Friday, October 24, 2014

BERISTIGHFARLAH...SEMOGA DIPERMUDAHKAN URUSANMU

Nukilan dan pesanan khas untuk anakanda tersayang Nuraini dan bakal adik beradik...

Nak share pasal istighfar pula kali ini, semoga dapat memberi manfaat kepada kita semua.
Of course dalam kehidupan yang penuh mencabar ini, adakalanya kita dirundung rasa sedih, gelisah, susah hati, bimbang dan rasa payah..

Usah bersedih, kerana Allah swt itu sentiasa ada untuk menemani kita disetiap saat. Setiap kejadian buruk yang menimpa diri akan ada isyarat agar kembali kepada Tuhan yang satu.
JOM ISTIGHFAR
Teringat saya tentang kisah istighfar yang saya baca dalam Majalah Solusi. Cukup terkesan dihati kerana memang kisah tersebut hadir disaat rasa susah hati itu ada dalam diri....

Menurut penulis, 

Seseorang telah datang dan mengadu kepada Hassan al-Basri (ilmuwan pujaan saya ni..) bahawa hujan tidak pernah turun. 
Jawab Hasan al-Basri, 'Beristighfarlah kepada Allah'.

Lalu datang pula orang lain mengadu akan kefakiran yang dialami. 
Jawab Hasan al-Basri, 'Beristighfarlah kepada Allah'.

Kemudian datang lagi hamba Allah yang lain, kali ini wanita yang mandul mengadukan kepada Hasan al-Basri. 
Jawab Hasan al-Basri, 'Beristighfarlah kepada Allah'.

Para jemaah pun bertanya, 
'Apakah setiap orang yang mengadu, engkau hanya mengatakan istighfarlah kepada Allah?'

Hasan al-Basri menjawab,
'Tidakkah engkau membaca firman Allah : "Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sungguh, Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu, dan Dia memperbanyakkan harta dan anak - anakmu, dan mengadakan kebun - kebun untukmu dan mengadakan sungai - sungai untukmu". (Nuh 71: 10 - 12) 

Duhai zuriatku, ingatlah Allah sentiasa, tetapkan Dia di dalam hati mu..inshaAllah syurga itu milikmu..

Terima kasih kerana membaca^^^ semoga syurga itu milik kita semua^^^

SuhaileyMohdNoor
Aku juga mengejar syurga sepertimu^^^

No comments:

Post a Comment

Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...