Terima kasih kerana masih setia mengunjungi blog daku ini.
Dah lama nak sembang pasal otak manusia ciptaan Allah swt yang superb best ni, tapi sokmo la lupa :)
Maka, dikesempatan ini (eh, macam nak mintak maaf raya pulak), daku nak kongsikan tentang 10 makanan yang bagus dan boleh buatkan otak uolls yang superb hebat itu berfungsi dengan lebih hebat dan mantap!
Cerdas dan pintar gitu.
Osem sangat kan? Sape yang tak nak mantapkan IQ they all beb? Tak perlu bersusah payah pulak tu.
Makan je beb, orang yang tak tahu apa itu IQ pun suka makan tau :)
Sebelum bebelan bertambah panjang, nak bagitahu yang info yang bakal dibekalkan berikutnya bukanlah rekaan diriku ini, tetapi hasil pembacaan dan sumber-sumber yang boleh dipercayai.
Sila percaya. Tak nak percaya sudahlah..hihi
10 Makanan Bagus Untuk Otak Cerdas Pintar
1. Sarapan Pagi
Dah agak dah, mesti ramai yang tak ambik sarapan pagi ni. Rugi betul uolls ni tau.
Menurut kajian, mereka yang bersarapan pagi yang seimbang secara konsisten, menunjukkan peningkatan keupayaan daya ingatan yang bagus, lebih fokus, lebih kreatif dan peningkatan prestasi dalam apa jua bidang yang diceburi.
Jom kita konsisten sarapan pagi seimbang!
2. Ginkgo Biloba
Para saintis mendapati, ginkgo biloba meningkatkan tempoh short term memory, daya fokus dan mengurangkan risiko nyanyuk.
Ini kerana, ginkgo biloba bertindak melancarkan perjalanan darah ke otak.
3. Minyak Ikan
Minyak ikan ni favourite kami sekeluarga. Incik suami biasalah, culas sikit nak makan, anak dia pulak terlebih eksited makan minyak ikan.
Kajian para penyelidik mendapati, asid lemak omega 3 dalam minyak ikan diperlukan untuk fungsi otak.
Bacaan lanjut : Minyak Ikan Pilihan Kami Sekeluarga
4. Matcha
Sejenis teh hijau yang baik untuk kesihatan, teh ini juga dikatakan baik untuk otak.
Penggemar teh harus tahu bahawa ia adalah makanan terbaik untuk meningkatkan mental alertness.
5. Vitamin B
Vitamin B memperbaiki tahap ingatan dan mood kita hari-hari.
Nak ingatan yang kuat dan mood yang baik, sila lah makanan vitamin B.
Boleh baca kebaikan lain Vitamin B kat sini : KEBAIKAN VITAMIN B
Kajian jugak mendapati, mereka yang kekurangan vitamin B have greater mental decline.
6. Avocado
Dulu masa Nuraini start makan solid, selalu buatkan puri avocado untuk dia. Bila dah besar ni, tak nak pulak.
Nasib baik ada pilihan lain untuk tingkatkan fungsi otak dia.
Avocado ni melancarkan pengaliran darah ke otak. Otak memerlukan darah untuk berfikir.
Sesuai lah, avocado menjalankan fungsi begitu.
7. Antioksida
Antioksida bertindak melawan radikal bebas yang mengganggu fungsi otak.
Boleh makan kacang merah, blueberi dan kranberi untuk memperbaiki tahap ingatan dan
8. Ikan dan Daging
Siapa yang tak suka ikan dan daging memang rugi.
Kretin (creatine) yang terkandung di dalam daging dan ikan diperlukan untuk untuk kecerdasan dan menguatkan ingatan.
9. Ginseng
Ginsing juga salah satu makanan yang baik untuk ingatan dan fungsi otak.
Chinese suka ginseng ni.
10. Vitamin E
Biasanya vitamin E diambil untuk kecantikan. Tak sangka pulak boleh jadi bijak.
Osem sangat la makan vitamin E ni, dah la cantik, bijak pulak tu. Gabungan mantap rebutan bakal mak mertua ni :)
Vitamin E yang bersifat antioksida diperlukan untuk kesihatan otak.
Hasil penyelidikan mendapati, konsiten pengambilan vitamin E membantu melambatkan penyakit Alzheimer.
Nak cuba vitamin E shaklee? Rujuk sini. VITAMIN E Shaklee
Selesai sudah perkongsian pada hari ini. Jangan lupa amalkan tau. Kalau ada lagi maklumat tambahan, uolls boleh letak dekat komen.
Nak dapatkan vitamin shaklee, hubungi saya ditalian 012 921 4064.
SuhaileyMohdNoor
Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah
Selesai sudah perkongsian pada hari ini. Jangan lupa amalkan tau. Kalau ada lagi maklumat tambahan, uolls boleh letak dekat komen.
Nak dapatkan vitamin shaklee, hubungi saya ditalian 012 921 4064.
SuhaileyMohdNoor
Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah
Dulu sebelum kawin mmg xamiksarapan. tapi bila dah ada anak ni mmg tak leh kata tak pada sarapan.
ReplyDeleteorg dewasa pon kena pastikan mkn makanan yg baik utk otak. Sbbnye bila usia dh makin berkurang, sel2 otak pun byk dh putus. Hehe
ReplyDelete