Hujung minggu hatta hari biasa-biasa pun memang ada masa tertentu yang dikhaskan untuk si cilik comel Nuraini...
Kali ni our bonding time, we spend together buat aiskrim paddle pop homemade!
Nuraini suka sangat makan aiskrim, so we decide to make aiskrim paddle pop homemade untuk mengisi bonding time kami. Abi tukang beli bahan-bahan je. Bonding time dengan abi selalunya setiap hari jumaat dan setiap pagi dan petang.
Aiskrim paddle pop homemade ni, kami dapat resepi dari internet, serius dah lupa kat mana! Apa yang penting, Nurain sangat happy dan enjoy the moment.
Bahan - bahan untuk buat aiskrim paddle pop homemade ni adalah seperti berikut :
1 tin Susu cair/susu segar
3 sudu Susu pekat
2 sudu Gula
1 sudu Ovalette
Pewarna
Macamana nak buat aiskrim paddle pop homemade ni???
Mix semua bahan-bahan, pukul sehingga sebati. kami guna mixer, tapi bila lambat sangat nk sebati tu, kami blend je guna blender. hehe^^^
Then, asingkan adunan kepada 4 bahagian (sebab kami guna 4 jenis warna). Setiap bahagian, masukkan pewarna yang anda pilih.
4 warna Aiskrim Paddle Pop Homemade |
Masukkan adunan warna mengikut urutan yang anda suka ke dalam acuan aiskrim. Tak kisah nak start with yellow dulu ke, green ke, yang penting, last sekali nampak macam pelangi (paddle pop).
So, dah siap. Boleh masukkan acuan aiskrim tu ke dalam tempat beku peti ais rumah anda.
Nuraini look so enjoy buat aiskrim paddle pop homemade ni dan lepas habis je aiskrim paddle pop homemade ni, kami cuba pulak buat aiskrim lain. So far dah buat aiskrim oren dan aiskrim hot chocolate cadbury.
Nampak simple je aktiviti macam ni,tetapi ia memang merapatkan hubungan ibu anak.
Bila dah dari usia kanak- kanak ni dah diajar masuk dapur, diharap dah besar nanti bakat memasak tu sebati dalam diri^^^
Apa pun, terima kasih kerana membaca entri resepi aiskrim paddle pop homemade ni^^^
Selamat mencuba!
Ibu bakal anak dua...
Suhailey
Apa pun, terima kasih kerana membaca entri resepi aiskrim paddle pop homemade ni^^^
Selamat mencuba!
Ibu bakal anak dua...
Suhailey
Gula halus ke gula biasa?
ReplyDeletePewarna ape nk pakai tu kakak
ReplyDelete