Alhamdulillah, dah nak sampai due bersalin ye...
Dah buat persediaan barang bayi nak bawa ke hospital? Mesti excited nak sambut bayi baru kan!
Dah beli semua barang bayi ke? Biasanya, terlebih-lebih ibu bapa membeli ni, terutama yang baru nak bersalin anak pertama. Perasaan excited tu memang terlebih sangat, kalau boleh, semua pun nak beli..hehe
Dah banyak sangat barang yang dibeli tu, keliru pulak kan nak bawa yang mana ke hospital untuk bersalin nanti. Ada yang perlu dibawa, ada yang tak perlu pun lagi. Takkan la nak bawa satu pergi hospital kan?? hehe
So, di sini saya senaraikan barang bayi yang ibu hamil wajib bawa sebelum ke bilik bersalin untuk dijadikan panduan terutamanya buat first time mother dan juga ibu - ibu lain yang mungkin dah lupa nak bawa barang bayi yang mana ke hospital sebelum bersalin.
Dah alang- alang saya pun memang buat persiapan ni, so saya kongsikan dengan kalian semua ;)
1. Pampers
Pampers size newborn tau. Tak perlu banyak pun, 10 keping pun dah cukup.
PAMPERS PET PET SIZE NEWBORN |
2. Baju bayi
2 pasang baju lengan panjang dan 2 pasang baju lengan pendek dah cukup. Just prepare both baju, lagipun kita tak tahu kan kita bersalin pukul berapa. Kalau bersalin tengahari, boleh pakaikan baju lengan pendek, kalau bersalin malam, boleh pakai baju lengan panjang.
BAJU BAYI |
Bagi saya kan, tak perlu bawa banyak sangat baju, sebab tak plan nak stay lama kat hospital pun. Kalau boleh, nak terus discaj dan sambung berpantang kat rumah. Harap semuanya berjalan dengan lancar.
3. Mitten and botties
Sarung tangan dan sarung kaki ni sangat penting tau, kesian kat bayi kalau takde sarung tangan dan sarung kaki ni. Boleh siapkan 2 atau 3 set sarung tangan dan kaki ni.
4. Tuala
TUALA |
5. Selimut
Selimut recycle Nuraini punya je. Baru sangat dan banyak pulak tu koleksi Nuraini ;)
6. Tisu basah
Kali ni bawak tisu basah saiz kecik je. Kalau ade yang saiz besar pun boleh juga.
TISU BASAH |
7. Bantal
BANTAL |
Tak kritikal sangat untuk bawa bantal bayi ni, kalau kita terlupa pun ok je sebab ada kain tuala yang boleh kita jadikan bantal. Kain lampin pun boleh buat alas kepala bayi. So, tak perlu risau jika tertinggal bantal bayi ni tau.
Bantal ini dibeli atas persetujuan Nuraini untuk adik dia. Layankan sahaja ;)
8. Kain bedung
Saya memang suka bedung bayi walaupun bayi-bayi zaman sekarang ni tak suka dibedung. hehe.
Kain bedung saya plan nak bawa 2 helai.
KAIN BEDUNG |
9. Barut
Barut bayi boleh bawa 2-4 helai. Barut ni kecik je, so boleh bawa banyak.
10. Mandian bayi
Bawak je set mandian bayi yang kecil tu. Tak nak stay lama pun kat hospital kan??
Yeay.. dah siap dah persiapan barangan bayi yang perlu saya bawa ke hospital untuk bersalin.
Yeay.. dah siap dah persiapan barangan bayi yang perlu saya bawa ke hospital untuk bersalin.
Next entri, saya share pulak persiapan barangan ibu nak bersalin perlu bawa ke hospital pula.
Tunggu!!
Selamat bersalin ye ibu - ibu sekalian. Semoga dipermudahkan.
Jika ibu - ibu sekalian ingin berpantang dengan SET BERPANTANG SHAKLEE boleh hubungi saya di talian 012 921 4064.
Takkan tak nak badan sihat dan cergas untuk jaga anak tercinta kan?
Pengedar Shaklee Kemaman
Suhailey Mohd Noor
Jika ibu - ibu sekalian ingin berpantang dengan SET BERPANTANG SHAKLEE boleh hubungi saya di talian 012 921 4064.
Takkan tak nak badan sihat dan cergas untuk jaga anak tercinta kan?
Pengedar Shaklee Kemaman
Suhailey Mohd Noor
sweet je kan.. teringat masa nak bersalin kat sepital dulu...
ReplyDeletep/s : Salam. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #10. (^_^). Blog ini telah tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/11/senarai-url-blog-10.html dan pemenang bertuah telah diumumkan http://www.mialiana.com/2014/11/pemenang-bertuah-url-blog-10.html
Maaf.. baru sempat nak blogwalking ke sini.
- Mia Liana -
:)
Delete