Holla.
Day 5, so entri ke 5 la ni..
Task day 5, entri anything about homemade recipe!
Tuan tanah ni takde la hari-hari pun masak, bila datang mood memasak tu, mmm bersedia la 2 orang mangsa untuk menghabiskan. Sedap ke tak sedap tu cerita nombor 2, cerita nombor 1, makanan yang dimasak wajib dihabiskan..
If not...so sorry dear darlings, no more homemade food for you all ok! Ganas betul ibu ini kan???hahahaha
Nama resepi...
Basically, nama resepi ini of course dicipta oleh orang paling kiasu dalam rumah ni iaitu incik husband. Everything pun, if can lor, nak letak nama 'chendor perdana' at the end. Dah jatuh hati sangat la tu dengan tempat ni.
Kenapa mee hun goreng chendor perdana???
Ok. Resepi ni menjadi pilihan kerana, kalau dihitungkan, setelah ditolak dibahagi, boleh dikatakan, kejadian memasak mee hun goreng ini hanya terjadi mengikut musim kehamilan sahaja!
Tuan tanah memang tidak berminat dengan mee hun di hari biasa tetapi mee hun goreng adalah makanan kegemaran ketika hamil, sampai ke tahap, tiap-tiap hari pun nak me e hun. Maka, mee hun goreng adalah makan istimewa keluarga kecil tuan tanah buat masa sekarang.
Resepi...
Bahan yang diperlukan
- Mee hun (1/3 peket dah cukup)
- Bawang merah 4 ulas
- Bawang putih 1 ulas
- Cili boh 1 sudu (nuraini tak digalakkan makan pedas)
- Udang kering (2 sudu besar - incik suami suka udang kering!)
- Ayam di potong kecil-kecil
- Sayur (kami suka sawi je!)
- Sos cili
- Sos tomato
- Gula
- Garam
- Cuka
Cara nak masak...
- Rendam mee hun dalam air panas.
- Tumis bawang yang dah ditumbuk bersama udang kering.
- Masukkan cili boh, tunggu sehingga garing.
- Then,masukkan sos cili, sos tomato dan gula secukup rasa.
- Boleh dah nak masukkan ayam dan sedikit air. Kasi berkuah sikit.
- Dah agak ayam tu masak, boleh masukkan sayur dan mee hun tadi.
- Masukkan garam dan cuka. Gaul sehingga sebati.
- Siap untuk dihidangkan.
Settle entri day 5, pada yang suka mee hun, boleh cuba mee hun goreng chendor perdana versi tuan tanah ini.
Nak baca entri terdahulu
Terima kasih sekali lagi keran sudi meluang masa membaca entri tuan tanah yang bakal bersalin tak lama lagi.^^^
Lots of love,
suey
No comments:
Post a Comment
Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much