Monday, August 3, 2015

Cara Jimat dan Mudah Tingkatkan Sel-Sel Otak Berhubung?

Ibu bapa terutama ibu-ibu la, memang nak anak mereka bijak. 
Tipu la kalau kata tak kisah. Mesti kisah punye. Bukan la bermaksud anak tu memang wajib kena hebat dan mantap dalam akademik dan segalanya. 

Bagi saya, cukup lah sekadar mengikut potensi anak-anak amsing-masing. Jangan bunuh potensi anak pun dah cukup bagus!

Bayangkan semua ibu bapa nak anak mereka jadi DOKTOR, siapa pulak nak jadi Cikgu? Siapa pulak nak jadi Tukang Jahit?? Alamak tak berpakaian la semua orang kalau semua pun nak Doktor kan!

Betul tak? hihihi

Tak kira apa jua bidang yang diceburi, pasti memerlukan kebijaksaan yang tersendiri. Setuju?
cara jimat tingkatkan sel-sel otak berhubung

Ramai yang berpendapat, nak jadi bijak memerlukan kos yang tinggi? Eh, betul ke macam tu? kalau macam tu la, orang kaya je la boleh jadi pandai!

Jangan mudah mengalah. Teruskan usaha untuk menjadi lebih bijak dan cerdas walaupun anda rasa anda bukanlah kaya sangat...

Mungkin orang tak tahu, terdapat banyak cara yang jimat dan berkesan untuk meningkatkan fungsi otak. Kasi sel-sel otak berhubung sikit. Baru bijak! :)

Jangan tak tahu, ahli psikologi kini percaya yang kecerdasan boleh diperbaiki
Menurut mereka, dengan meluangkan masa mengasah minda kita setiap hari, kita akan menjadi lebih kreatif, lebih fokus dan membantu menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.

Cara jimat untuk tingkatkan sel-sel otak berhubung ni bukan sahaja boleh diaplikasikan oleh orang dewasa, tetapi boleh di ajar kepada anak-anak juga!

7 Cara Jimat Tingkatkan Sel-Sel Otak Berhubung

1. Menulis

Korang pernah ada jurnal tak? 
Dulu masa kat MRSM, cikgu english selalu suruh tulis jurnal harian. Boleh buat sel-sel berhubung rupanya. Patut la semangat sangat dia suruh 1 kelas ada jurnal!
omega guard
Sebenarnya, menulis jurnal ni adalah langkah bijak untuk menyusun idea dan pemikiran dalam dengan lebih tersusun. 

Apabila kita membaca kembali penulisan yang dulu-dulu, ia sebenarnya membantu kita mendapatkan perspektif baru tentang perkara tersebut.

2. Berfikir

Sibukkan diri dengan buku, dokumentasi ataupun 'board games' yang memerlukan kemahiran pemikiran kritikal (critical thinking).

Dengan cara begini, kita akan membuatkan diri kita lebih bijak.

3.Meditasi

Kajian menunjukkan meditasi membuatkan kita lebih bijak. Meditasi meningkatkan kebolehan otak untuk membuat perubahan fisiologi, meningkatkan 'white matter dan gray matter' dan membolehkan keseluruhan otak synchronize.
Ini akan membenarkan otak kiri berhubung dengan hemisfera kanan.

4.Membaca Setiap Hari
membaca

Tahukah anda, membaca meningkatkan kecerdasan dan menambah ilmu pengetahuan. Usahakan untuk membaca bahan bacaan non fiksyen sekurang-kurangnya 30 minit sehari.

Jika tak mampu untuk membeli buku, jangan lupa kita ada banyak perpustakaan yang menyediakan khidmat pinjaman buku secara percuma.

5.Aktif

Aktif disini bukanlah bermaksud kita perlu bersukan dengan jayanya. Jika, sebelum ini, kita jarang bersenam, apa kata, cuba untuk bersenam kembali.

Jogging di petang hari atau brisk walk pun boleh.

Tak dinafikan lagi, senaman menyumbang kepada kesihatan fizikal dan mental secara keseluruhannya.

Badan yang cergas, otak pun cerdas kan?

6.Main Permainan Video

Jika anak dan suami anda gemar bermain permainan video, jangan bimbang!
Kajian menunjukkan permainan video membantu memperbaiki kebolehan menyelesaikan masalah matematik dan perangai semasa di dalam kelas.

7.Tidur Yang Cukup

Tidur yang cukup menggalakkan otak untuk memjalankan fungsi dengan lebih baik dan menguatkan ingatan.


Kebanyakan dari kita memerlukan 7 hingga 8 jam sehari untuk tidur.

Mudah je kan cara nak jadi lebih bijak. Apa yang penting...konsisten lor!

Produk Shaklee untuk minda yang cerdas dan pintar adalah minyak ikan istimewa OMEGA GUARD.

Dibuat dengan 3 kali proses penyulingan, minyak ikan Omega Guard ini kaya dengan asid lemak Omega 3, DHA dan EPA.

1 hidangan Omega guard membekalkan 1000 mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.

Asid lemak Omega 3 diperlukan untuk fungsi otak sihat. DHA pula penting dalam proses penghantaran isyarat-isyarat otak. Untuk sel - sel otak  berhubung la ni tau.

Gabungan EPA dan DHA telah terbukti memberi manfaat kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah gangguan hiperaktiviti dan autisme. 

cara jimat tingkatkan sel-sel otak berhubung

Nak produk shaklee yang hebat ini! Jangan buang masa lagi, bertindak dengan cepat. Hubungi saya SEKARANG JUGA! Suhailey 012 921 4064.

Suhailey Mohd Noor
012 921 4064
Cod : Kuantan Kemaman




sumber : http://operationmeditation.com/

No comments:

Post a Comment

Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...