Tuesday, October 14, 2014

DAGING GORENG KUNYIT CHENDOR PERDANA

Holla^^^
Masa untuk share resepi lagi..

Anak ummi, Nuraini sayang, ummi tinggalkan resepi ni untuk awak rujuk suatu hari nanti tau^^^ 
Make sure awak masak lagi sedap dari ummi ye!

Since 2,3 hari ni asyik mengidam nak makan daging jek, kita masak somethin' that related to daging lor!

Actually, my first time masak masakan daging ni sendiri, biasanya jadi tukang kacau or tukang rasa sahaja. Serius malas nak potong daging^^^ Tak minat lor.

So, hari ni nak share Resepi Daging Goreng Kunyit versi mak saya tetapi telah diolah sesuka hati oleh anak dia yang poyo ini dan resepi baru diberi nama Daging Goreng Kunyit Chendor Perdana!

Daging Goreng Kunyit Chendor Perdana

Daging Goreng Kunyit Chendor Perdana

Sebelum tu nak kasi tips masak masakan daging ni, kutip dari kengkawan jugak ni ;)



Tips...



1) Potong daging ikut arah lawan urat daging tersebut untuk kasi cepat empuk (lembut)



2) Basuh daging dengan tepung or asam jawa untuk hilangkan bau hamis daging



3) Orang tua - tua kata, kalau nak masak sup daging, untuk cepat daging tu empuk, letak sudu besi sekali masa rebus daging! - tips ni tak pernah try lagi^^^



Jom teruskan dengan acara memasak Daging Goreng Kunyit



Bahan - bahan yang diperlukan...


  1. Daging (of course)
  2. Kunyit serbuk
  3. Serai
  4. Garam
  5. Bawang besar
  6. Cili padi / Cili besar
  7. Air
Cara memasak...
Daging Goreng Kunyit Chendor Perdana
Daging yang digaul dengan kunyit
  • Gaul daging yang dihiris nipis tadi tu dengan serbuk kunyit. Kasi nampak kuning lebih sikit pun takpe.
  • Panaskan kuali.
  • Letak minyak masak dan bila dah panas, boleh masukkan daging yang dah digaul rata dengan serbuk kunyit tadi.
  • Tambah air, sukatan air tu just biar sampai agak-agak tenggelam segala daging dalam kuali tu, kira dah memadai dah tu. Lebih sikit pun no hal. 
  • Letak serai. Kuantiti biar sepadan dengan daging. Kalau untuk setengah kilo daging tu, boleh letak serai dalam 4-5 batang.
  • Masak sampai air hampir kering. 
  • Masukkan bawang besar yang dah dihiris dan cili padi or cili besar.
  • Tambah garam secukup rasa.
  • Siap dan sedia untuk dihidangkan.
Daging Goreng Kunyit Chendor Perdana
Daging Goreng Kunyit Chendor Perdana + ulam timun = awesome!

Senang sangat nak masak daging goreng kunyit ni kan! Tak sampai 30 minit pun dah siap. Sementara daging tu masak, boleh je nak sediakan lauk lain. Jimat masa dan pantas sekali^^^

Sekian sahaja resepi saya pada hari ini. Terima kasih kerana membaca^^^


Ibu ini juga suka memasak!
SuhaileyMohdNoor



No comments:

Post a Comment

Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...