Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Ilmu tentang parenting ni memang banyak sangat. Tak habis-habis nak study. Maklumlah setiap anak tu berbeza perangai dan tabiat. Memang banyak la jugak cabarannya.
Anak perempuan dengan cara dan gaya anak perempuan, anak lelaki lain pulak peel nya. Variasi yang sangat besar macam biodiversiti pulak. :)
So, entri kali ni, nak share tentang waktu yang baik dan mustajab untuk mendidik anak. Maklumat atau ilmu ni saya dapat daripada seorang kawan, lama dah tersimpan kat note facebook. Tahun 2011 kot. Tapi jangan risau, ilmu parenting ni masih relevan dan sesuai sampai bila-bila pun.
Apa yang buat saya tergerak hati nak share pasal ni ialah, lately kurang masa sikit untuk anak. Both of us la, bukan saya je. Memang rasanya masalah dan cabaran semua ibu bapa yang berkerja kot, masa limited dengan anak. Dah balik kerja, penat la jugak, kadang tak sempat nak dengar luahan anak dek sibuk menguruskan kerja rumah tangga pulak. Setuju tak?
Bila ada panduan macam ni, lega sikit rasa, memang sesuai dan berguna untuk saya. Korang bagaimana?
Menurut panduan yang diberi tu, berikut adalah waktu yang baik dan mustajab untuk mendidik anak. Maaf ye korang, memang tak ingat langsung nak tulis sumber rujukan. Terima kasih banyak kepada yang menyumbang panduan ni kepada saya suatu masa dahulu. Semoga Allah memberkatimu.
1.WAKTU ANAK SEBELUM TIDUR (LEBIH KURANG 10 MINIT SBLM TIDUR)
Disarankan, ibu atau bapa membaca ayat dan surah berikut kepada anak-anak. Kalau boleh baca sama-sama pun lagi bagus.
a) Baca Al-Fatihah (1 kali)
b) Baca Ayat Kursi (1 kali)
c) Baca Surah Al-Insyirah (1 kali)
d) Baca Surah Toha ayat 1 - 5 (1 kali)
Kemudian hembuskan pada ubun-ubun anak, niatkan agar anak menjadi anak yang soleh,cemerlang,lembut hati,rajin belajar,rajin solat dan lain2.
2.WAKTU ANAK SEDANG TIDUR
Jika tak nak baca sebelum anak tidur, baca semasa anak sedang tidur.
a) Baca Al-Fatihah (1 kali)
b) Baca Ayat Kursi (1 kali)
c) Baca Surah Al-Insyirah (1 kali)
d) Baca Surah Toha ayat 1 - 5 (1 kali)
dan hembus pada ubun-ubun anak.
3.WAKTU ANAK BANGUN TIDUR
Pada waktu ini, elakkan membebel. Ambil peluang untuk berborak dengan anak. Masa ini lah nak selit nasihat, yang simple sesuai dengan keadaan anak yang baru bangun dari tidur.
4.WAKTU ANAK SELEPAS MANDI
Sambil-sambil tolong anak bersiap ke sekolah tu, boleh borak santai-santai, mungkin bercerita pasal petang semalam ke, sambil-sambil cerita pasal nabi ke or any other good deeds la.
5.WAKTU ANAK SELEPAS MEMBACA AL-QURAN
Kiranya tazkirah jugak la jika tak sempat nak solat jemaah.
6.WAKTU ANAK SELEPAS SOLAT
Kalau solat berjemaah lagi bagus, lepas dah solat tu, boleh bagi tazkirah.
7.WAKTU ANAK SELEPAS RIADAH
Lepas riadah, masa anak tengah rehat tu, elok nak bagi nasihat tapi jangan marah tau. Masa ni, they all tengah relaks, cakap apa pun ok sebab tengah tenang.
Bagi ibu bapa yang anak mereka berjauhan seperti tinggal diasrama, boleh amalkan perkara berikut :
a- Baca ayat diatas kemudian bayangkan wajah anak anda,sebaik-baiknya diwaktu anak sedang tidur.
b- Bacalah doa untuk anak & berilah nasihat dari jauh,inshAllah sampai.
c- Sebaik-baiknya doakan mereka selepas solat tahajjud,hajat dan taubat.
Jom semua ibu bapa, kita amalkan dan konsisten mendidik anak supaya mereka sentiasa berada dilandasan yang betul.
InshaAllah generasi yang terbaik agamanya terbina dengan usaha terbaik dari kita semua
SuhaileyMohdNoor
Bersama Membangunkan Sahsiah Ummah
No comments:
Post a Comment
Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much