Tuesday, September 8, 2015

Kedai Mee Sup Sedap Kemaman

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

alhamdulillah, last weekend pergi jalan-jalan cari makan disekitar bandar cukai, kemaman. Syok sebab 'gantung kuali' sehari. hehe

Bosan tak tahu nak makan apa, we all round bandar sampai la area pasar. since perut pun dah lapar, belasah je la makan apa pun kan. Kebetulan cik Nuraini mengidam nak makan menu 'mee'. Any menu asal kan 'mee'.

So, we all decide makan kat warung belakang stesen teksi kemaman. Bukan pertama kali, tapi tak banyak kali sangat makan kat sini. Dari zaman kanak-kanak lagi tau. Memang rekomen la warung ni.
Nama warung, Warung Pok Wel Sup, mungkin sempena nama owner warung ni kot. Tak pasti. segan nak tanya jugak.hihi.

mee sup kemaman
Nuraini yang pilih nak makan mee sup ni. Ummi ikut jek. Tak kisah sebab memang sedap. Daging banyak. hehe
Portion mee sup ni memang banyak sebab tu kongsi ngan nuraini pun tak habis.:)
mee sup sedap kemaman
Lagi sedap mee sup ni bila makan dengan cili jeruk ni. Tak pedas sangat pun, jangan risau. Janji memang sedap.
mee sup kemaman
Incik husband memilih untuk makan nasi goreng kampung. Side dish ayam nasi ayam. Menurut incik husband, nasi ayam kat warung ni pun memang sedp. Boleh consider untuk tempahan.

Bagi saya, nasi goreng kampung dan ayam nasi ayam warung ni menepati selera saya. Next time akan cuba, selalunya memang order masakan sup je. ;)

Apa pun, harus diingatkan, review mee sup dan masakan kat warung ni hanya semata-mata pendapat kami sahaja. Kalau korang nak tahu memang sedap ke tak, sila terjah warung ni dan nikmati masakan yang disediakan. order je.
mee sup kemaman

Bagi yang ingin mengunjungi warung Pok Wel Sup ini, lokasi warung ni adalah di belakang stesen teksi berhampiran Pasar Kemaman. Landmark lain ialah benteng kastam lama.
Boleh hubungi 012 960 3266 (Pok Wel) atau 013 990 7481 (Kak G) jika nak buat tempahan.

sekian, review saya tentang mee sup kat kedai warung pok wel sup. Tak sabar nak datang lagi.
Hari tu pernah datang petang, mee sup dah habis.

SayaMakanVitaminShakleeSebabTuTakRisauMakanMacamMacam

SuhaileyMohdNoor

3 comments:

Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...