Friday, November 7, 2014

PENGASUH LARI KERANA ANAK KERAP SAKIT

Anak anda kerap sakit?
Ada orang kata, isu ini perkara biasa, terutama untuk kanak - kanak yang dihantar ke pusat jagaan kanak - kanak!
Anda setuju ke?
Memang tak boleh elak ke anak - anak kita kerap sakit terutamanya demam, batuk dan selsema ini?

Kalau anak kerap sakit sangat, pengasuh pun tak nak jaga tau. Bosan asyik sebarkan virus kepada anak - anak yang lain. Ibu bapa lain pun naik angin.
PENGASUH LARI ANAK KERAP SAKIT
PENGASUH LARI
Bagi saya, pasti ada cara untuk elakkan anak - anak kita kerap sakit dijangkiti demam, batuk dan selsema. Memang serius perkara ni, bukan boleh buat main-main. Bila anak kerap sakit, bukan sahaja emosi ibu bapa boleh terjejas tau, emosi pengasuh pun terganggu. 

Untuk ibu bapa, of course la tidur tak cukup, jaga anak sepanjang malam, hati risau lagi, esok nak kerja, siapa nak jaga anak. Tak sampai hati pulak nak hantar anak ke taska. Tapi kalau asyik cuti je, lama - lama prestasi pun merosot. Kena pecat la jawabnya!

Bagi pengasuh pulak, bila dah anak kita kerap sakit, susah juga untuk mereka sebenarnya. Memang betul, dah tugas pengasuh untuk menjaga anak kita, tapi jangan lupa, anak orang lain pun pengasuh jaga jugak tau. Bayangkan anak yang kerap sakit tu macam demam, batuk dan selsema, asyik jangkitkan anak orang lain pulak, agak - agak la kan, terjejas tak pendapatan pengasuh tersebut. 

Saya sendiri pun tak nak hantar kat pengasuh tersebut bila ada anak orang lain asyik jangkitkan anak saya je. Anda rasa, nak ke pengasuh jaga anak kita bila kerap sangat demam, batuk dan selsema ni?

Memang nampak demam, batuk dan selsema tu macam masalah biasa tetapi ada cara yang boleh kita elakkan daripada anak kita kerap jatuh sakit. 
Tak kesian ke kat anak - anak kita
Mereka sudah pasti nak bermain seperti kawan-kawan yang lain kan? 
PENGASUH LARI ANAK KERAP SAKIT
ANAK KERAP SAKIT
Sebagai ibu bapa, wajib untuk kita menjaga kesihatan anak kita ditahap optimum. Bila anak tak kerap sakit, memang salah satu punca ketenangan ibu bapa jugak tu. Pengasuh pun tak susah hati.

Tahniah kepada ibu bapa yang memang menitikberatkan soal kesihatan anak anda. Saya yakin, ibu bapa ini pasti sentiasa memastikan pemakanan sihat untuk anak-anak mereka, persekitaran yang bersih dan juga memberikan makanan tambahan seperti vitamin kepada anak-anak mereka.

Apabila anak - anak cukup nutrisi dan vitamin yang diperlukan, inshaAllah anak -anak kita mempunyai tahap kesihatan yang baik dan tahap imuniti yang tinggi. Apabila tahap imuniti badan meningkat, susah untuk anak - anak mendapat jangkitan penyakit. Hati kita pun senang, tengok anak - anak ceria dan gembira.

Jom kita sama - sama menjaga kesihatan anak - anak kita untuk kesejahteraan semua. Anak - anak tak kerap sakit, pengasuh pun tak lari^^^



Sihat Untuk Beribadah Dengan Lebih Cemerlang

SuhaileyMohdNoor
PengedarShakleeKuantan
PengedarShakleeKemaman

4 comments:

  1. Risau jgk dgn cerita pngasuh xnk jge ank kite..mcm2 skrg nie

    Belog Miss Balqis

    ReplyDelete
    Replies
    1. X kerja la kita kalo xde yg nk tlg jagakan anak kan? Hrp anak sihat selalu lah

      Delete
  2. Kalau anak sakit memang membimbangkan. Zarith akan ambil cuti setiap kali zuyyin demam

    ReplyDelete

Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...