Wednesday, October 29, 2014

5 TIPS KURANGKAN DEMAM ANAK YANG BERKESAN

Demam dikalangan kanak - kanak adalah perkara biasa berlaku di Malaysia. Cuaca yang tidak menentu menyumbang kepada punca anak - anak cepat demam. Anak demam merupakan perkara yang sangat merunsingkan ibu bapa terutamanya bagi anak yang berusia bawah 1 tahun.

Demam walaupun nampak seperti tidak begitu bahaya, namun sebenarnya boleh membawa maut. Selain makan ubat, berikut adalah tips -tips yang ibu bapa boleh aplikasikan untuk kurangkan demam anak. Tips kurangkan demam anak ini, saya dapatkan daripada hasil pengalaman sendiri dan petua orang -orang tua.
tips kurangkan demam anak

Tips kurangkan demam anak ini inshaAllah berkesan untuk anak - anak kita semua. Tak salah untuk kita cuba kan?

Tips Kurangkan Demam Anak 1 - Air Ramasan Daun Bunga Raya

Pengalaman ahli keluarga saya sendiri, terutamanya kakak saya, kami memang mengamalkan air ramasan daun bunga raya untuk kurangkan demam anak. Ibu saya memang akan sedaya upaya mencari daun bunga raya untuk kurangkan demam anak dia. petua ini diperturunkan kepada kami yang dah mempunyai anak ini.

Caranya mudah sahaja, ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas didalam semangkuk atau sebesen kecil air. Gunakan air ramasan daun bunga raya ini untuk lap badan anak yang demam. Jika boleh, sapu dikepala dan rambut dan pastikan kepala sentiasa basah dengan air ramasan daun bunga raya tersebut.

Tips Kurangkan Demam Anak 2 - Air Rendaman Beras

Petua menggunakan rendaman air beras untuk kurangkan demam anak ini sudah lama sebenarnya wujud namun, bagi keluarga kami, petua ini baru beberapa tahun diaplikasikan. Saya paling suka kurangkan demam anak menggunakan air rendaman beras kerana saya dapati demam anak saya cepat kebah menggunakan air rendaman beras ini. Lagipun, agak susah untuk mendapatkan daun bunga raya di kawasan bandar.
tips kurangkan demam anak

Caranya, rendam segenggam beras di dalam sebekas air. Gunakan air rendaman beras ini untuk lap keseluruh badan anak yang demam tersebut. Saya juga pastikan kepala anak yang demam sentiasa basah dengan air rendaman beras ini. Alhamdulillah tips kurangkan demam anak ini sangat berkesan untuk anak saya!

Tips Kurangkan Demam Anak 3 - Air Asam Jawa

Ramai yang dah amalkan tips kurangkan demam anak dengan menggunakan air asam jawa dan memang ternyata berkesan. Mudah dan senang untuk didapati. setiap rumah pasti ada asam jawa ni.
tips kurangkan demam anak

Caranya sama seperti penggunaan air ramasan daun bunga raya dan air rendaman beras. Untuk lebih efektif, campur segenggam beras ke dalam air asam jawa tersebut.

Tips Kurangkan Demam Anak 4 - Minum Air Banyak

Ketika demam, anak digalakkan untuk minum air masak sebanyak mungkin. Ini penting untuk menurunkan suhu badan dan seterusnya kurangkan demam anak.

Tips Kurangkan Demam Anak 5 - Basic H

Tips kurangkan demam anak menggunakan Basic H ini paling digemari oleh pengguna produk shaklee. Walaupun, tiada kajian saintifik dijalankan untuk tujuan kurangkan demam anak ini, namun ibu yang telah mempraktikan tips ini sangat berpuas hati dengan kesan yang diberikan. Bila anak dah demam kan, apa cara yang selamat pun akan kita cuba, betul tak?
Tips Kurangkan Demam Anak

Caranya sangat mudah, titiskan beberapa titik Basic H ke dalam 1 baldi air. Mandikan anak yang demam dengan air campuran Basic H ini. Gunakan juga air Basic ini untuk lap badan anak yang demam. InshaAllah tips ini boleh kurangkan demam anak anda.

Baca tentang Basic H dengan lebih lanjut : FAQ BASIC H

Demikian sahaja tips kurangkan demam anak dari ummi Nuraini pada hari ini. Terima kasih kerana membaca dan semoga tips ini berkesan untuk kurangkan demam anak anda.

Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah

SuhaileyMohdNoor
Pengedar Shaklee Kuantan
Pengedar Shaklee Kemaman

No comments:

Post a Comment

Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...