Saturday, August 22, 2015

13 Tabiat Mudah Bakal Ubah Masa Depan Anak lebih Baik

assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setuju tak kalau saya kata, menjadi parent pada zaman sekarang sangat mencabar! 
Zaman teknologi canggih dan zaman both parents berkerja. Masalah gejala sosialyang semakin meruncing dan juga persekitaran yang kurang selamat.Uhh

Tapi, bukan bermakna kita tak ada peluang untuk menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak kita, cuma agak mencabar sikit. 

Jangan bimbang, mesti ada jalan kan? Hebatnya kita as muslim ni, kita ada panduan yang sangat untuk kita ikuti iaitu al quran dan sunnah. :)

Apa pun, entri kali ni nak berkongsi tentang 13 tabiat yang ibu bapa perlu amalkan untuk masa depan anak yang lebih baik!
1. Jangan pukul anak dari lutut ke atas dan jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita untuk memukul anak serta  jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. 

Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control. Kita tak nak kan anak kita jadi macam tu!



2. Rotan/pukul anak di telapak kakinya.


Tabiat ni boleh buat bila perlu. Kenapa boleh pukul tapak kaki?
Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.


Sabda Rasulullah s.a.w.



“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”


3. Peluk anak setiap hari


Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.


So, kalau nak anak bijak, peluk la anak selalu :)
tabiat anak hebat


4. Pandang anak dengan penuh kasih sayang


Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran.
Elak pandang anak macam 'pandangan rimau' atau singa nak mengaum.


5. Beri sesuatu setiap kali anak anda berbuat kebaikan.



Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya.

Gula-gula sebiji pun dikira sebagai hadiah tau.


6. Jangan mengeluh depan anak bila rasa penat membesarkan mereka.


Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
Mesti mereka rasa sedih.


7. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. 

Dengar dan sila tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap.



8. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. 


Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. 

Anak-anak yang datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.



9. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. 


Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.



10. Hargailah permainan kesayangan anak anda. 

Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. 

Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

11. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. 

Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

12. Dengari mereka.

Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.


13. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. 

Ini penting kerana ia akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Bila tak stress, takde la nak marah-marah kan.

Anak pun tempias sama.Happy je lor.

Semoga 13 tabiat ini kita mampu konsisten dan ia membantu masa depan anak kita dengan baik. InshaAllah terdidik anak yang baik akhlaknya, sosialnya dan pemikirannya dengan tabiat sebegini oleh ibu bapa.

its never too late.

SuhaileyMohdNoor
SayaIbuAnakDua

Nasihat Kesihatan :
Of course la ibu bapa semua bukan je nak tarbiyah anak sehingga berjaya kan? Anak sihat juga penting. Setuju tak kalau saya kata, hati ibu bapa memang tak tenang bila anak tak sihat? Satu keje pun tak jadi.

So, saya nak cadangkan ibu bapa semua  berikan Mealshake untuk anak-anak mengikut keperluan (yang ni saya kena konsult ikut umur) anak-anak masing-masing. 

Mealshake ni basically makanan tambahan untuk anak-anak tampil sihat dan elak dari terkena jangkitan penyakit terutama demam, batuk dan selsema. 

Bagus untuk menguatkan daya ketahanan tubuh kanak-kanak, mealshake sangat disyorkan untuk dimiliki oleh setiap keluarga yang mempunyai kanak-kanak.

Anak Sihat Ibu Bapa Ceria.

Jika ibu bapa sekalian berminat untuk mendapatkan mealshake untuk kesihatan anak, boleh hubungi saya penerangan lanjut. 

Jangan tunggu anak sakit baru nak bertindak! Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

pengedar shaklee




1 comment:

  1. Nice sharing di pagi sabtu..moga menjadi panduan kita semua..

    ReplyDelete

Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...