Assalamualaikum semua,
Wah, sudah tiba hari ke 6, begitu pantas masa berlalu!
Tak sangka dah 5 entri telah selamat dikongsi bersama dalam Cabaran 7 hari Entri ni.
Memang menarik lah.
Meh nak cerita tentang tempat melantak paling saya suka.
Hahaha masa tajuk ni keluar, ramai kawan-kawan teka termasuklah husband tercinta, yang saya akan menulis tentang Restoran Sara Thai Kitchen!
Maaf ler korang, Restoran Sara Thai Kitchen jatuh nombor 2 di hati ai ye..^^^
Perasaan excited nak habiskan entri ni semakin tinggi bila korang teka SALAH! hahahaha
Actually, tempat melantak Paling Saya Suka adalah......
CROCODILE ROCK
Terkejut ke??? Tak sangka eh, oh incik husband, ingat awak sorang je ke suka crocodile rock ni, saya pun suka giler lah..hehehe malas nak heboh je!
signage pun dah awesome kan??
Saya suka Crocodile Rock kerana...
Basically, suasana restoran crocodile rock tu sendiri yang membuatkan saya jatuh hati dan memang suka nak lepak kat tempat ni selalu.
Setiap Hari khamis malam jumaat pulak, pengunjung dihiburkan dengan live band yang santai dan relax sambil menikmati hidangan makan malam!
Memang syok la dating kat situ^^^kan kan kan ;)
History Crocodile Rock...
Restoran ni diasaskan oleh pasangan suami isteri romantik, incik suami orang Malaysia dan puan isteri pulak orang Itali.
Makanan yang dihidangkan memang resepi dari Itali lah. Both owner memang peramah and sokmo datang kedai beramah mesra dengan pelanggan they all.
Restoran ni sebenarnya diolah dari sebuah rumah banglo lama zaman british dulu, memang klasik dan romantik la decoration dia dan kalau nak celebrate wedding anniversary tu memang sangat sesuai sekali.
Menu kegemaran...
Makanan kat crocodile rock ni of course la menjilat jari weh!
Incik husband order macam-macam lor, ai paling suka spagetti kat crocodile rock ni, kasi la spagetti jenis mana pun, memang terbaik!!
Pizza, Spagetti, Chicken Grill yang awesome!
Spagetti Aglio Olia kat sini yang sokmolah menjadi pilihan.
Pizza dia memang marvelous lor! Crunchy crunchy gituu...
Chicken Grill crocodile rock ni mantap jugak, nak nak makan ngan rosemary sauce, memang awesome lah!!!
Lokasi...
Crocodile Rock,
Jalan Dato' Mahmud,
Off Jalan Teluk Sisek,
Kuantan,
25000 Pahang.
09 567 5707
(Landmark : Depan Annexxe Guest House, Tepi Kondominium 4 Tingkat)
Operation hours...
Selasa - Ahad
5 PM - Midnight
Tutup : Selasa
Rakan-rakan yang suka pizza & grill, saya rekomen menjamu selera di Restoran Crocodile Rock ni. Memang terbaik dan pasti berbaloi^^^
Last but not least, thank you so much for reading^^^
nak baca entri sebelum ini...
DAY 1 | 3 Fakta Menarik Tentang Saya Yang Ramai Orang Tak Tahu
DAY 2 | Percutian Idaman Saya
DAY 3 | Harta Karun Dalam Handbag Saya
DAY 4 | Vitamin Shaklee Pertama Daku Makan
DAY 5 | Homemade Recipe
Life is about sharing & giving. Indahnya hidup apabila memberi....
Lots of love,
suey
I tak pernah sampai lagi ni.. kena ajak incik asben pergi ni. Memandangkan ada life band... Tapi malam jemaat plop ye...:)
ReplyDeletehahahaha. ok kak suey, next time g kuantan konpem zola singgah.
ReplyDelete