Wednesday, November 26, 2014

6 KAEDAH BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN | TAK BAIK TAK BAYAR TAU

Haaa..kantoi...tak bayar PTPTN ye???
Aha, ramai je yang tak bayar PTPTN ni, tak pasti pulak kenapa, sepatutnya, dah berhutang tu, kenalah bayar kan???

hehe, mungkin belum dapat kerja atau tak tahu nak bayar pinjaman PTPTN ni kat mana! Kena bersangka baik tau.

Maka, untuk memudahkan kalian semua, di sini saya senaraikan 6 kaedah bayaran balik pinjaman PTPTN untuk panduan semua.

KAEDAH BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN 1 - KAUNTER

Berikut adalah senarai kaunter di agensi / ejen yang menerima bayaran PTPTN. Korang boleh pilih nak bayar kat agensi mana tau. Caj RM1 dikenakan sekiranya kita memilih untuk bayar PTPTN di kaunter bank.
  • IBU PEJABAT PTPTN
  • PEJABAT PTPTN NEGERI DI SELURUH NEGARA
  • ONE STOP CENTER PTPTN, KL SENTRAL DAN PUTRAJAYA
  • URBAN TRANSFORMATION CENTRE (UTC) KUALA LUMPUR DAN PERAK
  • IBU PEJABAT LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (LHDNM)
  • BANK ISLAM
  • CIMB BANK
  • BANK SIMPANAN NASIONAL BANK KERJASAMA RAKYAT
  • POS MALAYSIA BERHAD
KAEDAH BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN 2 - POTONGAN GAJI

Kita pun boleh buat potongan melalui gaji untuk membayar pinjaman PTPTN ni tau! Dapatkan borang permohonan potongan gaji di Portal Rasmi PTPTN. Then, boleh borang permohonan berserta nama dan alamat majikan ke PTPTN. klik portal PTPTN

KAEDAH BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN 3 - PERBANKAN INTERNET

Kaedah ketiga ni paling senang, transfer je duit melalui perbankan internet.
  • CIMB BANK (www.cimbclicks.com.my)
  • MAYBANK (www.maybank2u.com.my)
  • BANK ISLAM (www.bankislam.biz)
  • PUBLIC BANK (www.pbebank.com.my)
  • RHB BANK (www.rhb.com.my)
  • AMBANK (www.ambankgroup.com.my)
  • BANK RAKYAT (www.irakyat.com.my)
  • POS ONLINE (www.posonline.com.my)
  • BANK SIMPANAN NASIONAL (www.mybsn.com.my)

KAEDAH BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN 4 - PORTAL RASMI PTPTN e-FES melalui Financial Processing Exchange (FPX)

Bank yang ada menawarkan khidmat e-FES ni termasuklah
  • BANK ISLAM
  • CIMB BANK
  • PUBLIC BANK
  • MAYBANK
  • HONG LEONG BANK
  • RHB BANK
KAEDAH BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN 5 - PENGELUARAN AKAUN II KWSP

Bagi yang dah pun bekerja dan ada mencarum KWSP, boleh juga membuat pengeluaran akaun II KWSP untuk membayar balik pinjaman PTPTN tersebut. Syarat -syarat pengeluaran akaun II KWSP adalah seperti berikut :

  1. Permohonan daripada penerima biaya :
  • Bagi peringkat pengajian ijazah dan diploma : Perjanjian pembiayaan pendidikan adalah 2 Januari 2001 dan ke atas
     2. Permohonan daripada ibu/bapa penerima biaya :
  • Bagi peringkat pengajian ijazah : Perjanjian pembiayaan pendidikan adalah April 2000 dan ke atas
  • Bagi peringkat pengajian diploma : Perjanjian pembiayaan pendidikan adalah 17 Januari 2006 dan ke atas.
KAEDAH BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN 6 - ELECTRONIC DATA CAPTURE (ECD) TERMINAL 

Boleh guna sebarang kad ATM atau kad debit bank - bank tempatan yang mempunyai logo MEPS untuk membuat bayaran pinjaman PTPTN ini.

So, kita ada 6 kaedah untuk membuat bayaran balik pinjaman PTPTN seperti yang dinyatakan di atas. Tak ada alasan lagi untuk kita tidak membuat bayaran pinjaman PTPTN ni tau. Generasi akan datang pun ingin menikmati pinjaman yang sama juga tau. 

Eh, nak tahu macamana saya membuat kerja sampingan untuk membayar pinjaman PTPTN tanpa menggunakan duit gaji? Jom buat kerja mudah ini. 
Hubungi saya ditalian 012 921 4064 untuk menjana pendapatan bersama Shaklee. Extra income untuk membayar PTPTN tau ;)

Klik DAFTAR SHAKLEE untuk mendaftar sebagai ahli shaklee. Jangan bimbang kerana tunjuk ajar disediakan. Personal and group coaching tau.

BERSAMA MEMBANGUNKAN EKONOMI UMMAH

SuhaileyMohdNoor
PengedarShakleeKuantanKemaman

7 comments:

  1. Yg no 6 tu camne? Terangkn please. Nak masukkn atas account apa?

    ReplyDelete
  2. Y last tu mcmana? Hari tu saya try tp xdpt pn jd dorg suruh byr kat kaunter je..plis reply asap, da dpt amaran ke 3 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. memang kena bayar dekat kaunter tp bayar guna kad atm. sy dah cuba tahun lepas di kaunter ptptn UTC kuantan. harap dpt membantu.
      boleh juga hubungi 03 2080 4455 utk keterangan lanjut

      Delete

Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...