Sunday, August 30, 2015

Makaroni Cheese Mudah Sedap Mesti Cuba

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Entri khas untuk peminat Makaroni Cheese. Nak resepi makaroni cheese yang mudah tak?
Bukan sahaja mudah, of course sedap jugak. 

Bagi mereka yang baru nak berjinak ke dunia masakan, bagi saya la, menu makaroni cheese antara menu yang sesuai korang cuba kerana ia mudah. Tak perlukan skill yang tertentu nak masak makaroni cheese ni, campak-campak je bab kata orang tua, dah boleh jadi. :)


Namun, harus diingatkan, makaroni cheese ni tak boleh la dimakan hari-hari, karang kan naik tahap kolesterol tu tau. Unless uolls guna cheese yang rendah lemak, kurang sikit kolesterol tu. 

Kolesterol ni bukanlah semua tak bagus, kita perlukan kolesterol untuk maintain kan fungsi tubuh macam untuk beri pelindungan kepada saraf dan sel. nak ransang pertumbuhan otak dan saraf pun perlukan kolesterol tau.

Tapi, bila dah terlebih kolesterol pulak, itu yang salur darah jadi sempit, kolesterol duk  menempel pada salur darah. Maka, terjadilah strok. Mesti tak nak strok kan?

Nasihat saya, sila telan vitamin shaklee Phytocol ST sebelum melantak makaroni cheese ni dulu.

Bacaan lanjut : FAQ Phytocol ST Shaklee

OK. Kita teruskan dengan resepi makaroni cheese. Resepi ni saya dapat dari kawan baik saya Nurul Aziyana. Tapi as usual lah, resepi tersebut telah diubahsuai mengikut selera penduduk tetap chendor perdana ni, hihi.

Bahan - bahan yang diperlukan untuk masak makaroni cheese

Ayam/daging kisar 400gm
Pati kiub knorr (ayam/daging)
Keju (keping/parut) 
Makaroni (elbow san remo) 
Bawang besar
Bawang putih
Oregano
Lada hitam
Telur 3-4 biji
Serbuk kari
Garam

Rebus 3 cawan makaroni sehingga masak. Toskan.

Tumis bawang besar dan bawang putih yang dah dipotong dadu. Tumis hingga garing.
Tambah 2-3 sudu kecil serbuk kari, lada hitam dan oregano.
makaroni cheese mudah sedap
Masukkan ayam/daging kisar dan goreng sehingga masak.
Tambah makaroni yang dah masak tadi. Kacau sebati.
makaroni cheese bakar
Dalam mangkuk berasingan, pecahkan 4 biji telur, Kacau sebati.
Masak telur bersama makaroni dan ayam kisar tadi. Kacau semua bahan hingga sebati.

Pindah semua bahan ke dalam bekas untuk bakar.
Ratakan dalam bekas dan susun cheese dibahagian permukaan.
makaroni cheese mudah sedap
Bakar pada suhu 170 selama 20 minit.

Siap.

Alhamdulillah, hidangan mudah dan pantas. Sedap inshaAllah.
Selamat mencuba.

salam sayang,
SuhaileyMohdNoor
PengedarShakleeKuantanKemaman

2 comments:

Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...