.
Pengedar Shaklee Kuantan
Pengedar Shaklee Kemaman
Sihat untuk beribadah dengan lebih cemerlang.
Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.
Untuk diri saya sendiri, Jambu Batu, Kiwi, Prune, Ikan Bilis dan Petai sangat berkesan untuk saya.
Tetapi bila hamil, saya tetap ambil vitamin untuk naikkan Hb saya. Just to make sure baby get enough zat besi dan kita pun tak mudah penat.
Tetapi bila hamil, saya tetap ambil vitamin untuk naikkan Hb saya. Just to make sure baby get enough zat besi dan kita pun tak mudah penat.
Vitamin pilihan saya sudah semestinya Vitalea Shaklee. It works well for me and it might work well for you too.
Boleh hubungi saya jika ingin memiliki Vitalea Shaklee ditalian 012 921 4064.
Konsultasi Percuma sudah pasti.
Boleh hubungi saya jika ingin memiliki Vitalea Shaklee ditalian 012 921 4064.
Konsultasi Percuma sudah pasti.
Pengedar Shaklee Kuantan
Pengedar Shaklee Kemaman
Sihat untuk beribadah dengan lebih cemerlang.
No comments:
Post a Comment
Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much