Monday, August 17, 2015

Ikut Langkah Ini dan Anda Pasti Bahagia.Pesanan Untuk Anak

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah bertemu lagi kita di sini. Terima kasih kerana sudi menjengah ke blog ini.

Duk godek FB pagi ni ade terjumpa pasal apa yang perlu kita buat untuk sentiasa bahagia. 
Bagus untuk panduan kita semua especially untuk di ajar atau pesan kepada anak-anak.

Bila baca, nampak macam mudah, tapi hakikatnya agak payah.Kenapa payah? 
Jawapannya sebab hati ini telah berkarat.Belum betul-betul kena clorox!
huhu

Tapi, demi kesejahteraan hidup dimasa akan datang dan untuk panduan kamu duhai anak yang ummi sayang sangat, ummi coretkan dalam entri ni. Jangan lupa baca banyak kali tau. 

7 perkara ini akan buat kamu bahagia.

Tak percaya??
Boleh cuba dahulu dan ceritakan hasilnya di sini.

1.Jangan benci sesiapa pun walaupun ada yang menyalahi hak kamu.

Mudah je maksudnya tetapi belum tentu mampu nak buat.Hati kena banyak tabah oo.
Tak salah cuba sehingga berjaya.Diri sendiri juga yang untung.

Sifat membenci orang lain ini merupakan penyakit hati. Cuba untuk menyayangi semua orang. Hati pasti tenangg.

2. Jangan sedih secara berlebihan walaupun masalah sangat genting dan parah.

Bila sesuatu yang buruk berlaku, secara automatik kita akan sedih kan? Tak salah untuk sedih, tetapi jangan sedih secara berlebihan. Bersabar itu lebih baik.

Ini akan mendidik hati untuk sentiasa tabah dalam apa jua situasi. Mula-mula mungkin tak biasa, lama-lama pasti terbiasa.

Orang yang tabah dan bersabar selalunya lebih bahagia.

3.Bersederhana dalam kehidupan walaupun serba ada.

Umpama hidup dibawah kemampuan, rezeki yang lebih tu boleh sedekahkan pada yang lebih memerlukan.

4.Lakukan kebaikan walaupun banyak musibah datang.

Tak kira apa jua keadaan, jangan lupa lakukan kebaikan. Contohnya, Tolong orang dalam kesusahan.
Tak semua kebaikan memerlukan duit. 
Tolong hantar pakcik yang kehabisan minyak ke stesen minyak juga satu kebaikan.

5.Banyakkan memberi walaupun kamu sedang susah

InshaAllah kamu akan bahagia. Memberi ikut kemampuan kamu. RM1 pun sedekah juga.

6.Senyum walaupun hati kamu sedang menangis

Ini sedikit menguji ketahanan hati, tetapi bila berjaya melakukannya, kamu akan berasa lebih lega.

7.Jangan berhenti berdoa kepada saudara sesama muslim.

Doa kan kebahagiaan orang lain setiap hari. Bukankah mendoakan orang lain bahagia umpama mendoakan diri sendiri bahagia dua kali ganda?

Ganjaran besar disediakan untuk mereka yang sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan orang lain.

Itu sahaja perkongsian 7 perkara yang akan membahagiakan hidup apabila kita berjaya melakukannya. 

Tapi, percayalah, apabila anda mula melakukan 7 perkara ini, anda bertapak-tapak kehadapan membahagiakan diri anda.

Yang penting, usaha dan yakin. Jangan lupa bertawakal kepadaNya dan banyakkan berdoa.

Hidup ini sememangnya untuk mencari keredaanNya.

Bahagiakan Orang Untuk Bahagia.

SuhaileyMohdNoor

3 comments:

  1. terima kasih sharing ye..peringatan untuk PC juga..

    ReplyDelete
  2. saya ingin bahagia... tq for the tips. akan cuba.. huhu

    ReplyDelete
  3. Thanks sue for the sharing....Allahuakbar mcm tau2 jer hati ni tgh gundah...very nice sue...tenq so much :)

    ReplyDelete

Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...