Sunday, August 23, 2015

Resepi Nasi Ayam Sedap Mudah

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Masak apa lunch hari ni? Tengah buntu ke?
Kadang memang takde idea nak masak apa tau. Alih-alih masak masakan yang sama je.

mmm paling senang, ikut je la selera anak.Kalau Nuraini ni, suka sangat nasi ayam. Kadang muak jugak kita ni nak makan, tapi dah anak suka, layan kan aje.

Pada yang nak cuba masak nasi ayam dan tercari-cari resepi nasi ayam yang mudah, boleh ikut resepi yang bakal saya kongsikan ni.
nasi ayam sedap mudah
Nasi Ayam ringkas, mudah dan simple. Sesuai jugak untuk student masak sebab kos tak tinggi mana. Jimat belanja uolls.

Resepi Nasi Ayam Mudah dan sedap (ikut selera iolls :))

Things that uolls need untuk masak nasi ayam special ni :

Hidangan 4 orang :

Beras 2 1/2 cup
Marjerin/planta
Halia 1inci
Ayam 1/2 ekor
Kicap
Bawang putih 2 biji
Bawang merah 2biji
Rempah 4 beradik
Gula
Garam
Lada hitam
Tomato 1 biji
Cili besar 3 biji
Cili kecik 1 biji
Cuka/jus limau nipis
Salad
Timun Jepun

Dalam masakan biasa,kita masak nasi dulu kan? Tapi, bila nak masak nasi ayam, first thing kena buat ialah rebus ayam dulu. 

Masukkan bawang putih dan halia masa rebus ayam tu. Make sure air rebusan cukup untuk masak nasi dan buat sup!
nasi ayam mudah sedap

Sementara tunggu ayam masak, boleh basuh beras dan pada masa yang sama boleh sediakan bahan untuk buat sos nasi ayam (cili, tomato, gula, bawang putih).

Bila ayam dah masak, asingkan ayam dari air rebusan tersebut. Letak dalam bekas lain.

Panaskan planta dalam periuk. Bila, planta dah cair, masukkan beras yang dah di basuh tadi. Gaul beras dan planta biar sekata. Tutup api.

Ambil air rebusan ayam tadi, tuang dalam periuk nasi. Agak-agak cukup untuk masak nasi, tinggalkan sikit air rebusan untuk buat sup.
nasi ayam sedap mudah
Boleh ambil halia dalam air rebusan ayam dan masukkan dalam periuk nasi. Masak nasi seperti biasa.

Seterusnya, ambil ayam yang dah direbus, perap dengan kicap dan sedikit gula.

Next, kita sediakan sos nasi ayam pulak.
Blend cili besar, cili kecik, bawang putih (1 ulas), sedikit gula, tomato (half je), cuka atau jus limau nipis dan sedikit air rebusan ayam. Siap.
nasi ayam sedap mudah
Untuk sup pulak, tumis bawang putih, bawang merah dan rempah 4 beradik. Tambah air rebusan ayam dan sedikit garam. Boleh masukkan lada hitam sedikit je. Siap sup.

Sementara nak tunggu nasi masak, boleh sediakan salad, tomato dan timun jepun. Potong dan hias mengikut citarasa masing-masing.
nasi ayam sedap mudah
Bila nasi dah siap. Goreng ayam yang dah diperap tadi. Air lebihan perap ayam tu, guna sebagai air kicap untuk makan bersama nasi ayam. Sekejap je goreng ayam tu tau sebab dah memang masak kan masa rebus tadi.
nasi ayam sedap mudah
Mudah sangat kan nak buat nasi ayam ni. InshaAllah pasti jadi.

Oleh kerana, hidangan ni untuk 4 orang, kami memang sengaja masak lebih sebab boleh makan ulang-ulang. One of the reason kenapa lagi syok masak sendiri :) Kadang tu, cukup tu bawak bekal pergi ofis lagi uolls.
nasi ayam sedap mudah
Selamat mencuba.

Nasi ayam adalah antara makanan berat yang paling mudah nak buat dan most people memang suka makan nasi ayam. Kalau nak hidangkan kat mana-mana tetamu, memang sesuai sangat la.

Tapi, kalau bimbang tetamu gemuk lepas makan nasi ayam korang yang super best ini, sebelum makan, hidangkan tetamu dengan Phytocol ST. Tak sempat la segala mak nenek kolesterol masuk dalam salur darah tetamu uolls tu.

Phytocol ST, vitamin dari shaklee ini memang diformulasikan khas untuk menghalang kolesterol jahat daripada sumber makanan yang kita makan daripada masuk ke dalam salur darah. Jangan tak tahu, bila kolesterol berjaya masuk ke dalam salur darah, lama-lama, strok, sakit jantung, darah tinggi, itu la yang kita dapat.

Tak nak kan, dapat strok bagai ni.
Baik cegah sebelum kena tau. :)

salam sayang,
Suhailey Mohd Noor
Pengedar Shaklee Kuantan Kemaman

terima kasih kerana singgah di blog ini :)

No comments:

Post a Comment

Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...