Zat besi atau pun dalam bahasa inggeris dipanggil Iron.
Ramai yang tak kenal bila sebut pasal zat besi ni, tapi bila cerita pasal Hb rendah, Hb tak cukup, tahu je kan...suplemen zat besi tu pulak memang perkara wajib sepanjang kehamilan.
Tahu tak sebenarnya zat besi ni sangat penting untuk badan kita. Zat besi ni kalau tak cukup dibekalkan kepada badan kita, boleh sebabkan anemia tau.
'Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang bertugas untuk menghantar oksigen ke seluruh badan bagi memastikan kelangsungan hidup.' Harian Metro pun cakap gitu, apalagi ahli perubatan kan.
Memang penting sungguh la zat besi ni.
Bagi ibu hamil, mereka memerlukan kira-kira 50% lebih banyak berbanding biasa iaitu pertambahan dalam 15-27mg/dl sehari.
Tanda-tanda kurang zat besi...
1. Pening
Pening yang berulang tau, asyik pening je kerjanya, memang tanda - tanda kurang zat besi la tu terutama pada ibu hamil.
2. Muka Pucat
Muka pucat ni senang sangat kita nak tengok. Kurang pengaliran darah menyebabkan muka nampak pucat. Ibu hamil bila datang check up memang akan diberi bekalan folate bila nurse tengok muka ibu hamil pucat lesi.
3. Sakit Kepala
Bila kurang oksigen dibawa oleh darah, sakit kepala memang boleh terjadi. Memang betul
kalo tak cukup tidur pun boleh sakit kepala jugak, tetapi bezanya sakit kepala yang disebabkan kurang zat besi ni biasanya berlaku kerap, disertai pening sekali.
4. Lemah atau tidak bermaya
Lemah dan tidak bermaya betul kan, bear ni?? Korang macam ni jugak ke??
Untuk ibu hamil, memang tanda-tanda kurang zat besi seperti lemah dan tidak bermaya ni senang untuk diperhatikan, bagi yang tak hamil pula, lemah atau tidak bermaya ini mungkin berlaku kerana terlalu banyak kerja atau pun kekurangan nutrisi lain jugak.
Ibu hamil yang kurang zat besi biasanya akan cepat penat apabila buat kerja dan kadang tu tak buat kerja pun penat jugak. ^^^
Mereka memerlukan lebih rehat dan tidur yang cukup selain bekalan zat besi yang mencukupi sepanjang kehamilan, penting untuk bayi dalam kandungan tau.
5. Tangan dan Kaki Sejuk
Kurang darah orang tua-tua kata kalau tangan dan kaki sejuk nih. Memang pun, kurang darah di sini bukan bermaksud darah tinggal je dalam badan eh. Komponen zat besi dalam darah tu yang berkurang sebenarnya.
6. Kurang Selera Makan
Makanan dah sedap. tapi takde selera pulak!! Korang macam ni jugak ke??
Bila kita lemau, lemah, penat, sudah pasti selera makan juga berkurang kan. Selera makan entah kemana dah. Sebab tu biasanya, orang yang kurang zat besi ni dia kurang selera makan.
Faktor-faktor seperti yang dinyatakan di atas adalah faktor penyumbang.
Dan disebab itu juga lah biasanya, ibu hamil yang kurang zat besi, berat badan mereka menurun. Perasan tak?
Cara Check zat besi kurang atau tidak...
Jika anda mempunyai hampir semua tanda - tanda di atas, elok lah sekiranya anda menjalankan pemeriksaan paras zat besi di dalam darah anda.
Ujian pemeriksaan darah sekali dengan zat besi ni dipanggil FBC (Full Blood Count). Kalo tak nak buat ujian darah penuh ni, cakap je nak cek Hb (Hemoglobin). Ibu hamil memang setiap bulan pun cek Hb ni.
Boleh cek HB ni kat hospital atau mana-mana klinik especially klinik yang buat pemeriksaan ibu hamil, confirm ada servis cek Hb.
Atasi masalah zat besi kurang...
Sebenarnya banyak sangat makanan yang boleh meningkatkan nilai zat besi dalam darah.
Baca sini : 7 MAKANAN NAIKKAN Hb
Tapi, sekiranya nak lebih efektif dan cepat, saya cadangkan anda amalkan vitamin shaklee Vitalea, saya sekeluarga memang mengamalkan pengambilan Vitalea untuk bekalan nutrisi harian kami dan juga untuk bekalan zat besi yang mencukupi.
Boleh baca tentang Vitalea di sini : KELEBIHAN DAN KEBAIKAN VITALEA
Nak order Vitalea?
Hubungi saya di talian 012 921 4064. Konsultasi dan cara makan yang betul disertakan secara PERCUMA.
Sekiranya anda disekitar Kuantan dan Kemaman, berikut adalah kawasan COD (cash on delivery) saya,
KUANTAN
BANDAR KUANTAN-AIR PUTIH-HTAA-UIA-BALOK-BESERAH-SG KARANG-SG ULAR-GEBENG-CHERATING-CHENDOR
KEMAMAN
TAMAN PERWAJA-BERENJUT-GELIGA-FIKRI-JAKAR-GONG PAUH-BUKIT MENTOK-BANDAR CHUKAI-BUKIT KUANG-TELUK KALONG-KIJAL
Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah
Pengedar Shaklee Kuantan
Pengedar Shaklee Kemaman
Suhailey Mohd Noor
Id 886589
No comments:
Post a Comment
Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much