Saturday, October 18, 2014

3 HOBI BUAT SAYA KAYA RAYA

Cerita pasal hobi ni, memang menyeronokkan!

Saya ada banyak hobi tau, bukan sebab saya ada banyak masa lapang, tetapi sebab saya mencari masa untuk melaksanakan hobi saya.

Walau sibuk macamana pun, saya akan pastikan hobi saya dapat dilaksanakan dengan jayanya. Setiap tahun, biasanya saya akan ada hobi baru untuk upgrade diri saya^^^

Entri kali ni saya nak fokus kepada 3 Hobi Buat Saya Kaya Raya.

Eh jangan salah faham, saya tak cakap pasal kaya duit semata-mata. 3 hobi buat saya kaya raya ni melibatkan kaya ilmu, kaya sedekah, kaya kawan dan boleh dikatakan kaya duit jugak. Dapat extra money la^^^

Hobi 1 : Menjahit 

3 Hobi Buat Saya Kaya Raya
Hasil Jahitan : Baby Quilt 

Hobi menjahit ni bermula 4 tahun lepas, selepas saya melahirkan anak sulung saya Nuraini Mohd Ezanni. Kehadiran Nuraini membuatkan saya berkobar-kobar untuk menjahit memandangkan baju baby girl sangat cantik dan macam-macam fashion kita boleh buat.

Maka, bermulalah episod google tutorial berkaitan seni jahitan dan episod mengorder kain sampai nun jauh si United State (US) dan sempat la buat group buy pembelian kain dan panel dari US. 

Dengan hobi menjahit ini, saya berjaya menjana pendapatan sampingan disamping menambah kenalan baru. Semua group jahitan di facebook saya join.^^^ 

Mana yang tak pandai saya buat tu, saya belajar hands on daripada sifu bab jahitan ni iaitu sahabat saya Nurin, Najwa dan Kak Atie. Mereka ni sangat membantu saya. Seronok berguru dengan they all, dah la free of charge, baik pulak tu.

Barang yang paling suka nak jahit adalah baby quilt, dah banyak baby quilt yang saya jahit dan jual. Segala hasil jahitan yang pernah saya jahit, saya simpan dalam blog ni sueysignature


Hobi 2 : Bisnes

Bermacam-macam bisnes saya jalankan, jual baju baby, jual mainan budak-budak, jual hasil jahitan, ambik tempahan jahitan, jual kain dan macam-macam lagi. Saya memang suka dengan bisnes, dan kalau saya bosan nak bisnes barang yang saya hasilkan, saya tolong kawan-kawan, adik beradik atau sedara mara jual hasil jualan diaorang.

Of course hobi ke 2 ni beri saya lebih income dan kepuasan kerana dapat lebih memberi dan dapat meluaskan  kenalan. Kaya macam-macam dengan berbisnes ni. Duit, kawan,ilmu, amalan, dan lain-lain.

Hobi bisnes ni, paling saya suka, sebab bisnes membuatkan saya kaya dengan pengalaman hidup. Masa ni la macam-macam orang saya kenal. Buat saya lebih matang juga.

3 Hobi Buat Saya Kaya Raya
ID 886589

Dalam banyak-banyak bisnes, bisnes Shaklee yang paling saya gemari. Its really upgrade myself. Tak dapat nak describe macamana. Nak order vitamin shaklee boleh hubungi saya ditalian 012 921 4064 ye.


Hobi 3 : Baca Novel

Dah dapat duit extra dari berbisnes macam-macam termasuk jual vitamin shaklee, sedikit hasil keuntungan saya reward diri dengan membeli novel. Nak beli guna duit gaji memang agak rasa bersalah la, mana tak rasa bersalah, sebulan beli novel beratus-ratus, memang kaya MPH dan POPULAR ada pelanggan setia macam saya ni. 

Dah start baca novel, join pulak group kaki novel. Bertambah kawan lagi, itu belum termasuk geng susu ibu lagi.hehe

Selain kaya dengan kawan-kawan, hobi membaca novel membuatkan saya kaya dengan amalan. Bagaimana tu??? 

Setiap novel yang berlambak saya beli tu, saya pinjamkan kepada kawan-kawan tanpa sebarang caj, so kawan saya tak perlu beli novel, baca je novel yang saya beli tu. Buat amal jariah sambil tolong jimatkan duit kawan-kawan.^^^

Penulis novel yang saya suka termasuklah Melur Jelita, E-man Sufi, Sophie Kinsella, Acik Lana, Evelynn Rose dan ramai lagi.

Novel yang paling saya suka ialah hasil tulisan Sophie Kinsella, iaitu semua buku The Shophalic Series.
3 Hobi Buat Saya Kaya Raya
Shophaholic Series

Itulah 3 hobi yang buat saya kaya raya, Memang kaya dengan kawan betul sejak menceburkan diri dengan hobi-hobi di atas. Kaya dengan ilmu tu of course la, macam-macam saya belajar dari ketiga-tiga hobi ini. Yang penting, hobi-hobi tersebut buat saya kaya dengan pengalaman hidup.

Begitulah sedikit perkongsian daripada saya.
Sebelum berundur diri, terima kasih kerana melawat blog saya dan membaca entri ini. Semoga informasi dalam blog ini berguna untuk anda.

p/s : hobi baru saya ialah blogging!^^^ 

#IbuBakalAnak2
suhaieymohdnoor

2 comments:

Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...