Jom kenali teh hijau dengan lebih dekat. Nak kurus dengan teh hijau?
Jom baca ni...
Teh hijau adalah di antara olahan teh yang sangat popular di Asia Timur terutama di Jepun. Malah penduduk dunia yang paling panjang umurnya ditemui berada di pulau Okinawa, Jepun dan didapati ramai penduduknya berusia melebihi 100 tahun malah mereka jarang dijangkiti penyakit. Ini kerana mereka menjadikan minuman ocha iaitu sejenis teh hijau sebagai minuman harian.
Sebenarnya, bahan pembuatan teh hijau tidak mempunyai perbezaan dengan jenis tanaman teh lain namun teh yang berasal daripada pokok Camelia Sinesis mempunyai cara pengolahan berbeza berbanding teh hitam atau merah yang selepas dipetik akan dikeringkan kemudian mengalami proses pengoksidaan selama enam minggu.
Berbeza dengan teh hijau, sebelum dikeringkan daun teh yang baru dipetik dikukus terlebih dulu sehingga peringkat oksidasinya berada pada tahap paling minimum.
Menurut Journal Amerika berdasar kajian klinikal Nutrisi mendedahkan ekstrak teh hijau dikenal pasti memberi manfaat untuk mengaktifkan metabolisme dan meningkatkan tenaga. Ini kerana ia mengandungi sejenis bahan polyphenois katekin dalam jumlah yang besar dan mampu membakar lemak sehingga empat peratus dalam tempoh 24 jam selepas meminum teh hijau.
Malah minuman berkhasiat ini membantu mengatur (mengawal) glukosa, karbohidrat dan mengurangkan peningkatan gula dalam darah sekiranya diambil selepas makan.
Hasil kajian Universiti Chicago pada tikus yang disuntik ekstrak teh hijau selama tujuh hari mendapati teh ini mempunyai hubung kait dengan penurunan nafsu makan. Tikus yang disuntik itu makan kurang sehingga 60 peratus daripada biasa.
Walaupun terbukti berkhasiat untuk menurunkan berat badan, namun dengan hanya meminum teh hijau saja tidak akan memberikan hasil yang diinginkan tanpa melakukan senaman atau makan mengikut piramid makanan.
Ini kerana untuk mengurangkan lemak sebanyak setengah kilogram seminggu, seseorang itu harus mengurangkan jumlah kalori sebanyak 3,500 kalori. Ini bermakna dengan minum lima cawan teh hijau sehari ia akan hanya membakar 70 hingga 80 kalori sehari dan masih belum mampu mencapai tujuan asal. Oleh itu di samping mengamalkan teh hijau anda juga harus melakukan senaman secara teratur serta mengikut pola makan yang sihat.
Teh hijau harus disertakan dalam diet pemakanan seharian. Ia memiliki nutrien yang terbaik untuk kesihatan, sama ada golongan muda atau tua, lelaki atau perempuan.
Walaubagaimanapun, perlu diingat bahawa teh juga mengandung kafein. Jika diambil secara berlebihan, ia dapat menyebabkan beberapa gangguan seperti insomnia, berdebar hati dan ketidakaturan detik jantung. Namun kandungan kafein dalam teh masih tetap lebih rendah jika dibandingkan dengan kopi atau minuman berkarbonat.
Malas nak bancuh teh hijau yang perlu guna air panas tu?
Anda boleh cuba Cinch Tea Mix dari Shaklee.
Boleh dibancuh dengan air sejuk dan sangat mudah kerana ianya didatangkan dalam bentuk serbuk mudah larut.
Cinch Tea Mix Shaklee lazat diminum samada panas atau sejuk.
Selain, membantu untuk menguruskan badan, cinch tea mix ini juga membekalkan tenaga sepanjang hari.
Berminat untuk mencuba cinch tea mix?
Hubungi saya di talian 012 921 4064 atau email sueymn@yahoo.com.
Sekiranya anda disekitar Kuantan dan Kemaman, berikut adalah kawasan COD (cash on delivery) saya,
KUANTAN
BANDAR KUANTAN-AIR PUTIH-HTAA-UIA-BALOK-BESERAH-SG KARANG-SG ULAR-GEBENG-CHERATING-CHENDOR
KEMAMAN
TAMAN PERWAJA-BERENJUT-GELIGA-FIKRI-JAKAR-GONG PAUH-BUKIT MENTOK-BANDAR CHUKAI-BUKIT KUANG-TELUK KALONG-KIJAL
Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah
Pengedar Shaklee Kuantan
Pengedar Shaklee Kemaman
Suhailey Mohd Noor
Id 886589
No comments:
Post a Comment
Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much