Alhamdulillah, berkat usaha, kesabaran dan penat lelah selama hampir setahun, akhirnya berjaya jugak menamatkan pengajian ijazah sarjana di Universiti Malaya.
Macam tak percaya pun ada^^^
Hari bersejarah tersebut jatuh pada 14 Oktober 2014 yang lepas. Kelakar jugak rasa dengan perut memboyot, ibu bakal anak 2 ni naik pentas untuk terima ijazah sarjana tersebut.
KAMI |
Thank you Allah swt, parents, husband, nuraini and fellow classmate di atas jasa kalian sehingga saya berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya.
Geng study group yang banyak membantu juga roomate yang baik hati^^^. Tak sangka jugak pihak Universiti Malaya sediakan tempat khas untuk ibu - ibu hamil semasa konvokesyen. Terasa diri begitu istimewa pulak..wink wink
Jom layan gambar sepanjang konvokesyen bersama keluarga dan kawan-kawan yang sama - sama menamatkan ijazah sarjana dalam masa 1 tahun.
Dalam Hall with student Kimia Analisis Batch 2012 |
7 of Us...Batch 2013/2014 |
Dari kiri, Laili, Shone, Shafiah, Suhailey, Mui, Fazrina, Didi. Semua pun belum kahwin ye, except mak buyung sorang tuh^^^. Sorang lagi takde dalam gambar, Saravanakumar.
Ummi dan Nuraini |
Tahniah semua di atas kejayaan anda. Kita ambik Phd pulak nanti ye. InshaAllah dipermudahkan.
Mereka yang banyak berkorban sepanjang pengajianku |
Gambar ni nampak clear tengah preggy, 32 weeks, untung betul baby dalam perut, belum lahir pun dah graduate.
Terima kasih kepada semua yang banyak membantu sepanjang pengajian saya di Universiti Malaya. Jasa anda hanya Allah swt yang mampu membalasnya. Pengalaman yang sangat berharga dan indah.
It is not that easy but we do enjoy the moment!
SuhaileyMohdNoor
TAhniah k.sue
ReplyDelete