5 Cara cerai susu badan khas untuk ibu-ibu menyusu yang tengah pening nak anak mereka .cerai susu badan.
Anak dah 2 tahun???
Nak cerai susu badan tapi masih belum berjaya??
Anak dah 3 tahun??
Tapi tak nak cerai susu badan lagi???
Saya ibu hamil dan tak disarankan menyusukan anak (di atas sebab-sebab tertentu.) tapi anak saya susah betul nak cerai susu badan!
Itu adalah diantara dilema ibu menyusu yang ingin bayi mereka cerai susu badan!
Jangan runsing, jangan bimbang....saya pun pernah mengalami dilema yang sama! Masa tu Nuraini dah berusia 3 tahun dan saya nak melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana.
Of course la kena cerai susu badan kan??
Nuraini nak kena tinggal ni, ummi nak gi belajar.
Memang macam - macam cara yang dipraktikkan, hahahaha memang gelak besar bila ingat balik. Bersungguh Nuraini tak nak cerai susu badan.
Baiklah, saya kongsikan 5 cara cerai susu badan yang pernah saya dan kawan-kawan seangkatan pernah cuba.
1. Asam Jawa
Cara cerai susu badan guna asam jawa ni memang ramai yang praktikkan dan ramai juga yang berjaya, tapi tidak untuk anak saya. Mungkin saya tidak konsisten dan kurang sabar.
Cerai susu badan guna asam jawa ni mengambil sedikit masa kerana asam jawakan masam je, so untuk anak-anak yang tak kisah dengan rasa masam, they just enjoy the milk.
Caranya : sapu asam jawa pada puting payudara setiap kali anak ingin menyusu badan.
2. Kopi / Nescafe
Boleh pilih salah satu serbuk kopi atau nescafe untuk disapu pada puting payudara anda setiap kali anak anda ingin menyusu. Rasa pahit serbuk kopi atau nescafe membuatkan anak anda serik untuk menyusu lagi.
Mengikut pembacaan dan hasil pengalaman kawan-kawan saya, cara cerai susu badan menggunakan serbuk kopi atau nescafe ni memang ramai yang berhasil.
Tak tahan pahit agaknya.
3. Sirap pekat
Sekiranya tak berjaya jugak untuk anak anda cerai susu badan menggunakan 2 cara di atas, jom cuba cara ketiga ni.
Cara cerai susu badan kali ni melibatkan air sirap pekat. Cara cerai susu badan ni, lebih kepada menakutkan anak-anak untuk meneruskan penyusuan.
Sapu air sirap pekat dikawasan puting dan keliling puting payudara. Sapu air sirap tu sampai nampak begitu menakutkan. Macam darah pekat. setiap kali anak ingin menyusu, pastikan seperti berlumuran darah.
To make it more real, boleh la nak berlakon menangis sket. Budak-budak risau bila tengok ibu mereka menangis ni dan kesian kat ibu, terus tak jadi menyusu.
4. Lipstik merah menyala
Boleh juga guna lipstick merah menyala untuk disapu pada payudara sebagai salah satu cara untuk anak cerai susu badan.
Sama konsep seperti menggunakan air sirap pekat tadi tetapi, kita perlu sedikit hati-hati menggunakan lipstick ni. Memang tidak dinafikan nampak sangat real macam darah, tetapi lipstick agak berbahaya jika anak kita makan banyak sangat.
Walaubagaimanapun, cara cerai susu badan menggunakan lipstik merah menyala ni biasanya berjaya. Mungkin disebabkan faktor menakutkan dan rasa susu yang tak sedap.
5. Batang wali
Pahit sangat! Batang wali ni memang sangat pahit. Kesian jugak nak guna cara cerai susu badan guna batang wali ni. Bukan setakat susu badan sahaja anak akan rasa pahit, malah makanan lain yang dia makan pun turut terasa pahit.
Pada saya, as a last resort boleh la guna cara cerai susu badan ni. Tak sampai hati pulak nak aplikasi walaupun cara cerai susu badan ni memang berkesan sangat. Mostly, ibu -ibu yang cuba cara cerai susu badan ini memang memberikan maklumbalas yang positif.
5 cara cerai susu badan sudah pun tersenarai, diharap dapat membantu ibu-ibu sekalian.
Berbalik kepada cerita cerai susu badan anak saya Nuraini, kesemua cara di atas saya aplikasi kecuali batang wali tu, serius tak sampai hati.
Namun, semuanya berjaya sekejap sekejap je. At last Nuraini cerai susu badan disebabkan makcik dia bagitahu yang saya akan pengsan jika dia meneruskan penyusuan dan saya memang berlakon pengsan pun.
Hihihi itu cerita saya, cerita anda bagaimana pula??
SUHAILEY MOHD NOOR
No comments:
Post a Comment
Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much