Cabaran 7 Hari Entri diteruskan dengan jayanya! Alhamdulillah masih ada idea nak menulis ni..
Tapi, tajuk day 3 ni agak kelakar dan tak sabar untuk dikongsikan.
Kenapa kelakar???
Hahaha dah terbayang dah sure macam-macam yang ada dalam handbag korang kan? harta karun tu...
Meh baca entri versi saya pulak. Apa ada dalam handbag saya yang agak besar gedabak, yang diusung ke hulu ke hilir tuh! hihihi
Jom list satu-satu...
1. Wallet
Since banyak duit syiling, resit dan kad-kad yang berkaitan, memang gemuk lor wallet saya ni! Duit je yang tak gemuk.
2. Wrislet
Wrislet ni mak shaklee saya yang kasi..tq tq..lepas ni boleh kasi lagi ye mak!
3. Handphone
Yang ni wajib ada, handphone buruk pun takpe asal boleh whatsapp, FB, tepon & sms. Amik gambar sikit-sikit..edit sikit-sikit..ok lar tuh.
4. Biskut
Biskut adalah perkara wajib ada dalam handbag saya ye! Nampak sangat kuat mengunyah kan!
5. Pendrive
Senang nak save apa -apa maklumat penting. Kadang yang tak penting pun save jugak.
6. Pen dan buku nota
Dah macam wartawan pulak kan? Penting 2 item ni, kalau bukan saya yang menulis, si Nuraini yang menconteng!
7. Buku Pink
Dah 8 bulan duk carry benda alaf ni dalam handbag, sebulan je lagi riwayat mu dalam beg daku ye!
8. Kunci
Kunci kereta & kunci opis, kunci rumah memang tak minat nak pegang. So, laki kena balik awal la, sian bini duk luar rumah...hehe
9. Sepit Rambut, Klip Rambut, Getah Rambut dan seangkatan
Aish, dah jadi macam pasaraya pulak bag i nih...ni barang-barang Nuraini yek!
10. Pill Box
Yang ni nampak sangat pengedar shaklee. Vitamin dibawa kemana-mana tu..
11. 3 in 1
Kena ada stok at least 2 sachet..mane best minum sorang-sorang kan!
12. Air Mineral
Bekalan untuk Nuraini, Mohd Ezanni & diri sendiri la
13. Broadband
Sumber internet penting walaupun kat handphone dah ada bekalan 4G. Kuat sangat berinternet ni.
14. Barang Peribadi
Wajib ada..tak yah citer la kenapa..ahhahaha
Uih..dah macam pasaraya sudah! Hahaha 14 item tuh, patut la bag berat, semua benda pun nak sumbat!
Soon to have dalam bag..bakal baby punya barang la ni!
1. Pampers
2. Toys
Tak lama lagi jadi 16 item pulak!..hahahanhhha boleh gelak je la..next time kena timbang berapa kg berat bag ni.
Jumpa di next entri ye rakan blogger sekalian. Terima kasih di atas masa kalian.
Life is about sharing & giving. Indahnya hidup apabila memberi....
Lots of love,
suey
Wahh byknye brg die.. hehe
ReplyDeletehahaha sue, kalo boleh nak sumbat lagi^^^
Deletenasib baik peti ais tak leh masuk dalam henbeg kan?wakakakaka...
ReplyDeletekalo la boleh kan...
Delete