Suami bosan sebab isteri asyik sakit pinggang!
Nak salahkan isteri ke, nak salahkan suami ni??
mmm...kalau ikutkan emosi kewanitaan, memang rasa nak salahkan suami! Tapi....isteri pun ada salahnya juga!
To be fair, both suami isteri perlu bertanggungjawab! Masing-masing perlu memainkan peranan masing - masing untuk atasi isu suami bosan sebab isteri selalu sakit pinggang ni! Sakit pinggang ni memang masalah yang biasa dialami oleh isteri tetapi ramai yang tak sedar betapa isteri sakit pinggang memberi kesan yang besar kepada institusi kekeluargaan!
Ada ke tolong urutkan pinggang isteri tu? Ada ke suami ambil inisiatif tolong belikan ubat untuk kurangkan sakit pinggang isteri tu?
Ada ke suami tu fikir dan cari punca, kenapa lah isteri aku ni asyik sakit pinggang je? Isteri orang lain takde pulak aku dengar asyik mengadu je...then mula la si suami bosan especially bila nak bersama, isteri asyik tolak sebab tak larat, sakit pinggang!
Isteri pulak, dah tahu sakit pinggang tu, tak reti - reti ke nak cari penawar?
Mintak duit dengan suami nak berubat ke? Mintak tolong suami bawa pergi spa untuk mengurut ke? Mintak tolong suami pulak dukung anak, sakit pinggang tau duk dukung anak je memanjang, kerja rumah pun nak kena settle jugak ni.
Suami ni kan. kadang-kadang memang sangat blur, jika tak suruh, memang dia dengar je lah..kesudahnya, sakit pinggang tak hilang, suami pulak bosan sebab isteri asyik sakit pinggang!
Nampak remeh je sakit pinggang ni kan?
Tahukah kita, sebenarnya....
Tahukah kita, sebenarnya....
Isteri sakit pinggang ni bukan setakat memberi kesan kepada hubungan seksual ye para isteri sekalian, kerja rumah pun terbengkalai, anak tak terjaga, masak pun tidak, suami pun naik bosan nak balik rumah tau. Akhirnya, rumahtangga berantakan!
Maka, sebelum terlambat, marilah kita sama - sama mencari penyelesaian kepada isu ini. Isu ini sangat penting kerana sakit pinggang adalah perkara biasa yang dihadapi oleh para isteri!
Tahukah anda, kajian menunjukkan semua orang pernah sakit pinggang sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Dianggarkan 80% orang pernah mengalami sakit pinggang yang menyebabkan kerja dan aktiviti harian terganggu.
Semua orang pun tak nak menghadapi kesan buruk hasil daripada isteri sakit pinggang ni kan?
Baik! Kita cuba cari penyelesaian kepada isu isteri sakit pinggang ini. Berikut adalah beberapa tips yang kita boleh aplikasikan untuk mengurangkan sakit pinggang dan seterusnya buat suami senyum lega! hehe
Tips 1 | Bahagi Kerja Rumah
Salah satu punca isteri asyik sakit pinggang adalah kerana hanya isteri sahaja yang membuat kerja rumah. so, untuk kurangkan sakit pinggang isteri ini, apakata, semua kerja rumah dibahagikan antara suami isteri supaya beban yang ditanggung oleh isteri berkurang terutamanya kepada isteri yang juga berkerja.
Tips 2 | Amalkan senaman seperti yoga atau berurut
Senaman seperti yoga boleh mengurangkan sakit pinggang isteri. Amalan berurut setiap 2 bulan sekali sangat membantu mengurangkan sakit pinggang isteri. Suami juga boleh mengamalkan berurut ni tau.
Tips 3 | Amalkan vitamin yang boleh kurangkan sakit pinggang
Banyak vitamin dipasaran yang membantu mengurangkan sakit pinggang. Vitamin pilihan saya sudah tentu vitamin shaklee. Kenapa saya suka vitamin shaklee ni?
Tips 4 | Bawa stroller apabila keluar membeli belah atau jalan - jalan
Salah satu punca sakit pinggang adalah menanggung beban yang berat. Maka, untuk mengurangkan sakit pinggang isteri, bawa stroller apabila keluar membeli belah atau jalan-jalan untuk mengurangkan kekerapan isteri mendukung anak buat masa yang lama.
Tips 5 | Latih anak untuk lebih berdikari dan kurangkan aktiviti mendukung anak
Tips ke 5 ini sesuai untuk anak yang asyik nak berdukung walaupun dah pandai jalan sendiri. Latih mereka untuk berdikari (berjalan sendiri) dan kurangkan dukung mereka.
Suami isteri, amalkan tips diatas untuk membantu menyelesaikan masalah suami bosan sebab isteri asyik sakit pinggang ye!
Sekiranya nak cuba vitamin shaklee untuk kurangkan sakit pinggang, hubungi saya ditalian 012 921 4064.
Takkan nak tunggu suami bosan baru nak jaga kesihatan kan??
Sihat Untuk Menjalankan Ibadah Dengan Lebih Cemerlang!
SuhaileyMohdNoor
PengedarShakleeKuantan
PengedarShakleeKemaman
Takkan nak tunggu suami bosan baru nak jaga kesihatan kan??
Sihat Untuk Menjalankan Ibadah Dengan Lebih Cemerlang!
SuhaileyMohdNoor
PengedarShakleeKuantan
PengedarShakleeKemaman
Masa kelas ibu hamil,ada ditunjukkan cara untuk mengurut bagi suami isteri.
ReplyDelete